12.7.17

Beraya di Penang, Kedah dan Perlis

12.7.17,Wednesday, July 12, 2017
Assalammualaikum...

Hai uolls! Selamat Hari Raya! Ala...Raya kan sebulan, kira sempat lagi la kan Eyza wish. Maaf la lepas raya blog agak terabai..Tengah cari mood balik nak update. Hihihi.

Macam mana sambutan raya uolls? Eyza tahun ni join hashtag Team Raya Utara. Sebab apa? Sebab Eyza cover raya dekat Penang, Kedah & Perlis. Sayang tak sempat pergi rumah sepupu kat Perak. Kalau tak #teamrayaperak pun Eyza join. Tamak kan? Hahaha.

Tahun lepas dah balik Sarawak #teamrayarumahmertua, tahun ni giliran beraya dekat rumah Eyza pulak. Yeay. 

Kami gerak balik Penang lepas buka puasa hari Jumaat. Alhamdulillah, jalan x jammed sangat. Jammed manja-manja je. 

Sampai rumah, borak-borak terus sahur. Esoknya pergi Tesco je beli barang nak masak rendang bagai.

Tapikan... tup..tup.. malam raya Eyza demam... berlarutan sampai pagi raya.. so, Eyza tak dapat la nak pergi sembahyang raya dan ziarah kubur.. melepek je kat rumah.. tak jalan mana pun..

Petang tu, demam makin teruk terus hubby bawak pergi klinik. Merata cari klinik yang bukak. Ye la, dah la Hari Raya, Hari Ahad pulak tu. Nasib baik pusing-pusing jumpa la satu klinik ni dekat Raja Uda. Rupanya Eyza jadi tonsil.Patut la telan makanan rasa pedih je.

Malamnya, kawan-kawan sekolah datang. Try jugak bangun dan layan kawan-kawan. Kalau raya kat Utara, selain ketupat palas akan ada menu lain selain kuih raya. Untuk tahun ni family Eyza buat laksa. Orang demam makan sikit je sebab tak selera. Geram je bila kawan-kawan kata sedap, kita makan macam x rasa apa.. huhuhu.. bertabah je la sebab mulut pahit.


Tq kawan-kawan sudi mai rumah.. Sorry x dapat pi raya rumah hangpa. Huhuhu.

Esoknya, kami balik Sungai Petani. Ambik tok dan raya rumah Pak Jang & Paklong terus gerak ke Sik untuk beraya rumah tok jang. Memang tiap-tiap tahun macam ni la rutin raya kami. Konvoi ramai-ramai pergi beraya rumah sedara. Kali ni kami konvoi 7 biji kereta.


Alhamdulillah.. Untuk raya kedua ni Eyza sihat sikit. Boleh la makan lebih sikit dari semalam.



Hari Raya ketiga, Eyza satu family pergi bercuti ke Langkawi. First time kami pergi bercuti time raya. Lgpun kali ni cuti panjang, tu yang sambung ke Langkawi. Kali ni pergi siap bawak tok sebab tok dah lama sangat x pergi sana. Cerita Langkawi nanti Eyza buat kat entry lain. Takut panjang sangat entry ni nanti. Hahahah.


Raya ke 5, kami balik dari Langkawi. Sampai Kuala Perlis ngam-ngam waktu makan tengahari. Google tengok kedai makan best kat Perlis. Ramai yang cakap Restoran Anjung Keli dekat Kangar. Ok.. dah alang-alang kat sana.. jom la kita cuba... 

Sampai je dah rasa best sebab konsep kat sini macam rumah kenduri sebab ada khemah bagai. Orang ramai giler time ni. Ye la waktu makan tengahari.


Ingat nak amik ikan keli, tapi dah habis. Ramai yang cakap ikan keli kat sini sedap. Takde rezeki nak cuba. Maybe next time turun Perlis boleh datang sini lagi.

Tapi, lauk yang Eyza ambik ni pun sedap. Tak rugi ambik. Dan lagi satu.. Eyza terkejut sebab harga murah sangat. Makan ramai-ramai pun tak sampai 100 ringgit. Murah rezeki owner kedai.


Dah kenyang, kami pi Padang Besar pulak.


Elok sampai kat situ.. hujan lebat sangat-sangat. Tapi Eyza redah je hujan masuk bazar.

Saja nak tengok apa yang best. Eyza just beli buah bidara, aiskrim kelapa dengan buah mangga harum manis kat sini.



Tapikan, Harum Manis ni x sedap pun. Dah la sebiji ni RM 18.. rugi beli.. baik beli mangga biasa je.. Hahaha.

Balik dari Padang Besar, kami singgah SP jap pastu terus balik Penang.

Tu je la citer raya Eyza. Yang penting dapat sama-sama dengan family dan buat diaorang happy.. 

Bye..

2 comments:

  1. Huishh mahal betulll harum manis tu! Macam terjadi kat abang acik dulu ni. Dia lagi la, beli sekilo RM45. Balik2 tawar je rasanya. Apapun, cantik laaa baju kak yong. OMG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Achik.. Masa Kak Yong beli sekilo RM 30 tapi memang tak sedap. Manis pun so-so je. Nyesal beli. Baik beli mangga biasa. Huhuhu.

      Baju je cantik? Hahahah

      Delete