12.10.17

Ayamas Kitchen lancar produk baru "Sedia-dimakan" yang Enak

12.10.17,Thursday, October 12, 2017
Zaman sekarang ni kalau boleh semua benda nak mudah. Bukan apa, balik kerja jammed pulak. Tambah-tambah kalau duduk kat KL ni. Memang kawasan jammed.Pastu bila dah sampai rumah, nak tunggu ayam atau ikan defrost pun makan masa. Kekadang naik letih tunggu sebab nak masak tak boleh sebab ikan atau ayam dok keras kejung. Dah makan masa kat situ je. Boleh stress tau kalau macam tu.

Nasib baik la Ayamas memahami gelodak para isteri ni. Hahaha. Eh.. tapi bukan para isteri je happy, yang bujang pun happy sebab takyah susah-susah beli barang dapur bagai. 


Ayamas Kitchen dah keluarkan produk baru uolls. Yang bestnya produk ni sebab konsepnya "Ready-To-Eat". Ha... teruja tak? Eyza masa mula-mula tau pun teruja.


Macam mana la Eyza tak teruja, Eyza dapat tau yang rangkaian produk RTE (Ready-To-Eat) tersedia dalam 3 hidangan lengkap iaitu Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf dengan Ayam Mentega dan  Nasi Kandar dengan Ayam Masala. Dengar menu pun dah terliur.


Dengan slogan "Mudah dan lazat" , produk ni memang memudahkan semua orang tak kira la lelaki ke perempuan. Percaya tak dengan hanya 4 hingga 5 minit kita dah boleh makan makanan yang sedap-sedap.Percayalah kerana ianya benar. Korang just panaskan dalam ketuhar sekurang-kurang 4 minit. Keluarkan dan makan. Mudah sangat.


Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn. Bhd. Iaitu En Rafiq Moosa berkata " Produk sedia dimakan telah lama bertapak di hati pelanggan, khususnya generasi muda. Dengan ini, pihak Ayamas menerusi R&D dalamnya telah mencipta 3 jenis pek sedia dimakan ini dalam bentuk hidangan yang berkualiti".


Nampak menarik kan? Eyza suka semuanya sebab setiap satu ada rasa yang tersendiri.


Nasi Kandar Ayam Masala dijual dengan harga RM 7.90 sepeket.


Briyani Bukhara Ayam berharga RM 8.50 sepeket


Nasi Pilaf Ayam Mentega berharga RM 8.50 sepeket





Penuh kan pinggan Eyza? Eyza tak tau nak makan yang mana, jadi amik la semua. Hihihi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai ayamas boleh layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas-Ayamas Roasters Facebook Page.

No comments:

Post a Comment