11.6.17

Resepi : Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang

11.6.17,Sunday, June 11, 2017
Hai.. Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni dah Ramadhan ke 16. Sekejap je lagi kita dah nak bertemu demgan Bulan Syawal.

Hari ni cuti tapi malas nak keluar ke mana-mana. So, meh la kita masak hari ni.

Awal pulak siap masak. Sambil lepak tunggu waktu berbuka, Eyza up la resepi kat blog. Senang kalau ada sesapa yang teringin nak masak. Simple je masakannya.

Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang

Bahan-bahannya:


Sebiji bawang besar
5 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ulas bawang putih


Udang setengah kilo


Kacang panjang ikut suka nak banyak mana
Sebiji tomato


Santan sekotak
Garam secukup rasa
Kunyit satu sudu kecik

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api.
2. Masukkan santan, kunyit dan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Kacau dan letakkan atas dapur dengan api kecik.
3. Kacau sampai santan panas ( tak perlu mendidih)
4. Masukkan Kacang panjang dan tomato
5. Kacang nampak masak, masukkan udang dan garam sampai masak. Tutup api.


Tada.. Dah siap. 

Makan dengan ikan goreng dan sayur pak choy goreng kicap dengan nasi panas-panas memang buat bertambah-tambah. Hihihi.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment