5.6.17

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api

5.6.17,Monday, June 05, 2017
Bulan-bulan puasa ni macam-macam masakan yang kita akan masak. Semua nampak teringin kan?

Sabtu tu cuti, tekak plak teringin nak berbuka makan Masak Lemak Cili Api Nogori Sembilan.

Tak tau la Resepi Eyza ni pass ke tak kalau Orang Negeri Sembilan tengok. Tapi yang ni Eyza memang belajar dengan orang sana.

Resepi Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:
1. Ayam beberapa ketul
2. Serai 2 batang
3. Kunyit Hidup sebesar jari kelingking
4. 7 biji cili api(klu nak pedas lebihkan)
5. 1 Asam Keping
6. Santan sekotak kecil
7. Garam & Aji secukup rasa

Cara Masak:


1. Tumbuk kunyit hidup (klu xde, guna kunyit serbuk) , cili, serai dan garam (jgn hancur sangat)
2. Masukkan ayam serta bahan tumbuk dalam kuali.
3. Masakkan sampai air ayam kering.
4. Masukkan santan, garam, Aji dan Asam Keping.
5. Masak sekejap dan tutup api.


Dah siap. Simple kan? Selamat berbuka puasa ye.

4 comments: