2.6.17

Resepi Murtabak Ayam Mini guna kulit popia

2.6.17,Friday, June 02, 2017
Kejap je hari ni dah Ramadhan yang ke7 kan? Semalam teringin nak makan murtabak, tapi malas nak singgah Bazar Ramadhan. Pikir punya pikir, mai la kita buat sendiri je. Boleh dapat banyak sikit kalau buat sendiri ni.

Resepi eyza semua simple-simple je. Kalau nak try bolehla tengok resepi kat bawah ni:

Murtabak Ayam Mini guna kulit popia

Bahan-bahannya:


Kulit Popia. Tak kisah la brand apa pun.


Setengah paket Daging atau ayam kisar - Eyza guna ayam sebab daging dah habis. Tapi kalau letak daging lagi sedap.


Sepeket kecil serbuk kari daging


Ubi Kentang 3 biji - dipotong Dadu


Telur 2 biji
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk Lada Hitam
Sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-caranya:


1. Tumis Bawang Besar dan Bawang Putih sampai naik bau.
2. Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak
3. Masukkan garam, Lada Hitam, Ayam dan Kentang
4. Setelah ubi empuk, masukkan telur


Dah siap


Ambil kulit popia sekeping, masukkan inti dan lipat macam kita buat murtabak.


Eyza lipat ada yang besar dan ada yang kecik. Hahaha.


Goreng dengan minyak sikit je. Balik-balikkan. Dah siap.


Bila potong isi dalam tu memang padat. Makan macam tu je pun sedap, makan dengan sos pun sedap.

Selamat Mencuba!

1 comment: