31.5.17

KitKat “Chocolatory” perkenalkan perisa Ais Krim Potong kegemaran rakyat Malaysia

31.5.17,Wednesday, May 31, 2017
Eyza dan coklat memang tak dapat dipisahkan. Untuk Chocolate Lover macam Eyza ni dah tentu la teruja kalau dapat pergi KitKat "Chocolatory " yang terletak di MidValley Megamall.



KitKat  "Chocolatory " yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu ni menawarkan pengalaman peribadi untuk pelanggan dengan memperkenalkan perisa terbaru yang diinspirasi dari Ais Potong dengan kerjasama Chef Selebriti Kesayangan ramai iaitu Chef Anis Nabilah.


Eyza ni dah la memang peminat Aiskrim potong. Tambah-tambah kalau perisa jagung dan kacang merah. Bila ianya menjadi inspirasi untuk menghasilkan Coklat KitKat, lagi la Eyza suka sebab kedua-dua kegemaran Eyza bergabung dalam satu.

Sebab apa Aiskrim potong dipilih? Sebab Aiskrim potong ni dekat dengan hati dan citarasa rakyat Malaysia. Eyza dulu kecik-kecik sanggup pergi pasar malam semata-mata nak beli Aiskrim potong homemade yang dijual kat situ. Rasanya Uncle yang jual tu pun silap-silap dah takde dah sekarang ni.Tapi serius Aiskrim potong kat dia memang sedap.Terimbau kenangan lalu la pulak. Hihihi.

Dalam tempoh beberapa bulan je sejak Kit Kat "Chocolatory" dilancarkan di Malaysia, ada pelbagai perisa kegemaran Rakyat Malaysia yang diperkenalkan seperti Raja Buah,Ais Kacang dan yang paling 'rare' sekali perisa Nasi Lemak Tradisional. Ha.. Unik kan? Tak pernah lagi coklat hasilkan perisa macam ni. Eyza dah try, memang rasa dia lebih kurang Nasi lemak sebab ada santan dan cili tapi dalam versi coklat. Memang sesuai untuk pencinta Nasi Lemak.


Di dalam ciptaan terbaru Ais Krim Potong, lapan kepingan jejari coklat menjanjikan pengalaman terbaik dalam menikmati citarasa Malaysia. Pelbagai aneka ciptaan ini disusun rapi dalam satu bungkusan khas bagi meraikan setiap perisa, daripada minuman ros yang menyegarkan, pencuci mulut berperisa mangga yang lazat kepada adunan krim santan kelapa lembut yang rangup dan diakhiri dengan bar coklat berperisa teh klasik yang mewah. 

                 Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah

Ros Sirap Bandung: 
~ Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar. 

Mangga Harum Manis
~ Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang menyelaputi wafer terkenal KitKat. 

Santan Kelapa
~ Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat. 

Teh Tiga Lapis Klasik: 
~ Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus, teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.





Tengok semua perisa ni je, Eyza dah tak tahu nak kata mana satu kegemaran Eyza. Semua Eyza suka. Hahaha. Tapi.. yang palingg Eyza suka dah tentulah perisa Harum Manis. Sebab kena dengan citarasa Eyza yang memang suka makan mangga.




Dan.. yang paling buat Eyza rasa Excited ialah bila Eyza diberi peluang buat coklat KitKat sendiri. Wah.. Bestnya... 

Peluang macam ni tak selalu datang sebab kalau hari-hari biasa, uolls kena pilih perisa dan staf kat sini yang akan buat. Tapi special untuk hari tu, kami diberi peluang memilih dan buat sendiri ikut citarasa kita. Eyza pun apa lagi, terus la letak kacang banyak-banyak. 









Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai 2017. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia atau Ciptaan Anis sila layari www.kitkat.com.my



2 comments:

  1. sedapnya! macam nak rasa semua tu je!!

    ReplyDelete
  2. Kit Kat! Coklat kegemaran nia ni :D
    Jom join giveaway nia jom :)

    http://nia-emkay.blogspot.my/2017/06/giveaway-giveaway-by-nia-emkay.html

    ReplyDelete