29.7.17

Open House Opis... Penutup Syawal...

29.7.17,Saturday, July 29, 2017
Sekejap je rasa Ramadhan & Syawal tahun ni. Lepas raya hari tu, ramai la yang buat open house. Ada yang sempat Eyza pergi ada yang tak. Selain open house, ada jugak open office.. Tahun ni opis Eyza pilih Syawal terakhir untuk buat open opis..


Ada 6 Bahagian dalam Jabatan Eyza ni. Dan untuk tentukan menu, diaorang cabut undi.

Selain gerai, ada cabutan bertuah dan karaoke. Eyza macam biasa la, tak bertuah. Hahaha.





Untuk tahun ni, Bahagian Eyza dapat menu Rojak Buah, Desert dan air.





Kami decide buat air yang tengah viral sekarang ni iaitu air soda herbs.. selain tu ada air sirap selasih, Teh tarik, Rojak Buah, kuih talam dan aiskrim.

Alhamdulillah.. gerai kami adalah gerai paling sibuk dari awal sampai habis. Sampai licin la semua menu. Best sangat. Kalau meniaga rasanya banyak untung. Hahaha.


Ramai yang minat dengan air soda herbs. Aiskrim pun sedap. Satu kon cuma 80 sen. Memang berbaloi la. Siap abg tu bagi lebih. Eyza x suka kon, apa lagi tadah aiskrim dalam mangkuk la.. memang puas makan. Hihihi.



Seronok jugak buat aktiviti macam ni sekali sekala.. Untuk tahun ni dah settle.. Tahun depan tak tahu la menu apa pulak. Hihihi...

No comments:

Post a Comment