17.5.17

Minyak Yu Yee Cap Limau diperakui HALAL oleh JAKIM

17.5.17,Wednesday, May 17, 2017
Minyak Yu Yee Cap Limau memang kegemaran Eyza. Sakit kepala ke, sakit perut ke even rasa kebas-kebas pun Eyza sapu minyak Yu Yee.


Dulu pernah heboh yang Minyak Yu Yee Cap Limau ni tak halal.. Adoi.. nape la manusia ni suka sangat Viralkan benda yang tak sahih. Sebenarnya kan, Minyak Yu Yee Cap Limau ni HALAL dan diperakui oleh JAKIM tau!


Sebab dah tahu Halal la minyak ni menjadi kegemaran Eyza satu family. Anak buah Eyza yang baby tu pun pakai Minyak ni bagi elakkan kembung perut. Alhamdulillah memang serasi dengan diaorang. Kalau diaorang meragam tak sedap perut , sapu je Minyak Yu Yee terus je lega.


Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi Peppermint oil 36.0% w/v, clove oil 2.6% w/v, nutmeg oil 0.6% w/v, menthol 1.6% w/v, borneol 1.0% w/v, cortex cinnamoni1.0% w/v, resina calamus draco 1.0% w/v, light liquid paraffin.

Minyak Yu Yee Cap Limau ni adalah keluaran Syarikat Weng Seng Heng Medicall Hall dan produk Malaysia. Sebab tu la harganya murah dan banyak dijual di mana-mana saja.

Rasanya majority Rakyat Malaysia memang dah kenal dengan Minyak Yu Yee Cap Limau ni, tambah-tambah mak-mak yang ada anak kecik.



Eyza memang sentiasa pastikan kalau Travel, Eyza akan bawak Minyak Yu Yee Cap Limau sebab Eyza jenis yang cepat sakit kepala. Sebab tu, bila sakit kepala je Eyza cepat-cepat sapu. Bau Minyak ni sedap, pastu rasa berangin je kat kepala tu.

Rasanya setiap orang patut ada satu Minyak ni kat rumah, bukannya apa.. Kalau sakit kepala, sakit perut atau batuk boleh je guna. Eyza kalau batuk, suka sapu dekat dada dan tekak. Kurang la sikit batuk tu.

Jangan ragu-ragu dah pasni. Halalan Toyyibban..

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

4 comments:

  1. minyak ni memang turun temurun dari dulu..sampai sekarang dah ada anak pun masih pilih minyak ni untuk anak

    ReplyDelete
  2. Minyak lagend! Dari dulu sampai sekarang keluarga acik guna bila ada baby baru.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Acik.. Lama dah ni.. Bertahan sampai sekarang sebab best..

      Delete