21.8.17

Hotpants Jonlivia sangat best untuk aktiviti senaman atau santai

21.8.17,Monday, August 21, 2017
 Assalammualaikum...

Eyza sekarang ni join Program Trim & Fit dekat Ofis. Almaklumlah, tiap-tiap tahun azam nak kurus tapi nan hado. Sebab tu la bila join program macam ni semangat sikit nak bersenam.

Tapikan, bila dah hari-hari kena bersenam Eyza nak la cari seluar yang selesa dan boleh membakar lemak dekat kawasan yang bermasalah macam perut dan peha.

Dalam dok mencari tu, Eyza ada la terbaca tentang Seluar Panas atau Hotpants dari Jonlivia. Wah. Best ke? Eyza ni kalau dah tengok review semua kata best, terus la berkobar nak cuba.

Hotpants dari Jonlivia ni diperbuat dari fiber berkualiti dan dapat menyerap peluh 3 hingga 4 kali lebih banyak berbanding kita pakai seluar senaman biasa. Patut la masa Eyza pakai pergi Aerobik hari tu, Eyza rasa kering je tapi bila buka seluar baru nampak seluar tu basah lencun. Semua peluh Eyza dah diserap dengan jayanya.


Macam Eyza hari tu tak sure nak ambik saiz apa. Maklumlah besar. Takut tak ada saiz. Tapi pihak Jonlivia ni sangat membantu. Bagi je ukuran saiz pinggang dan pinggul, nanti diaorang akan suggestkan saiz apa yang sesuai. Macam Eyza dah tentu la saiz paling besar iaitu 4xl. Hahaha.


Hotpants ni juga direka untuk memudahkan kita. Contohnya macam zip di pinggang belakang tu. Bukan hiasan tau tapi ianya adalah tempat untuk kita simpan barang kecik macam kunci kereta atau syiling. So, tak perlu risau nak letak mana kunci kereta waktu kita jogging atau lakukan aktiviti riadah.



Masa yang disarankan untuk pakai Seluar ni ialah lebih kurang 4-5 jam. Buat permulaan Eyza cuma pakai 2 jam je. Nak rasa ok ke tak. Bila dah rasa selesa, Eyza boleh pakai sampai 9 jam. Best sangat sebab rasa peha macam makin kecik sikit *berangan je tu* Hihihi.


Seluar Panas Jonlivia ni diperbuat di Taiwan dari fabrik yang sangat-sangat best dan dapat memberi keselesaan pada pemakai untuk melakukan aktiviti dengan selesa serta buat kita banyak berpeluh. Ianya dibuat dari 85% dari 100% bahan asli Neoprene dan 15% Nylon.


Warna kelabu dibahagian dalam dan warna hitam di bahaguan luar. Dengan teknologi terkini, bahagian dalam dicipta supaya dapat menyerap peluh dengan berkesan.Bahagian luar pula untuk penyerapan supaya kita tak rasa rimas dengan peluh yang banyak.


Jahitan seluar ni pun kemas dan buatkan kita confident yang ianya takkan terkoyak bila kita buat aktiviti lasak. Lagi satu yang best pasal seluar ni sebab ianya Stretchable.


Bahagian pinggang pulak direka untuk menutup perut dengan sempurna. So, kalau ada lemak-lemak berlebihan tu dapat la kita tutup. Tak ada la terbonjol sana sini. Nak buat aktiviti pun rasa confident je.


Cara nak basuh seluar ni senang sangat. Eyza basuh dengan tangan je. Rendam dengan softener, angkat, bilas dan sidai.  Keringkan diampaian je.Tak boleh basuh dalam mesin basuh, sebab ni demi menjaga kualiti seluar ni.


Pengalaman Eyza Guna:
1. Eyza rasa selesa dan lemak diperut dapat ditutup dengan sempurna.
2.Walau dah buat senaman dan rasa berpeluh dekat sebesen (ye ke? Hahaha), Eyza tetap rasa selesa sebab seluar ni menyerap peluh Eyza. Tak ada la rasa melekit dan basah ke seluar.
3.Seluar ni bukan saja sesuai untuk kita buat senaman tapi jugak sesuai kalau kita ada aktiviti santai sebab boleh pakai dengan blouse jugak.
4.Untung ada poket kecik sebab  Eyza ni jenis yang tak suka bawak bag pegi jogging, so dengan poket tu dapat la Eyza masukkan kunci kereta.Tak perlu la pegang sambil jogging kalau pakai seluar tak ada poket.

Harga sehelai Hotpants Jonlivia ni cuma RM 188 sahaja. 

Eyza sangat puas hati dengan Hotpants Jonlivia ni. Harap-harap lepas ni misi kurus Eyza berjaya la.

Kalau nak beli, boleh tengok kat sini:

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

6 comments:

  1. nampak selesa bila pakai kan...
    boleh tahan juga harga dia tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa... Eyza suka.. A'ah.. harga tu boleh tahan la.. :)

      Delete
  2. Bestnyaaa! Nak grab juga! Nak kuruskan betis. Jenama Jonlivia ni memang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Acik.. Kak Yong suka sangat jenama Jonlivia ni.

      Delete