1.8.17

Teruja join Gathering The Butterfly Project di Pak John Steamboat

1.8.17,Tuesday, August 01, 2017
Hai uolls.. 

Lapar tak? Ha.. kali ni Eyza nak cerita pasal Gathering Butterfly Project dekat Pak John Steamboat Ecurve Damansara. Kalau tengok makanan kat sini, Eyza sure uolls pun akan lapar nanti.


First time Eyza join event makan-makan dengan Butterfly Project. Mula-mula segan.. tapi bila dah kenal semua jadi hantu.. keluar habih true colour.. Hahaha...

Thanks to Tammy bagi peluang kat Eyza untuk lepak dengan geng-geng Butterfly Project yang ohsem. I love it!!

Kredit : Azwar

Eyza dah lama tau pasal Pak John Steamboat ni tapi tak pernah try. Bila dapat je jemputan dari Tammy terus excited sebab ramai yang cakap makanan kat sini sedap. Rugi la kalau Eyza tak cuba kan?

Masuk je dalam kedai Eyza dah teruja tengok ada macam-macam jenis makanan untuk Eyza masukkan dalam Steamboat nanti. Dah la Eyza ni suka grill, nasib baik kat sini ada dua-dua.








Bukan setakat ada makanan untuk Steamboat dan Grill tapi kat sini ada juga Dim Sum, waffle, jagung manis, Aiskrim, buah-buahan, pemanis mulut, air sejuk dan air panas.


Sos pun ada macam-macam jenis. Pilih je mana yang kita suka. 



Ada 5 pilihan sup yang boleh kita pilih iaitu Miso, Chicken, Curry, Tom Yum dan Beef Bone Pepper Soup.Meja kami pilih tomyum. Memang terangkat.

Kalau tanya apa yang Eyza paling suka kat sini dah tentu la Smoke Duck dengan Abalone.. Ya Allah.. Daging itik dengan Abalone tu memang sedap bila kita grill.. meja kami saja berapa kali pegi ambik untuk dua-dua hidangan ni.  Tu pun rasa tak cukup. Hahaha.


Australia Beef Slices ni pun salah satu kegemaran Eyza.. tapi sebenarnya semua kat sini Eyza suka.. Sedap!!!




Meja kami penuh dengan macam-macam makanan. Ni baru first round. Second round, third round korang tak tengok banyak mana atas meja. Hahaha.



Kami berempat je.. makan macam bela saka..




Kalau datang Pak John ni jangan lupa try waffle kat sini. Memang sedap. Eyza macam biasa suka coklat + peanut butter + aiskrim. Memang best!!!!



Thanks to Tammy dan Pihak Pak John Steamboat sebab sudi ajak kami bergathering kat sini. Dah la makanan sedap. Tak boleh move on tau. Kami antara orang terakhir balik. Dah la dapat goodies bag yang ohsem. Nanti kalau sempat Eyza review ye dapat apa dalam bag tu.


Eyza memang recommed sesapa yang nak makan Steamboat dan Grill supaya datang kat sini. Kalau malas nak drive boleh naik MRT. Dekat je dengan stesen Mutiara Damansara.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:

Facebook: Pak John Steamboat & BBQ
Website: http://www.pakjohn.com/
Location: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve. No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
Phone number: 03-7733 3913 (for reservations)


No comments:

Post a Comment