8.6.17

SGshop “Jom Shopping!” Contest

8.6.17,Thursday, June 08, 2017
Hai uolls!

Pernah shopping dekat SGshop tak? Eyza pernah shopping sekali dekat sini. Banyak jugak pilihan. Barang-barang ni semua direct dari China dan harganya lebih murah berbanding beli terus dekat Malaysia. Ada antara barangannya yang berkali ganda murah dari harga pasaran Malaysia. Kiranya berbaloi shopping kat sini.

Apa tu SGshop?
SGshop ditubuhkan sejak dari Ogos 2011 di Singapura. Mereka berkembang ke Malaysia pada Mac 2015 dan didaftarkan sebagai syarikat tempatan dibawah nama SGshop Ecommerce Sdn Bhd (1123326-T) yang pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. 

Eyza dah banyak kali dok ushar dekat Web SGshop..Kalau ikutkan hati banyak yang Eyza nak beli, tapi mengenangkan bajet, terus senyap dulu. Hahaha.


Sebab tu la bila Ayue Idris buat  "Jom Shopping!" Contest SGshop terus nak join. Mana la tau kan ada rezeki nak menang RM 500 untuk shopping kat SGshop! Giler tak nak. Dah tentu la nak. Banyak tu.Macam-macam Eyza boleh beli kat sini.


Apakah Servis yang SGshop Tawarkan?

SGshop ni tawarkan servis shopping online untuk kita-kita yang tak ada masa nak beli belah kat kedai. Ada pelbagai barangan dari keperluan peribadi sampailah keperluan rumah.Ada barangan Kosmetik, Perabot, Kamera, Kasut dan macam-macam la. Semua ada kat sini. Terdapat lebih dari 200 barangan yang boleh kita pilih. Dah la murah, banyak pilihan pulak tu.Boleh buat kita rambang mata.

SGshop ni kira macam anak la pada website Taobao.com . Tapi kalau kita beli kat Taobao agak susah sikit sebab semuanya dalam Bahasa Cina, sebab tu la diaorang buat SG Shop khas untuk kita yang tak pandai bahasa cina pun still boleh shopping barangan direct dari China. Bagus betul sebab cari penyelesaian untuk bantu kita shopping.

Dekat sini jugak kita boleh check harga, ukuran dan paling penting kos penghantaran sebab jauh kan.Tak ada la issue kena tipu kos shipping ke apa sebab awal-awal dah tahu. Dan kalau kita tak sure atau nak tanya apa-apa boleh refer pada Help Centre diaorang. InsyaAllah diaorang akan membantu.

3 Item yang Eyza nak beli dekat SG Shop

Selepas Eyza dok ushar Web SGshop ni, Eyza ada la berkenan dengan 3 barang ni. Nak tengok tak apa yang Eyza teringin sangat nak beli kat sini? Ha.. ni la yang Eyza berkenan!


Untuk pembelian Klik Sini

Eyza nak sangat Meja ni sebab senang nak letak laptop untuk update blog. Sebelum ni, terpaksa bawak laptop letak atas meja makan. Tak ada "Work Station" sendiri. Kalau ada meja ni senang sikit, buat kerja dalam bilik je.Boleh la dapat ilham banyak sikit.



Lagipun, meja ni sesuai sebab design dia moden boleh jimatkan ruang. Dekat bawah meja kita still boleh simpan barang-barang lain sebab ianya tak bertutup dan dibuat terbuka. Dengan kaki meja berbentuk Z terbalik.. kalau tengok dari tepi nampak N pun ada. Sesuai la dengan Eyza sebab nama penuh Eyza bermula dengan N. Eh.. tetiba pulak kan. Hihihi.



Meja ni jugak tahan lasak. Kiranya kalau anak buah Eyza main lompat-lompat atas tu pun InsyaAllah tak runtuh. Harga pun murah.


Untuk pembelian  Klik Sini

Sofa kat rumah Eyza tu dah koyak rabak dikerjakan dek anak buah Eyza.So, kali ni dah tak nak beli Sofa Leather, Eyza nak beli Sofa kain je. Tengok dekat SGshop ada pulak Sofa macam Eyza nak. Terus masuk dalam Wishlist.

Eyza suka sofa ni sebab kaler BIRU dan ianya bukan setakat Sofa, kita boleh buat tilam sekali. Eyza dengan hubby dah la suka tertidur depan ruang tamu. Sofa ni memang sesuai dengan kitaorang, sambil tengok TV boleh tidur terus. Best ni.





Untuk pembelian Klik Sini

Sebagai blogger, kamera penting sangat untuk Eyza. Dah lama mengidam nak beli kamera comel-comel macam ni supaya senang nak angkut pergi Event.Lagipun kualiti gambar bagus serta boleh connect terus ke wifi. Balik event je terus dah boleh update blog. Mudah sangat.

Ada 3 kaler untuk kamera ni iaitu Pink, kuning dan Putih. Untuk peminat  Hello Kitty  dah tentulah Eyza pilih Pink. Cantik kan? 


Ok tak pilihan Eyza ni. Ni baru 3 barang, kalau boleh banyak lagi yang Eyza nak senaraikan cuma takut kang korang lagi rambang mata je. Hahaha.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website : www.sgshop.com.my
Instagram : @sgshop_malaysia
Facebook : SGshop Malaysia

Jom la reramai kita meriahkan Contest Ayue Idris ni.. Klik je kat Banner contest tu. Kalau menang tu rezeki la. Doakan Eyza menang ye! :)

#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia

1 comment: