24.9.17

Jalan-Jalan Makan Angin Ke Seoul, Korea (Hari Kedua)

24.9.17,Sunday, September 24, 2017
Annyong!

Masih lagi cerita Korea! Mood update tengah rajin ni. Hari Kedua di Bumi Korea, banyak jugak la tempat kami sempat jelajah. Kat sini kami just gunakan Subway untuk pergi ke mana-mana. Senang sikit. Tapi kat Korea ni kita kena kental sikit kalau naik Train sebab kebanyakan Stesen takde lif atau eskalator, kita kena menapak naik tangga. Kalau ada lif pun khas untuk OKU sahaja. Boleh kurang lelemak kat badan bila duduk kat sana.Asyik turun naik tangga. Tapi orang kata pengalaman ni la yang best kalau kita ke tempat orang. Bila naik pengangkutan awam, kita boleh tengok aktiviti dan gelagat orang Korea ni. 

Pagi hari kedua kami ke Gyeongbukgung Palace. Besar jugak istana ni. Boleh mengah jugak la kalau nak jalan sampai hujung. Tapi dah alang-alang pegi rugi kalau x explore semua tempat kan. Istana ni terletak betul-betul tepi jalan besar dan kami ke sini naik train aje. X jauh pun dari stesen. Jalan sikit dah jumpa Istana.


Masuk je dalam kami dipersembahkan dengan upacara pertukaran pengawal Istana. Upacara ni dibuat dengan teliti dan penuh simbolik. Untuk masuk ke sini kena beli tiket. Eyza pun tak sure berapa kena bayar sebab dah termasuk dalam pakej.


Masa Eyza ke Korea tengah musim Spring. Cantik sangat bunga2 dalam kawasan Istana ni. Tak puas tengok. Ramai jugak yang sewa baju Tradisional Korea dan bergambar dalam kawasan ni. Dah rasa macam ada kat Korea zaman maharaja dulu pulak.









Dah puas bergambar dekat kawasan Istana, kami gerak ke Itaewon sebab nak makan tengahari. Dekat kawasan Itaewon ni ada Masjid Seoul dan banyak kedai makanan Halal kat sini. 

Kami pilih untuk makan dekat Restoran Siti Sarah. Banyak jugak gambar artis yang pernah makan dekat sini.



Kami order Ayam Bakar dengan nasi. Dekat Korea ni, semua kedai makan/restoran dah sediakan air sejuk kosong. Tak perlu dah kita nak order air. Minum je air tu. Tapi bagus jugak, boleh kurangkan gula dalam badan. Patut la orang Korea ni slim-slim je. Hihihi. Satu set Nasi Ayam Bakar berharga 10,000.00 won lebih kurang RM 40.20 duit kita (mengikut kadar kami tukar duit waktu itu). Nasib baik la duit makan pun dah termasuk sekali dalam pakej. So, kami makan saja. Tapi walaupun harga mahal tapi portion makanan kat sini besar. Tak larat nak habiskan. Siap boleh tapau ayam separuh lagi bawak balik untuk makan malam pulak.


Dekat sini jugak ada pakistan jual Aiskrim yang macam kat Istanbul tu. Eyza beli tapi lama nau dia main2. Kalau orang tak sabar boleh blah macam tu je. Ni videonya kat Instagram


Dah kenyang, kami terus naik train untuk ke EWHA WOMANS UNIVERSITY. Ni jugak salah satu location popular untuk penggambaran Running Man.



Dekat Korea ni walaupun sejuk tapi bahang matahari memamg direct ke muka. Boleh jadi Sunburn, tapi Eyza ok je sebab Eyza pakai BB Cream Seqybeauty sepanjang kat sana. So, memang tak ada masalah sangat. Sorry la ni bukan promote tau, tapi lebih kepada sesi sharing. Hihihi.


Sekitar Universiti ni pun pemandangan cantik sangat. Boleh buat tempat photoshoot. Tak puas berjalan kat sini je.


Dari stesen train nak ke EHWA Universiti tu ada deretan kedai-kedai yang jual pebagai barangan dengan harga yang murah. Kiranya ni macam Kenanga yang lama tu. Yang lot kedai satu-satu. Ha.. kat sini konsepnya begitu. Kalau ikutkan harga semua kat sini murah. Tapi disebabkan rate yang kitaorang dapat waktu tukar duit kat Malaysia agak tinggi, kira barang kat sini takdelah murah sangat. 


