14.7.17

Happy Birthday Althea #AltheaTurns2

14.7.17,Friday, July 14, 2017
Eyza dengan Althea memang tak dapat dipisahkan. Cewah.. Kalau shopping kat sini memang rambang mata, semua nak beli. Serius semua barang kat Althea Korea ni best sebab tu la tak boleh shopping sikit-sikit. Dah la kalau beli lebih RM 99 kita akan dapat free postage. Berbaloi sangat sebab pos dari Korea tu.. kalau tak free postage berapa la agaknya kos pos kita nak kena tanggung.

Pejam celik pejam celik Althea dah 2 tahun. Rasa macam baru je Eyza celebrate #AltheaTurns1 , ni dah nak sambut #AltheaTurns2 pulak.



Sempena Birthday Althea yang ke 2 ni, banyak promosi best uolls. Rugi tak grab. Eyza awal-awal lagi dah shopping kat Althea ni sebab ada banyak promosi antaranya:
  • Birthday Sale
  • Birthday Freebies Giveaway
  • Limited Edition Birthday Box
  • Birthday Sample Pack
  • Fly me to Korea Contest
Dalam 6 hari je barang yang Eyza pesan dah sampai dari Korea.. Cepat kan? Sebab tu la Eyza tak pernah kecewa bila beli kat Althea ni. Hahahah.


Kali ni Eyza dapat dua kotak. Maybe sebab  barang Eyza beli besar, tak muat satu kotak sebab tu dapat 2 kotak. Cantik kotak sempena Birthday Althea ni. Kaler soft je.Eyza dapat kaler biru & ungu.



Yang bestnya bila kita beli masa Birthday Althea ni, kita dapat banyak barang free. Wow. Mana ada orang yang sambut Birthday bagi hadiah. Kat Althea ni ada tau uolls.Sebab tu la Eyza setia je shopping kat sini sebab banyak barang best.

Nak tengok apa Eyza beli kat sini? Ha.. ni la.. Banyak kan? Dah la murah.. 


Jom tengok satu-satu apa yang eyza beli:

Laneige Foam Cleanser Moisture (RM 60.00) - Barangan dari Laneige semua best. Hari tu Eyza beli Sleeping Mask, kali ni  beli Foam Cleanser. Barangan Laneige ni kalau beli kat Malaysia mahal sikit, sebab tu Eyza suka beli kat Althea. Direct dari Korea dan harga murah sikit dari sini.

Aritaum Shalp Cushion Brush (RM 19.00) -  Dah lama Eyza cari sikat besar macam ni, akhirnya jumpa kat Althea. Dah la harganya murah. Rugi tak beli. Sedap pakai sikat ni. Dah kurang rambut Eyza gugur.

Black Sugar Mask (RM 20.00) - Eyza ni memang penggemar Mask. Kali ni nak try produk dari Skin Food pulak sebab ramai cakap best. Lagipun memang tengah cari mask yang ala-ala scrub. Nasib jumpa kat Althea. Harga pun ok.

Yet Do It chu Lips (RM 20.00) - Eyza beli lipstik ni sebab bekas dia ada kartun seksi.. Hahahah.. Eyza ambik kaler Nude.. Cantik jugak bila pakai.nampak natural..

Aloe Vera 90% Soothing Gel Mist (RM 16.00) - Eyza memang suka Soothing gel Mist dari Nature republik ni. Dulu masa pergi Korea pun Eyza ada beli Gel jenama ni. Tapi kalau jenis ni lagi senang, spray je kat muka. muka akan rasa fresh je.

Green Tea Mint Fresh Shampoo (RM 25.00) - Eyza baca review ramai yang cakap syampu ni best. So, Eyza pun nak cuba la. Harap-harap masalah rambut gugur Eyza ni dapat diatasi la ye. 

Desert Time lip Balm (RM 20.00) - Eyza beli ni sebab nampak kiut. Lagipun Eyza dah lama nak beli Lip Balm sebab bibir Eyza jenis kering. Bekas pun macam Cupcake. rasa nak makan je. Hahahah

The Style 4D Maskara (RM 16.00) - Ni memang Maskara kegemaran forever and ever la. Tak pernah miss beli sebab ianya best. Dah la harga murah. Suka sangat.

Total semua barang Eyza beli ni tak sampai pun 200 ringgit. Baru RM 196 siap Free postage dan Free barang-barang kat bawah ni serta kit Birthday. best kan?


Dah dapat Birthday Kit tu boleh la deko dan post ke instgram. Mana la tahu kan dapat menang ke Korea. seronok sangat.


Kalau nak menang ke Korea, jangan lupa shopping dekat Althea sempena Ulang tahun ke 2 Althea ni. Banyak hadiah free dan diskaun tau! Tapi jangan lupa, Promosi ni sampai 31 Julai ni je. So, cepat-cepat shopping.


"HAPPY 2nd BIRTHDAY ALTHEA!!"

Kalau nak shopping macam Eyza bolehlah terjah ke web ALTHEA.


No comments:

Post a Comment