22.7.17

Sambutan Anniversary ke 10.. Makan Sushi King je...

22.7.17,Saturday, July 22, 2017
20.07.2007
-
20.07.2017

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik... rupanya dah 10 tahun Eyza jadi isteri orang... Ya Allah.. rasa macam baru je kahwin.. Hihihi..

Dalam 10 tahun ni.. macam-macam dah kami tempuh sama-sama... dan moga ikatan perkahwinan ni kekal sampai Jannah.. Amin...

Untuk tahun ke 10 ni, Eyza sebenarnya banyak sangat plan... tapi tak dapat nak laksanakan sebab banyak sangat halangan... takpe.. tak kisah la sambut macam mana janji dapat spend time together kan...

Eyza sebenarnya dah lama nak makan kat Sushi King, tapi asyik la tak pegi.. Nasib baik sempena Anniversary ni Hubby nak melayan tekak bini dia nak makan Sushi.. So.. jom la kita gi Sushi King...


Sebenarnya kan, ni first time Eyza ngan hubby masuk sini. Selama ni dok beli Sushi kat Aeon je..

Sampai je, pilih meja terus tekan kat skrin ni nak order. Eyza suka sistem Sushi King ni.. takyah kita nak tggu panggil waiter bagai...


Lepas order, sempat la dok tengok Sushi yang tengah bergerak tu.. dok pikir nak ambik yang mana.. Bila datang je yang Eyza ngan hubby suka, terus je ambik.. kalau x, nak tunggu pusing balik jenuh la. Kami pi malam so dah tak banyak sangat pilihan Sushi.. tapi tetap kenyang uolls..


Kalau makan Sushi Eyza suka minum air yang masam-masam sikit.. Hubby pilih Honey Lemon Tea dan Eyza pilih Lemon Blackcurrent..


Pastu order Udang salut tepung (tak ingat dalam bahasa jepun panggil apa) 😄


Yang lain-lain kami bedal sushi...semua yang menarik hati Eyza duduk dalam pinggan pink.. 

Kat sini setiap pinggan harga lain-lain.. kalau tak silap pinggan pink harga RM 4.24.




Sebelum balik tu, tekak nak makan Aiskrim.. Tengok menu nampak Matcha Ice Cream.. terus la order... 

Ya Allah.. sedapnya Matcha Ice Cream kat sini.. banyak plak tu.. Ni pun rasa macam nak pi makan Matcha Ice Cream lagi je...


Dah habis makan terus minta bill... Nasib baik ada baucer menang contest dari Blogger Mahamahu RM 50.. Total bill cuma RM 55.50. Tambah RM 5.50 je.. Jimat dah duit hubby ahkak..


Eyza suka Sushi King ni sebab servis pantas dan pekerja pun mesra pelanggan.. Terbaik la...


Untuk My Dearest Husband:
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 10 Sayang.. Moga Perkahwinan kita kekal ke Jannah.. Eyza nak kita tua sama-sama. Thanks sebab selalu sabar dengan Adeng dan sentiasa setia dengan Adeng walaupun Adeng ada kekurangan.

I Love U till Jannah!!!

Muah!!

2 comments:

  1. wah wah wah! diam tak diam dah 10 tahun kan kak..happy anniversary! dan semoga kekal lg utk 10 tahun akan datang dan 10 tahun lagi dan 10 tahun lagi! hihihi

    ReplyDelete
  2. Huiyooo bestnyaaaa. Acik memang suka Sushi King dan acik suka segala Sushi! Huaaaa craving teruk dah ni

    ReplyDelete