 Eyza nak tergelak pun ada baca signboard kat bawah ni. Kalau kita kat Malaysia, takkan ada kedai yang akan letak nama Babi. Tapi lain kat Korea ni, maybe maksudnya berbeza. Tapi jangan salah paham, kedai ni x jual babi cuma jual stokin yang pelbagai kaler dan kiut. Kat Korea ni, stokin kiut ni antara barangan yang orang akan beli untuk buat buah tangan. Eyza pun ada la terjebak beli beberapa pasang. Tu pun rambang mata nak pilih sebab semua kiut.





Habis shopping kat situ, kami sambung shopping lagi kat Namdaemun pulak. Kat sini ianya macam konsep pasar. Harga barangan kat sini murah sampaikan shopping macam-macam tanpa rasa bersalah.

Dekat sini Eyza beli TShirt murah sangat-sangat. 3 Tshirt x kira kaler dan saiz cuma 10,000.00 won. Tempat lain semua sehelai je dah 10,000.00 won. Memang berbaloi sangat. Kat sini jugak Eyza shopping souvenir, Aloe Vera Mask dan makan makanan best-best.


Eyza dapat merasa fish cake dan sotong kurita. Sotong tu dia dah potong kecik-kecik, bakar dan letak sos sama ada nak pedas ataupun tak. Kalau x silap secucuk fish cake cuma 500 won dan sotong pulak mahal sikit iaitu 3000 won.


Selain dua makanan tu, Eyza juga sempat rasa ManjooHana. Rasanya sebiji macam bahulu kita cuma ianya kecik-kecik comel.


Sebelum balik rumah, beli jugak Toppoki dan nasi untuk makan malam.


Nasi kat Korea ni dijual di Mart. Kita just balik panaskan aja. Ayam tengahari tadi tu ada lagi, so untuk malam kami cuma panaskan nasi dan makan dengan ayam tu. Settle.


Settle dah hari kedua kami kat Bumi Korea. Kang ada mood rajin, Eyza update aktiviti hari ke 3 pulak ye. 

Tunggu tau...

23.9.17

Resepi Cekodok Labu Manis (Cucur Labu Manis)

23.9.17,Saturday, September 23, 2017
Pagi tadi sarapan apa? Eyza ni dari semalam teringin nak makan cekodok Labu Manis. Ish.. bila period ni, macam-macam yang Eyza teringin makan. Mengalahkan orang mengidam.

Malam semalam dengan gigihnya Eyza ajak hubby pergi Tesco sebab nak cari Labu. Nasib baik ada. So, pagi ni dapat la Eyza sarapan dengan cekodok labu.

Macam yang uolls tau Eyza ni jenis kalau masak memang simple je resepinya. Mai sini Eyza share mana la tau kut-kut ada jugak yang teringin macam Eyza boleh lah pergi beli labu. Senang sangat nak buat ni.

Bahan-Bahan:
Suku biji Labu (sebiji labu belah 4, ambik 1 bahagian)
Air secukupnya untuk rebus labu
3@4 sudu gula bergantung pada kemanisan yang kita nak
Suku sudu garam
1-2 Cawan tepung gandum bergantung pada adunan
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Ha.. sikit je kan bahannya.. nak buat pun tak susah.. Ikut je step by step ni...

Cara-caranya:

Potong labu kecik2 supaya cepat empuk bila kita rebus nanti.

Masukkan labu dan air secukupnya ke dalam periuk, rebus sampai labu empuk.

Dah empuk, angkat dan letakkan dalam mangkuk. Ambik air rebusan labu 1 cawan dan campurkan sekali. Lenyekkan labu sampai halus.

Bila dah halus, Masukkan gula, garam dan tepung. Kalau rasa nak tambah gula atau garam terpulang pada selera. Tepung pulak kita letak sikit2. Agak2 dah ok berenti sebab takmo cucur kita lembik atau keras sangat. Nak sedang-sedang je.

Bila dah sebati semua. Rehatkan sekejap dalam 2,3 minit barulah goreng dalam minyak yang dah panas. 

