13.5.17

Set Berbuka Puasa di Alanna's Kitchen Pandan Indah

13.5.17,Saturday, May 13, 2017
Eyza ni kalau dah suka suasana dan masakan kat kedai tu, Eyza akan repeat gi makan kat sana. Salah satu kedai yang Eyza suka sangat pergi ialah Alanna's Kitchen dekat Pandan Indah.

Boleh tengok review Eyza sebelum ni :


Alhamdulillah, hari tu Eyza sempat lagi ke Alanna's Kitchen untuk makan Nasi Arab kat sana. Eyza memang suka Nasi arab kat sini sebab Nasi lembut dan Ayam @ Daging memang lembut dan sedap.

Sempena Bulan Ramadhan ni, Alanna's Kitchen ada buat Set Nasi Arab untuk 4 & 2 orang. Wow. Best ni. Boleh pergi makan ramai-ramai dengan kawan-kawan dan family.


Ni Set untuk 4 orang. Kita boleh pilih dalam set tu nak ayam dengan kambing ke, ayam saja ke atau daging dengan daging je. Ikut selera kita nak yang mana..Nanti pihak Alanna's Kitchen akan buat portion besar macam ni.


Dalam set untuk 4 orang ni ada Nasi Arab (lauk ikut pilihan kita),kurma, popia/samosa, sup, cili, sayur tomato campur timun dan Soft Drink.

Tiap kali makan Nasi Arab kat sini, tak pernah Eyza rasa tak sedap. semuanya sedap.. sebab tu la Eyza asyik repeat je datang.


Eyza dah plan bulan puasa ni nak bawak adik-adik Eyza makan kat sini. Boleh la ambik set untuk 4 orang ni.


Kalau datang berdua, jangan risau portion tu banyak. Jangan order set untuk 4 orang tu, order untuk set 2 orang. Dalam Set ni pun kita boleh pilih lauk mana yang kita nak. 


Untuk 2 orang kita dapat Nasi, Lauk (ikut pilihan kita 2 jenis), popia/samosa, kentang goreng, tomato campur timun, kurma dan soft drink.


Kitaorang makan 10 orang pun dah rasa kenyang sangat. Puas hati betul.

Untuk harga pulak, sama macam kita ambik portion untuk single. Contohnya kalau kita ambik Arabic Chicken Mandy ( RM 11.90) + Arabic Lamb Mandy (RM 19.90). Total untuk set berdua ni hanya RM 32.80.


Berbaloi kan? Bayar harga single tapi dapat lagi makanan tambahan lain macam popia dengan kurma. 

Untuk set ni, kena buat tempahan dulu sekurang-kurangnya sehari sebelum sebab pihak Alanna's Kitchen akan perap lauk sehari semalam nak bagi rempah menyerap masuk dan buat rasa lebih sedap. Lagipun kalau tak tempah awal, tak jamin akan dapat awal dan stok pun mungkin tak ada.


Satu lagi kegemaran tiap kali datang sini ialah waffle Ice Cream. Green Tea Ice Cream homemade dan sedap tau. Kalau nak rasa kena la try nanti.

Kat sini bukan saja ada Nasi Arab...Western dan kek pun ada tau!

Alanna's Kitchen 
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia 
03-9201 7134 c
Facebook | Instagram

2 comments:

  1. aduhhh dapnyaaaa. fav tu ayam tandori dgn kambing!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa...sedapnya semua masakan dia!!

    ReplyDelete