12.8.17

Watsons offer Free Shipping untuk lebih 5000 produk Seluruh Malaysia di Shopee

12.8.17,Saturday, August 12, 2017
Assalammualaikum...

Hai uolls.. Sape suka shopping kat Watsons? Eyza dari zaman sekolah lagi memang akan shopping barang-barang keperluan diri kat sini sebab harga yang ditawarkan dekat Watsons ni sangatlah berpatutan. Tambah2 kalau time offer, memang murah dari tempat lain.

10 Ogos hari tu Eyza sempat ke Watsons Sunway Piramid untuk sama-sama meriahkan Watsons x Shopee Beauty Buffet.


Pihak Watsons & Shopee telah memilih beberapa orang pemenang untuk join Beauty Buffet ni dan pada majlis tu juga, kami para media diberi no untuk cabutan bertuah. 15 nombor dicabut dan nombor siapa yang naik, dia berpeluang untuk sama-sama join Beauty Buffet ni. Wow. Bestnya.


Eyza macam biasa la.. tak bertuah.. hahaha.. Antara membe blogger yang terpilih ialah Kak Halimah, Kak Lily dan Broframestone.


Walaupun Eyza tak terpilih, Eyza tetap bagi support tau kat diaorang. Semua peserta diberi 1 kotak dan mereka boleh pilih apa saja barangan kecantikan dalam masa 60 saat tapi tak boleh melebihi RM 200. 


Bestkan? Dah la kat Watsons ni ada pelbagai barangan mekap yang best-best. Eyza pulak yang teruja bila tengok ni.





Bayangkan dalam masa 60 saat nak ambik mekap dan nak kira harga. Tak ke kelam kabut. Hihihi.



Part yang paling nervous bagi Eyza ialah waktu cashier punch harga sebab nak tahu berapa harga barang yang diaorang dah ambik.


Semua berdebar-debar dok tunggu barang Kak Lily di scan harga.


Terer jugak Kak Lily ni. Total barang yang dia ambik ialah RM 199.90. Ha.. Nasib baik takde barang yang harga sepuluh sen. Kalau x mesti genap RM 200.



Thanks to Watsons & Shopee sebab anjurkan event yang happening macam ni bagi meraikan pelanggan mereka.


Watsons tawarkan Free Shipping untuk lebih 5000 barang Semenanjung Malaysia di shopee

Watsons Malaysia telah melancarkan kerjasama dengan website membeli belah atas talian yang popular iaitu Shopee. Lebih 3 juta rakyat Malaysia boleh menikmati pembelian barangan dari Watsons di Shopee dan yang paling bestnya ialah mereka menawarkan free shipping untuk pembelian secara online.

Terdapat lebih dari 2000 produk yang ada di kedai rasmi Watsons di Shopee yang terdiri daripada kosmetik, barangan penjagaan rambut, skincare dan supplements.

Dengan adanya Shopee kita dah tak perlu nak ke Watsons semata-mata nak dapatkan barangan penjagaan diri. Kita boleh beli je dari Shopee.

Eyza nak bagitau rahsia ni.. Kalau nak dapatkan weekly special in-collabration dengan Shopee uolls digalakkan beli ketika "Watsons Wednesdays". Ada pelbagai benda menarik dan ekslusif setiap hari Rabu di Shopee. Sebagai tambahan, pembeli online di Semenanjung Malaysia  akan dapat 20% offer bila Shopping di Watsons Official Store di Shopee.

Untuk cari Watsons Malaysia di Shopee, cuma perlu cari Watsons di Shopee app atau website. Shopee juga boleh dimuatnaik secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store atau layari www.shopee.com.my untuk keterangan lanjut.

4 comments:

  1. Huiiii seronoknyaa. Uyul dapat banyak invitation watson tapi tak dan nak pi. Huwarghh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. akak pun ada yang tak dapat pegi.. kebetulan ni free, kita pegi la..

      Delete
  2. Bestkan..enjoy betul kita ari tu.

    ReplyDelete