Api jangan besar sangat takut hangus.

Bila dah nampak kekuningan, bolehlah angkat. Sedap makan panas-panas.

Selamat Mencuba!

22.9.17

Jalan-jalan Makan Angin 5 hari 4 Malam ke Seoul, Korea

22.9.17,Friday, September 22, 2017
Annyong!
Tetiba plak nak cakap Korea kan? Eyza ni dah lama sangat teringin nak pergi Korea. Asyik tengok Blogger Sally Samsaiman travel ke sana je dan Alhamdulillah Bulan April hari tu Eyza dah pun sampai ke bumi Korea. Eyza travel ke Bumi Korea dengan Travelling Buddies. Kelebihan yang Eyza dpt pegi ngan diaorang ni ialah Pakej Murah, tourist guide kepala gila-gila dan tak terikat dengan tentatif sangat. Eyza suka jenis yang tak terikat sebab kita boleh plan mana kita nak pergi. Kalau nak ke Korea boleh la deal dengan diaorang ni. 

Eyza ke Korea dengab adik Eyza. Berdua je sebab hubby tak minat pergi Korea walaupun dia hantu cerita Korea. Reason dia takut makanan Korea tak boleh masuk tekak dia. Lawak-lawak. Tapi takpe, nasib baik Hubby izinkan Eyza pegi bujang. 

Eyza ke Korea naik AirAsia je. Tu pun harga jenuh jugak la nak bayo.Flight kitaorang dari KL pukul 7.35 pagi. Pukul 4 pagi Hubby hantar ke TBS dan Eyza naik bas je ke KLIA2. Sampai sana pukul 5, makan dulu pastu baru masuk balai pelepasan. Eyza tak bawak bag besar, so tak payah la nak check in bag tapi Eyza cuak jugak sebab masa tu kan AA dah ketatkan peratyran untuk bawk bag naik kabin. Nasib baik bag Eyza lepas. Tapi walaupun tak check in bag, Eyza tetap kena ke kaunter untuk verify tiket yang dah eyza buat web check in. Nasib baik boleh pegi mana-mana kaunter. Kalau kena kaunter check in bag mau pitam kat situ sebab panjang giler beratur.Patut la banyak kes tertinggal flight semata-mata nak check in bag je.


Dab masuk dalam, Eyza naik buggy dan kena jalan sikit je ke gate P4.


First time sebenarnya Eyza naik flight lama-lama. Macam2 yang eyza fikir. Adoi. Fobia tak abis-abis. Nasib baik perjalanan lancar je sepanjang 6 jam tu. 


Alhamdulilah.. selepas 6jam.. sampai la kami kat bumi Korea, bangga jugak la sebab nampak screen kat bawah ni.


Keluar je dari balai ketibaan tu, Dayah dari traveling Buddies dah tunggu kat situ. Sementara Dayah pegi beli T-Money, kitaorg pegi Mart dulu cari susu pisang. Yeay. Dapat jugak merasa minum susu Pisang di Bumi Korea.


Dapat je T-Money, terus Dayah bawak kitaorang naik Subway ke Guest House. Kami menginap di Four Season House. Sampai je guest house, mandi dan lepak makan. Pastu rehat sebab esoknya banyak tempat nak pergi jalan-jalan.

Settle hari pertama. Nanti Eyza sambung lagi ye. :)

21.9.17

Safi Balqis OxyWhite : Lebih Oksigen, Lebih Cerah!

21.9.17,Thursday, September 21, 2017
Sape yang dah follow blog ni dari dulu mesti tau yang Eyza ni pernah ada masalah jerawat yang kronik. Macam-macam yang Eyza pakai dekat muka ni untuk selesaikan masalah jerawat tu. Dari produk yang murah sampai la yang mahal tetap tak berkesan sampailah Eyza jumpa Produk Safi Balqis. Alhamdulillah..muka Eyza dah tak ada jerawat cuma tinggal parut je.

Seiring dengan masa, Safi Balqis juga dah mempertingkatkan formula supaya sesuai dengan semua kulit dengan mengeluarkan rangkaian Safi Balqis Oxywhite.


Eyza mula-mula tak tahu jugak apa tu Oxywhite tapi lepas google Eyza baru tahu.

