17.9.17

Cantiknya Fridge Magnet & Luggage Tag yang ditempah di Printcious!

17.9.17,Sunday, September 17, 2017
Sebelum ni Eyza pernah cerita tentang satu web online yang kita boleh design barang-barang ikut yang kita suka. Kalau nak baca boleh klik Sini: Printcious

Eyza ni kalau masuk Web Printcious ni memang akan rambang mata. Macam-macam yang Eyza nak design dan beli. Semua nampak best.

Dalam banyak-banyak barang kat web tu, Eyza nak beli Fridge Magnet dengan Luggage Tag pulak sebab sebelum ni dah pernah beli bantal kat sini. Lepas je design, Eyza terus submit dan buat payment. Dalam masa 3 hari je barang dah sampai. Giler cepat. Tak sangka jugak secepat ni.

Barang dibungkus dalam kotak dan dibalut dengan bubble wrap bagi menjamin barang dalam parcel tu tak pecah.Alhamdulillah.. semua barang sampai cantik je.. Kotak pun tak kemek.

Bukak je kotak Eyza dah teruja sebab barang yang Eyza order sebiji macam yang Eyza design. Setiap kali beli barang kat sini memang tak pernah mengecewakan. Memang recommmed sangat.


Yang love tu Fridge Magnet dan yang petak tu Luggage Tag.


Eyza pilih Fridge Magnet tu sebab ia cute dan Eyza nak abadikan tarikh nikah Eyza supaya setiap kali Eyza pegi untuk buka peti ais Eyza akan nampak tarikh keramat tu. Barulah makin hari makin sayang. Hihihi.


Luggage Tag pulak Eyza tempah sebab Eyza ni suka travel. Lepas tu kadang-kadang masa nak ambik bag ada je bag yang sama dengan bag kita. Kekadang confius takut salah pilih bag. Kalau ada Luggage Tag ni senang sebab dari jauh lagi kita dah tahu mana satu bag kita. Lagipun dekat tag tu ada nama blog. Kiranya dalan masa yang sama, Eyza promosikan juga blog Eyza ni.

Kalau uolls pun nak barang-barang yang uolls design sendiri, boleh layari laman web Printcious

Selamat shopping uolls!

4 comments:

  1. Oh my sweetnyaaa. Nanti acik dah kahwin, nak buat benda2 macam ni untuk mengingati kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Acik.. Best kalau kita design sendiri. Ikut citarasa kita gitew..

      Delete
  2. haah la...comel....bestnya kalau dapat kan...

    ReplyDelete