5.8.17

Resepi Cucur Jagung Rangup diluar lembut didalam

5.8.17,Saturday, August 05, 2017
Selamat Pagi.. Bangun pagi ni Eyza rasa lapar la pulak.. Dok pikir-pikir nak goreng koay teow je untuk sarapan. Tapi baru teringat yang ayam dah habis.. kejap lagi baru nak keluar beli barang dapur. Duduk kat dapur, tengok apa yang ada. Ha.. nampak tepung gandum.. apa lagi.. buat cucur jagung je la.. senang je.. Bahan-bahan pun tak banyak...

Kan sekarang ni tengah viral pasal cucur kembung manis tu kan? Sebenarnya mak Eyza dah lama dah buat cekodok/cucur macam tu. Guna air panas je. Alhamdulillah selama dekat 10 tahun mak Eyza berniaga, memang customer paling suka cekodok/cucur mak Eyza buat sebab diaorang kata dah sejuk pun lembut lagi.

Tapi air tangan mak mana kita leh lawan kan? Walau cucur Eyza tak sesedap mak masak tapi tetap ada keistimewaan tau. Cewah.. puji sendiri plak.. Hahaha...

Jom tengok resepi cucur jagung cara Eyza.

Bahan-bahannya:


2 cawan tepung gandum


Setengah tin jagung dalam tin.

Kalau suka banyak jagung boleh tambah lagi. Eyza pakai jagung dalam tin je senang sebab memang sentiasa simpan stok kat rumah. 


Segenggam ikan bilis

Eyza suka letak ikan bilis supaya rasa lagi best


Sebiji bawang besar

Kalau nak letak cili pun boleh untuk pedas. Tapi Eyza tak letak pun.

2 cawan air panas
Secubit gula 
Setengah sudu kecil garam (kena agak2 sebab kdg2 ikan bilis dah masin)
Minyak masak secukupnya

Cara buat :


Masukkan tepung dalam bekas. Campurkan ikan bilis, jagung, bawang, garam dan gula. Gaulkan. Lepas tu dah sebati. Masukkan air panas dan kacau.


Adunan akan jadi macam gambar kat atas ni. Kalau rajin buat la bulat2 macam cucur viral tu. Tapi Eyza lebih suka bentuk yang asli.. caca marba.. so.. terus ceduk tepung dengan tangan dan masukkan dalam kuali untuk goreng.


Minyak kena betul2 panas baru masukkan tepung yang dah dibancuh. Api jangan terlalu besar atau terlalu kecik. Sedang-sedang je.


Tara!! Dah siap.. comel tak cucur saya.. Hahaha.

Selamat Mencuba!!

10 comments:

  1. Replies
    1. Kan.. makan panas-panas memang sedap..

      Delete
  2. Kalau cucur jagung ni echa suka tambah sosej. Then tepung tak suka byk sangat. Cukup untuk lekatkan semua campuran tu je. Hihii. Dappppp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak kan letak sosej.. nanti akak nak try la..

      Delete
  3. Wahh, sedap ini makan petang-petang. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. minum plak teh o panas.. memang best la..hihihi

      Delete
  4. Wow! Boleh cuba ni! Tapi acik suka tak letak ikan bilis. Hiks. Lepas tu cicah dengan kuah kacang, perghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yong pun suka makan ngan kuah kacang.. Terangkat..

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap makan panas2.. try la awak.. :)

      Delete