Pencemaran Udara dan sinaran matahari punca kulit kurang oksigen untuk berfungsi dengan aktif. Dan ni akan buat kulit muka jadi kusam dan gelap.

Eyza ni kalau kulit kusam mula la rasa tak best sebab bila pakai bedak pun tetap tak boleh tutup. Sekarang ni Eyza dah tak risau dah sebab dengan Safi Balqis Oxywhite yang ada manfaat Nano Oxygen dan Nano Biowhite dapat membantu membebaskan oksigen tambahan ke dalam sel-sel kulit agar lebih sihat dan aktif serta cerah sempurna.

Ada macam-macam barangan dalam rangkaian Produk Safi Balqis OxyWhite. Koleksi Eyza setakat ni cuma ada ni je. Kalau ada rezeki nanti Eyza tambah lagi. Hihihi.

Langkah 1 - Membersih

Pembersih Solekan
-Teknologi Micellar yang menanggalkan solekan dengan satu sapuan
-Bio Hialuronik mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit
-Sesuai untuk kulit sensitif dan tanpa iritasi


Pembersih Muka
-Membersih jauh ke dalam liang pori
-Kaya dengan buih untuk menghilangkan baki kotoran
-Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan

Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
-Membersih dengab mendalam agar kulut bebaa kotoran
-Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak
-Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat

Krim Skrub
-Menanggalkan sel kulut mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
-Membersih secara mendalam ke dalam liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
-Dirumus dengan PH seimbang dan tanpa iritasi

Langkah 2 - Menyegar

Penyegar
-Ekstrak Cendawan berfungsi mengecilkan liang pori agar kulit muka lembut dan licin 
-Penyegar bebas Alkohol tanpa meninggalkan rasa melekit
-Membantu mempercepatkan proses penyerapan krim ke dalam kulit wajah

Langkah 3 - Merawat

Krim Anti Jerawat
-Sebagai rawatan intensif anti jerawat
-AHA semulajadi melawan jerawat punca bakteria
-Memudarkan parut jerawat 
-Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum
-Lipid Enhancer semulajadi mengurangkan iritasi kulit

Langkah 4 - Melembap

Krim Pelembap Gel
-Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit muka
-Meratakan warna kulit dengan Vutamin B3
-Memberi lembapan mendalam dan berpanjangan dengan Asid Hialuronik
-Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
-Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak,siang ataupun malam

*Tips:Gunakan Safi Balqis Krim CC SPF25PA++ untuk kesan lebih efektif pada waktu siang

Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
-Melindungi daripada radiasi UVA, UVB dengan SPF20PA++
-Mencegah kulit menjadi gelap kesan dari radiasi infrared (IR) yang terhasil dari segala bahan berbahang
-Melindungi kulit daripada radikal bebas
-Mencerah kulit secara pantas dan intensif
-Kulit 2 tona * lebih cerah
-Menghaluskan kulit
-Meratakan Tona kulit
*Berdasarkan ujian klinikal & Ujian InVitro

Krim Pencerah Lengkap SPF15
-Mencerahkan Kulit muka dengan serta merta
-Meratakan tona kulit dengan serta merta
-Melindungi kulit muka dari sinaran UV yang berbahaya
-Mengurangkan pembentukan bintik hitan
-Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit

Langkah 5 - Menyeri

Krim Kecantikan
-Sebagai alas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
-Melindungi kulut dari sinaran matahari disamping memudarkan pigmentasi
-Mengekalkan lembapan san melembutkan kulit
-Meratakan tona kulit

Ha.. ada 5 step semuanya kalau nak kulit cantik berseri-seri.

Ada yang tanya kenapa ada yang warna biru dan ada warna Oren? Yang mana satu sesuai dengab kulit muka saya?

Macam Eyza sesuai pakai biru sebab sekarang ni kulit Eyza dalam kategori Normal-Kering. Tapi kalau kulit Berminyak dan berjerawat disyorkan pakai yang warna oren.

Dah tahu yang mana sesuai? Produk Safi Balqis OxyWhite ni boleh dibeli di Pasaraya Besar, Pasaraya, Farmasi atau kedai runcit.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
FB : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : www.instagram.com/SAFIMALAYSIA