23.9.17

Resepi Cekodok Labu Manis (Cucur Labu Manis)

23.9.17,Saturday, September 23, 2017
Pagi tadi sarapan apa? Eyza ni dari semalam teringin nak makan cekodok Labu Manis. Ish.. bila period ni, macam-macam yang Eyza teringin makan. Mengalahkan orang mengidam.

Malam semalam dengan gigihnya Eyza ajak hubby pergi Tesco sebab nak cari Labu. Nasib baik ada. So, pagi ni dapat la Eyza sarapan dengan cekodok labu.

Macam yang uolls tau Eyza ni jenis kalau masak memang simple je resepinya. Mai sini Eyza share mana la tau kut-kut ada jugak yang teringin macam Eyza boleh lah pergi beli labu. Senang sangat nak buat ni.

Bahan-Bahan:
Suku biji Labu (sebiji labu belah 4, ambik 1 bahagian)
Air secukupnya untuk rebus labu
3@4 sudu gula bergantung pada kemanisan yang kita nak
Suku sudu garam
1-2 Cawan tepung gandum bergantung pada adunan
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Ha.. sikit je kan bahannya.. nak buat pun tak susah.. Ikut je step by step ni...

Cara-caranya:

Potong labu kecik2 supaya cepat empuk bila kita rebus nanti.

Masukkan labu dan air secukupnya ke dalam periuk, rebus sampai labu empuk.

Dah empuk, angkat dan letakkan dalam mangkuk. Ambik air rebusan labu 1 cawan dan campurkan sekali. Lenyekkan labu sampai halus.

Bila dah halus, Masukkan gula, garam dan tepung. Kalau rasa nak tambah gula atau garam terpulang pada selera. Tepung pulak kita letak sikit2. Agak2 dah ok berenti sebab takmo cucur kita lembik atau keras sangat. Nak sedang-sedang je.

Bila dah sebati semua. Rehatkan sekejap dalam 2,3 minit barulah goreng dalam minyak yang dah panas. 

Api jangan besar sangat takut hangus.

Bila dah nampak kekuningan, bolehlah angkat. Sedap makan panas-panas.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment