11.5.17

Nutribrown RICE, Minuman yang sesuai untuk turunkan berat dan kawal kolesterol.

11.5.17,Thursday, May 11, 2017
Selamat Pagi.. pagi-pagi ni mesti ramai yang sarapan Nasi Lemak atau Roti Canai kan?.. Tapi....apa kata kita try sarapan dengan makanan yang sihat plak...Nak tak?

Eyza pun sebelum ni memang suka sangat ambik heavy breakfast, tapi sejak-sejak dok jogging pagi-pagi ni rasa berat je nak makan nasi lemak. Bukan apa, dah penat-penat jogging lepas tu pergi menternak lemak. No point la kan.


Sebab tu la, bila Eyza dapat tau tentang minuman kesihatan dari NutriBrown ni terus Eyza nak cuba. Minuman ni berasaskan beras perang tau. Sebelum ni Eyza pernah la makan Nasi dari Beras Perang, tapi kalau minuman, ni first time Eyza cuba.

Bila tengok ada 5 perisa, terus Eyza grab semua perisa. Tamak kan? Hahaha.

Ye la, nak jugak rasa semua baru la dapat tau mana paling sedap.

Yang kaler merah ni perisa Asli tanpa gula (dengan Inulin). Yang ni Eyza suka tambah susu sikit. Baru rasa lemak-lemak gitu.

Yang ni salah satu favourite Eyza. Perisa Madu siap dapat madu asli 100% peket kecik untuk dicampurkan sekali dalam minuman ni. Eyza suka sebab ianya tak manis sangat walaupun ada madu.

Coklat dan seorang Eyza memang tak dapat dipisahkan. Ni pun fovourite Eyza jugak. Sedap. Rasa coklat dan beras perang tu memang serasi bersama.

Perisa Original pun ada tau. Kalau uolls x suka ada perisa-perisa tambahan bolehlah try yang original ni. 

Yang hijau ni ada oat dengan Soy Lecithin. Eyza suka minum yang ni waktu malam sebab rasa macam susu sikit dan ianya memang buat Eyza kenyang.

Lima perisa pun Eyza dah pening nak minum yang mana dulu sebab semuanya sedap.


Sekarang ni rutin pagi-pagi lepas jogging mesti akan minum secawan minuman segera Beras Perang dari Nutribrown Rice ni. Dekat opis memang Eyza simpan 2 kotak iaitu perisa coklat dan madu. Senang tak payah usung hari-hari. Bebila rasa lapar, boleh je bancuh dan minum ni sebab ianya memang memgenyangkan.



Ada banyak kebaikan beras perang ni sebenarnya. Ianya membekalkan Protin, Dietary Fibre, Vitamin B, Vitamin E, Trans Minerals, Fatty Acids, Karbohidrat, Calcium dan Antioxcidants.


Beras perang ni memang bagus untuk mengawal berat badan dan kolesterol. Lagipun ianya halal dan selamat diminum.

Minuman beras perang ni Organik dan semulajadi serta memperolehi Standard Keselamatan Makanan yang tertinggi iaitu ISO22000 dari United Kingdom Accreditation Services. Selain dari itu, minuman beras perang ada di kebanyakan hospital di Malaysia dan Singapura . 

Nutribrown Rice juga dijual di China, Singapura, Hong Kong, Korea dan Eropah.


Cara nak bancuh pun senang je.


Masukkan air panas dalam cawan.


Masukkan minuman beras perang yang kita suka.


Kacau dan sedia diminum. Sekejap je dah siap. Bulan puasa nanti, sahur minum ni pun dah cukup. Jimat masa pulak tu nak sediakan. 

Untuk keterangan lanjut boleh tengok dekat :


1 comment:

  1. Bagusnya... acik suka makanan sihat macam ni.. boleh la cuba nanti, buat stok dalam bilik... student2 yang duduk hostel memang sesuai la makan ni.. mudah

    ReplyDelete