4.6.17

Buffet Ramadhan di De Palma Ampang menggamit Nostalgia

4.6.17,Sunday, June 04, 2017
Alhamdulillah.. Tahun ni adalah tahun kedua Eyza diberi peluang untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Ampang.

Untuk tahun ni ada kelainan sikit berbanding tahun lepas. Tahun ni De Palma menampilkan konsep Nostalgia - Balik Kampung. Hiasan pun bertemakan balik kampung. Siap gerai dibuat ala-ala dalam keretapi dan atas pentas ada keretapi lagi. 


Bukan saja hiasan yang menggamit Nostalgia, tapi makanan pun sama. Makanan dekat De Palma Hotel ni tak pernah mengecewakan Eyza. Sebab tu kalau boleh tiap-tiap tahun nak berbuka kat sini.

Ada membe Eyza iaitu Kak Haridah bagtau yang dia ada la sembang ngan sorg pakcik ni. Pakcik tu bagitau yang dia dah tempah Buffet Ramadhan ni dari hari pertama sampailah hari terakhir Buffet ni. Makna kata, hari-hari dia akan datang berbuka kat sini. Wow.. memang peminat setia Buffet Ramadhan De Palma ni.


Untuk tahun ni, kambing bakar masih antara tarikan utama dan ada ramai peminat tersendiri. Bukan saja hiasan cantik.. tapi rasanya memang sedap. Eyza setiap kali berbuka kat De Palma memang tak pernah miss Kambing Bakar kat sini. Tahun lepas je Eyza berbuka 3 kali dekat De Palma, 2 di De Palma Ampang dan sekali ni De Palma Shah Alam. Tak kira De Palma cawangan mana, rasa kambing tetap sedap dan lembut. Puas hati la dengan kambing bakar kat sini.


Selain Kambing Bakar, ada lebih dari 200 jenis juadah untuk berbuka kat sini. Banyak kan?  Jom kita tengok apa lagi makanan yang menarik dekat sini. Ni antara beberapa jenis makanan yang akan Eyza senaraikan. Kalau nak senaraikan semua memang jenuh la sebab banyak. Hihihi.

Bahagian Ruang Legar/Luar Dewan

Ok, keluar je dari lif/naik tangga kita akan nampak bahagian ni dulu. Kat luar ni pun dah ada macam-macam jenis makanan.

Dekat ruang ni, selain kambing bakar ada pelbagai jenis makanan. Blom masuk dalam lagi tu. Kat sini semua berkonsepkan layan diri. Boleh letak banyak mana yang kita suka tapi jangan sampai membazir tau!

Laksa dan Mee Belanga
-Bagi yang tak nak makan nasi, bolehlah makan Laksa atau Mee Belanga kat sini. Laksa yang dihidangkan kat sini ialah Asam Laksa. Eyza pasti ramai penggemar Asam Laksa akan suka laksa kat sini.

Spagethi/Fertuchini
-Untuk yang gemarkan ala-ala western boleh la makan Spagethi. Ada 2 jenis kuah yang disediakan iaitu Carbonara dan Bolognese. Boleh pilih yang mana satu atau makan saja dua-dua. 


Sup Celup Periuk Besar
-Penggemar sup jangan risau sebab dekat sini ada Sup Celup Periuk  besar. Ada pelbagai jenis sup yang kita boleh pilih kat sini.

Kebab
-Kalau tak nak makan berat, bolehlah pilih makan kebab yang ada kat sini.

Seafood celup tepung
-Eyza ni penggemar Seafood Celup Tepung kat sini. Ada pilihan dari Udang, Ketam dan Ikan yang boleh kita makan bersama beberapa jenis sos yang pihak hotel sediakan.


Yong tau Foo
- yang ni rare sikit kan? Jarangg atau maybe tak ada lagi Buffet Ramadhan yang tawarkan Yong tau Foo untuk berbuka puasa kan?

