30.7.17

Rindu Makanan Sarawak? Jom makan dekat Sarawak's Bowl

30.7.17,Sunday, July 30, 2017
Eyza ni memang peminat laksa Sarawak dengan Mee Kolok. Tapi kat KL ni susah nak cari makanan Sarawak. Setakat yang Eyza tahu cuma Dapur Sarawak yang terletak dekat belakang Hospital Tawakal.Kat situ Eyza dah pernah makan. 

Kali ni Eyza nak cuba dekat Sarawak's Bowl pulak. Eyza dah lama tau yang Sarawak's Bowl ni bukak kedai dekat Setapak Central tapi x berkesempatan untuk Eyza pergi sana. Nasib baik baru-baru ni diaorang dah bukak cawangan dekat Sunway Putra Mall. Ha.. ni best la sebab dekat dengan opis. So, eyza apa lagi.. terus je la ajak geng-geng makan terjah kat sini.

Sarawak's Bowl Sunway Putra Mall


Dekat Sunway Putra Mall ni, Sarawak's Bowl terletak di tingkat 4. Kedainya kecik je tapi ada lebih kurang 10 meja kalau x silap. Kalau waktu lunch memang penuh. Terpaksa menunggu sikit.


Sekarang ni dekat Sarawak's Bowl tengah buat weekday Promotion Lunch. Amik main course dengan air cuma RM 10.50 termasuk gst.


Nasib baik la gang2 makan Eyza ni semua boleh je nak try makanan baru. Macam Eyza takpe, memang makanan kegemaran.


Kami order lain-lain sebab nak rasa nanti. 3 orang je order, sorg lagi nak makan wafer. Ni la menu yang kami makan. 

Laksa Sarawak

Mee Jawa

Mee Kolok Daging

3 Layer Tea

Pendapat Eyza :

Makanan:
 Semua sedap. Eyza paling suka Mee Kolok kat sini. Dah la semua makanan portion banyak. Kenyang habis. Membe Eyza sampai ajak pegi makan kat situ 2 hari berturut-turut sebab nak makan laksa Sarawak.

Servis:
Erm.. Mungkin sebab baru 3 hari bukak masa Eyza pergi tu.. Eyza tengok servis agak kelam kabut. Bila kita dah order dan bayar, tak tahu macam mana nak tahu makanan dah siap. Kena asyik tengok kat kaunter je sbb dia just panggil je ikut no dekat resit. Kalau leka mmg tak dengar.

Tapi... seminggu lepas tu.. kami pergi lagi dan dah ada perubahan yang bagi Eyza sangat memudahkan. Sarawak's Bowl dah buat style restoran Korea iaitu bagi no macam ni. Bila dah siap, ia akan berbunyi dan kita terus ambik makanan. Senang sikit macam ni. Tak perlu asyik dok tgk kat kaunter, kita dah boleh berborak dengan tenang sebelum makanan siap.


Sarawak's Bowl Setapak Central


Semalam pulak Eyza pergi Setapak Central. Dah alang-alang kat sana, Eyza pun try la makan kat Sarawak's Bowl. Dekat sini, kedai lebih luas dan banyak meja.

Eyza teringin nak makan Ayam Pansuh.. masa kami sampai tu dalam pukul 10.30 tapi nasi belum masak.. ok.. xpe la.. 

Eyza order Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Sebab semalam Sabtu, x dapat la harga yang RM 10.50.. Eyza ok je sebab Eyza rasa harga dan portion memang berbaloi. Dah la sedap. Laksa Sarawak kat sini memang sedap macam Eyza makan kat Sarawak. Puas hati.


Kat Sarawak's Bowl ni konsepnya layan diri. Jangan tunggu orang ambik order plak. Dekorasi dekat kedai ni pun cantik.





Eyza lebih suka air dekat Sarawak's Bowl Setapak Central sebab lebih umph.. yang dekat Sunway Putra agak cair sikit.


Eyza memang puas hati makan kat sini sebab semua makanan sedap. Cuma tak puas hati tak dapat ayam pansuh. Takpe.. next time Eyza pergi, eyza akan try menu tu pulak.

Untuk sesiapa yang teringin makanan Sarawak, Eyza memang suggest uolls makan kat sini. 

Sunway Putra - Tingkat 4
Setapak Central - Second Floor

3 comments:

  1. Laksa sarawak ni mcm mana ye? dia guna bihun eh?

    ReplyDelete
  2. Singgah isnin dari nieyl..
    nampak sedap² makanan dia..tapi xdelah mahal sgt pun..

    ReplyDelete
  3. suka mee kolok lagi daripada laksa sarawak. daaaapnye Kak Eyza !! isk banyak da restoran masuk list ni. hehe..

    ReplyDelete