27.6.17

Shooting Iklan Raya untuk Skyworld Property - Typical Malaysian Property Promo

27.6.17,Tuesday, June 27, 2017
Rasanya tak terlambat lagi kut untuk Eyza wish Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam. 

Tiap-tiap tahun kita mesti tertunggu-tunggu iklan raya kan? Untuk tahun ni macam-macam iklan raya ada, yang sedih, yang lucu dan yang happy.

Dan untuk pertama kalinya Eyza berpeluang untuk sama-sama menjayakan Iklan Raya untuk Syarikat  SkyWorld Property. Biasa la Typical Malaysian Property Promo ni akan bagi macam-macam hadiah atau promosi best-best. 

Baru la Eyza tahu bukan senang tau nak siapkan satu-satu iklan. Makan masa dekat sehari jugak la. Eyza siap bawak anak buah Eyza sekali. Nasib baik diaorg behave je. Boleh jadi artis bebudak ni. Hahahah.


Ramai jugak rakan-rakan blogger yang terlibat sama. Walaupun shooting ni buat bulan puasa, tapi semua gigih tau.


Typical Malaysian Promo Property ada macam-macam cara dan karenah.  Yang mana satu korang lebih suka dan tak suka? Hihihi.


Ok la.. tak nak bebel pepanjang. Uolls tengok la video ni.


4 comments:

  1. sakan dia berlakon yer! btw, Selamat Hari Raya kak...Maaf Zahir & Batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. awak tu lagi nampak jelas.. baju striking pink lagi.. Selamat Hari Raya... :)

      Delete
  2. Wahhh best2 iklannya... nampak kak yong.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kaku beku Kak Yong berlakon..

      Delete