Gerai yang berkonsepkan keretapi

Goreng-goreng Kak Yah
- Buffet Ramadhan kat De Palma Ampang ni memang terkenal dengan goreng-goreng Kak Yah sebab kuih yang Kak Yah ni buat memang laku keras. Kejap je dah habis. Semua goreng-goreng ni digoreng panas-panas kat situ jugak. Tu yang buatkan lagi sedap.

Dalam Dewan

Dalam dewan lagi la banyak makanan. Untuk penggemar Nasi Campur, kat sini ada pelbagai jenis lauk pauk yang kita boleh ambil tapi jangan sampai membazir tau.








Yang paling best kat sini ialah Petai Jeruk. Rare kan?

Pelbagai jenis jeruk yang berwarna warni

Air yang berkonsepkan pasar malam. Ada banyak jenis. Pilih je. Air asam boi sedap tau.

Biskut Tin? Ha.. ni lagi satu benda yang tak ada di Buffet Ramadhan lain. Memang mengimbau kenangan masa kecik dulu je.


Pilihan Desert pun banyak.


Buah kat sini siap ada limau bali tu.


Penggemar rojak buah boleh try rojak kat sini.


Kalau dah kenyang makan dan nak kudap-kudap jangan risau. Kat sini ada bahagian untuk kerepok. Ambil je. Sambil borak-borak sambil kunyah keropok memang best.


Air panas pun ada kat sini dan yang uniknya Teh Tarik kat sini dibancuh dalam Belanga/periuk 


Banyak kan makanan? Ni sebahagian je ni. Apa yang paling Eyza suka dan dah lama mencari ialah Apam Lenggang makan dengan  serawa durian. Memang happy sangat bila dapat makan.

Lepas berbuka jangan risau tak sempat nak Terawikh sebab dekat De Palma Hotel ni diaorang siap buat Sembanhyang Terawikh. Best kan? Tak perlu terkejar-kejar nak balik sembahyang kat rumah. Lepas sembahyang boleh sambung makan balik.

Untuk harga, De Palma buat potongan harga uolls. Sebelum ni RM 105 tapi sekarang cuma RM 85 je.


Selain Buffet Ramadhan di De Palma Ampang, De Palma juga menawarkan Buffet Ramadhan di De Palma Shah Alam dan Kuala Selangor.

Senarai Harga Buffet 

De Palma Shah Alam 
Dewasa : RM 69.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00

De Palma Ampang 
Dewasa : RM 85.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00

De Palma Kuala Selangor 
Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00

BERITA BAIK!! Diskaun!!
Ini khas untuk pembaca blog Eyza.. Uolls yang mention blog Eyza iaitu www.eyzamiel.com, uolls akan dapat Diskaun 10% untuk Baucer Ramadhan di mana-mana cawangan De Palma Hotel dan 5 tahun dan kebawah percuma.

Untuk tempahan boleh hubungi :
De Palma Ampang ( 03-42707070 )
De Palma Shah Alam ( 03-55428080 )
De Palma Kuala Selangor ( 03-32897070 )


Best kan? Jangan lupa tau. Mention blog Eyza masa tempahan. Selamat Berbuka!

6 comments:

  1. dia punya deko dgn hidangan dah nampak macam Ancasa hotel punya buffet ramadan last year... mengimbau sungguh lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza tak pernah pergi Ancasa.. tapi maybe sama sebab deko ala-ala kampung gitu. :)

      Delete
  2. Suasana sana de Palma Ampang memang menarik seperti suasana kampung. Ditambah dengan makanan yang sedap dan boleh ambil sendiri seberapa banyak yang kita suka. Nak tahu tak Tip Penulisan dan Kreativiti Dalam Blog? Kalau nak tahu klik pada nama saya hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Makanan kat sini sedap-sedap dan banyak pilihan

      Delete
  3. serius kalau mention nama blog ni dpt diskaun??? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la. Masa nak tempah tu mention je, kalau tak dapat inform Eyza tau. Hihihi

      Delete