23.5.17

Buffet Ramadhan Di Shah Alam Convention Centre menyajikan 100 sajian menarik!

23.5.17,Tuesday, May 23, 2017
Asyik pergi Buffet Ramadhan kat KL je kan? Kali ni Eyza nak bagitau tentang Buffet Ramadhan di SACC, Shah Alam pulak.

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), telah menjadi satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan. Bukanlah julung-julung kali SACC mengadakan bufet seumpama ini malah majlis ini bagaikan telah menjadi satu tradisi bagi SACC pada setiap tahun.


Diatas permintaan popular daripada pelanggan sejak 2015, SACC sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” pada tahun ini. SACC menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Kambing kebuli yang menjadi hidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC ini pasti akan menjadi tumpuan pengunjung.


 Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa yang bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC, bahan-bahan dan rempah-ratus.

                
Dengan harga baucar RM 88.00+ untuk dewasa dan RM 48.00+ untuk kanak-kanak dari 7 hingga 10 tahun, SACC menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma.
            Promosi Early Bird yang kini sedang berlangsung menawarkan baucar Bufet Ramadan dengan harga serendah RM 78.00+


Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan yang tinggi melalui promosi Early Bird ini menerusi laman web SACC; www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 (Semua pembayaran mesti dibuat sebelum 27 Mei 2017. Selepas tarikh tersebut, harga jualan RM 88.00+ akan berkuatkuasa). Jika anda ingin membuat tempahan awal, anda boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858.


            Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan. Pada tahun ini, SACC telah mengambil satu inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria. Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM 88.00+, RM 1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.


            “Pihak SACC sentiasa mengambil inisiatif mulia untuk mengusahakan sebaik mungkin satu bentuk sumbangan sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan mengambil peluang untuk beramal kepada yang memerlukan melalui program yang disusun atur dengan teliti” kata Encik Nasrudin Abu Bakar, Pengurus Besar SACC.     Usaha ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan 2017 dan program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”.

            Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM 70.00+ dengan jumlah minima tetamu seramai 50 orang. Pakej ini menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk pakej ini, anda juga boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai berkenaan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar.
             
            Pastikan anda mengikuti pengumuman SACC di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lanjut dan terkini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SACC di talian 03-5511 8858 atau layari www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 .

3 comments:

  1. Fuhh! Terliur acik tengok kambing, daging tu semua.. hope puasa nanti dapat berbuka kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yong gi berbuka kat sini Ahad ni.. Joms.. :)

      Delete
  2. Macam-macam menu ada. Yang di shah alam boleh la buat te oahan.
    Janji Kita

    ReplyDelete