28.5.17

Restoran Sana Sini di D'Pulze Cyberjaya

28.5.17,Sunday, May 28, 2017
Maafkan ahkak sebab banyak post makanan di Bulan Puasa ni. Bukan niat ahkak sebenarnya. Tapi kalau dah rasa terliur tu, bukak puasa nanti sila la terjah ye. Hihihi.


Sebenarnya ni cerita sebelum puasa hari tu. Eyza sempat ke Restoran Sana Sini yang terletak di D'Pulze Cyberjaya.

Masuk-masuk je Eyza dah suka tengok dekorasi Restoran ni. Simple but nice. Pastu ada tempat yang dibuat ala-ala rumah kampung. Cantik kalau nak photoshot kat sini.


Makanan pun ada pelbagai. Eyza sendiri pun rambang mata nak pilih menu. Kalau tak caye jom tengok menu-menu ni..tu pun sebahagian je tau..



 













Banyak kan? Bukan setakat makanan je meriah, air pun sama. Dah la dalam cawan besar. Boleh share 2,3 orang. Hihihi.



Selain makanan dan minuman yang pelbagai, kat sini juga kids friendly sebab ada disediakan tempat untuk kanak-kanak bermain. So, mak bapak takyah risau anak buat perangai ke apa. Walau mini playground, besar jugak dan selamat untuk anak-anak main. Parenta boleh makan dengan tenang sementara anak dok main.



Selain dari Playground, kat sini juga disediakan Aiskrim percuma setiap hari. Wow. Best kan? Mana ada benda free lagi sekarang. Tapi kat sini ada tau. Ni bukan saja budak-budak suka. Mak budak pun suka.




Siap ada topping yang pelbagai lagi. Eyza pun 2 kali ambik aiskrim ni. Hihihi.



Apa yang Eyza boleh cakap, memang puas hati la makan kat sini. So, kalau uolls ada berdekatan Cyberjaya, bolehlah singgah makan kat sini.


Restoran Sana Sini
D'Pulze Cyberjaya

1 comment: