20.8.17

Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka

20.8.17,Sunday, August 20, 2017
Assalammualaikum..

Hai uolls. Suka produk dari Pokka? Suka shopping di Giant? Ha.. ni memang sesuai untuk uolls. Eyza nak bagitau berita baik ni. 

Sempena Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke 60 tahun, pihak Pokka bekerjasama dengan Giant (M) menganjurkan Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka.


Hadiah yang ditawarkan pun lumayan jugak. Ni yang buat Eyza pun tak sabar nak join ni.

Jom kita tengok apa hadiahnya sebab nak bagi semangat sikit. Hihihi.

Hadiah keseluruhan berjumlah RM 10,500.00. Wow!!

Hadiah Utama:
Peti Sejuk bernilai RM 5,000.00 x 1 pemenang.

Hadiah tempat kedua:
Peti Sejuk bernilai RM 3,000.00 x 1 pemenang

Hadiah tempat ketiga:
Ketuhar Stim bernilai RM 1,500.00 x 1 pemenang

Hadiah Saguhati:
Baucer Giant bernilai RM 100 x 10 pemenang

Cara nak sertai peraduan ni mudah sangat. Ada 2 cara iaitu melalui:

Pos

1. Beli mana-mana produk Pokka yang bernilai RM12.00 (minimun) dalam resit tunggal di Giant.

2. Isi borang di bawah ni ( borang boleh diambil di Giant)


3. Hantar borang penyertaan beserta resit melalui pos

Whatsapp

Kalau nak hantar penyertaan melalui whatsapp pun boleh. Wah.. dah makin canggih dah sekarang ni. Dihujung jari je kita dah dapat join peraduan.

Kalau melalui Whatsapp, caranya macam ni:

1. Mula-mula still sama, kena beli produk Pokka di Giant bernilai minimum RM 12.00 dalam satu resit.

2. Ambil gambar resit dengan jelas.

3. Whatsapp gambar resit dengan butir-butir di bawah dengan jelas.
Nama:
No. Kad Pengenalan:
No Resit:
Jawapan kepada soalan: Lengkapkan ayat dibawah:
"Asli lagi menyegarkan, itulah _______________ !"

Slogan kreatif dengan tidak melebihi 50 patah perkataan

4. Hantarkan semuanya melalui whatsapp ke:
 013-6017211

Resit kena simpan tau sebab kalau menang, kena tunjuk resit untuk penebusan hadiah. 

Peraduan ni dah berlangsung sejak 1 Ogos 2017 hari tu dan akan berakhir pada 30 September 2017.

Eyza pun tak nak ketinggalan untuk menang hadiah best. Lagipun produk Pokka memang kegemaran Eyza. Jom kita borong produk Pokka  di Giant. Eyza dah borong tadi. Tak sabar nak hantar penyertaan.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:


2 comments: