11.5.17

Taste New Zealand Food Fair Kini Di 19 Cawangan Jaya Grocer Seluruh Negara

11.5.17,Thursday, May 11, 2017
Sabtu lepas Eyza sempat ke Jaya Grocer The Starling Damansara Utama untuk join Speed Shopping with "Taste Of New Zealand". Awal-awal pagi kami dah berlari-larian dalam Jaya Grocer tu. Nasib la masa tu blom bukak untuk Customer masuk, dapat la kami berlari dengan riang gumbira.


Eyza ni memang penggemar makanan dari New Zealand macam susu Anlene dan Coklat Whittaker's. Memang sesuai la Eyza shopping dekat Pesta Taste of New Zealand ni.


Apa yang best Pesta ni? Eh! Best la sebab kita boleh dapatkan pelbagai barangan dari New Zealand seperti Susu, Coklat dan buah-buahan segar seperti kiwi dan Epal.


Dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE), Taste Of New zealand akan diadakan di semua 19 cawangan Jaya Grocer di seluruh Malaysia bermula 3 Mei hingga 20 Mei 2017.


Rakyat Malaysia boleh dapatkan lebih dari 150 produk dari New Zealand dan di sana turut dipaparkan 30 produk Ekslusif baru.


Sempena dengan "Taste of New Zeland" ni pelanggan yang berbelanja RM 50 dalam satu resit boleh menebus Shopping bag ekslusif sempena ULangtahun ke 60 dan juga berpeluang untuk join Lucky Draw yang menjanjikan hadiah lumayan. Hadiah Utama bernilai RM 888 yang merupakan barangan makanan dari New Zealand.


Eyza pun tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan barang-barang dari New Zealand ni.


Jangan lupa kunjungi Jaya Grocer yang terdekat sempena "Taste Of New Zealand" yang bermula 3 Mei hingga 20 Mei di seluruh Negara.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :

*gambar yang tiada watermark kredit Sally

1 comment:

  1. Akk ni yg menang and sesat tu kan 😂😂😂😂

    ReplyDelete