27.5.17

Resepi Udang Galah Masak Asam Rebus yang simple dan Sedap

27.5.17,Saturday, May 27, 2017
Assalammualaikum...

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah.. hari ni hari pertama kita berpuasa.. Jangan ada yang terlupa plak gi masak lunch.. Hahaha...

Eyza tiap kali bulan Ramadhan memang akan masak untuk berbuka. Memang jarangg sangat ke Pasar Ramadan (PARAM) dan berbuka kat luar. Kalau pun pergi sama ada Eyza tak sihat, penat atau dapat jemputan berbuka.

Bukanlah tak suka dengan PARAM tapi Eyza malas nak bersesak-sesak kat sana. Tapi bohong la kalau Eyza kata tak pergi langsung kan. Dalam sebulan puasa tu ada la sekali dua Eyza pergi untuk cari kuih tepung pelita.

Ok.. Sebenarnya Eyza bukan nak cerita tentang PARAM tapi tentang resepi yang hubby ajar. Dah lama kawen ni, dah makin mahir dengan makanan kegemaran hubby.

Hubby ni gemar makan udang galah. Kalau kat Sarawak memang banyak la.Kat sini susah jugak nak jumpa. Kalau ada pun harga boleh tahan jugak.

Semalam Hubby teringin nak makan Udang Galah. Cari merata. Jumpa la dekat kedai area Bandar Tun Razak tu. Tapi kecik-kecik je. Takpe la janji ada kan. Sebelum ni kalau nak makan, kitaorang akan pergi cari kat Sg. Timun area pedas linggi atau ke Kuala Selangor. Ni sebab dah nak puasa malas nak pergi jauh-jauh.

Ok.. jom.tengok apa yang Eyza masak dengan Udang galah ni. Resepi ni stail sarawak sikit.

Asam Rebus Udang Galah


Bahan-bahan :
1kg udang galah
Belacan sebesar ibu jari
sebiji Bawang besar
5 biji cili api atau cili kering
Sekeping Asam Keping (kalau suka masam tambah asam keping)
Serai 2 batang
5 cawan air atau ikut suka nak kuah banyak atau sikit
Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara Masak :
- Tumbuk bawang besar, belacan dan cili (tak perlu lumat sangat)
- Titikkan serai atau tumbuk kasar 2,3 kali je.
- Masukkan air dalam periuk, didihkan.
- Setelah mendidih masukkan bahan yang telah ditumbuk termasuklah serai.
-Masukkan garam dan aji secukup rasa.
- Masukkan udang dan asam keping
- Biar udang masak.
- Tutup api dan bolehlah makan.

Senang je kan? Dah la menyihatkan sebab tak pakai minyak langsung. Eyza suka makan macam ni dengan nasi panas-panas. Nak lagi best kalau ada ikan masin dengan kicap. Boleh buat bertambah nasi banyak kali. Hahaha.

Selamat mencuba untuk berbuka puasa nanti.

2 comments:

  1. Kak yong masak sedapppp... Dulu datang masa beraya, perghhh meriahh wehhh! Tengok resepi ni pun dah terliur.. Allahuuuu.. Nak cuba la nanti resepi ni

    ReplyDelete
  2. Kak Yong masak simple2 je Acik.. 😄

    ReplyDelete