26.10.17

FAM Trip Bloggers Kembara ke Johor ~ Hari Kedua

26.10.17,Thursday, October 26, 2017
Hi Uolls!

Untuk hari kedua ni, awal-awal lagi kami dah terpaksa bangun sebab nak ke destinasi lain pulak. Tak puas rasanya tido kat Hotel Amari ni. Tilam Empuk nau nau sampai rasa  sayang nak check out. Tapi apakan daya, kena jugak check out, kalau tak sape nak bayar bilik tu. Hahaha.


Sebelum ke destinasi berikutnya, kami sarapan dulu dekat Amaya Food Gallery. Rambang mata tengok macam-macam jenis makanan kat sini.




Dah kenyang, barulah boleh check out. Destinasi pertama kami untuk hari yang kedua ni ialah Desaru Fruit Farm.

Desaru Fruit Farm


Kat sini kami dibawa melawat kebun sayur-sayuran, buah-buahan dan Petting Zoo. 




Nak tahu apa aktiviti menarik Eyza buat kat sini? Klik Desaru Fruit Farm

Dah kenyang makan dekat Desaru Fruit Farm, kami ke Kampung Tualang 3 pulak. Sampai je kat sini, Eyza rasa kagum sebab rumah ni masih mengekalkan nilai tradisional Melayu. Teringat rumah arwah wan dulu kat Butterworth.

Kampung Tualang 3


Dari jauh dah nampak rumah kampung ni. Tenang je tengok rumah ni.



Sampai je kat sini, kami terus lepak kat bawah rumah. Ada makan tengahari lagi? Wah.. 2 kali lunch ni. Kali ni lauk-pauk kat sini ala-ala kampung. 


Sampai sekarang tau Eyza teringat Sambal Belacan dan ulam kacang botol kat sini. Rasa sambal belacan ni memang lain dari yang lain. Sedap sangat-sangat. Eyza je bertambah 2 kali padahal dah makan sebelum tu kat Desaru Fruit Farm. Hahaha. Serius Eyza suka sambal belacan kat sini. Nak tanya resepi malu la plak.


Yang bestnya meja kami cuma ada 4 orang. Puas la makan ketam. Eyza sorg je makan ketam 2 setengah ekor. Ketam kat sini fresh dan isi pejal. Sedap yakmat.


Dalam pinggan Eyza penuh dengan kulit ketam. Memang tak membazir. Hahaha.


Dah habis makan kat bawah rumah, kami naik atas rumah pulak. Kat sini kami dijamu pulak dengan pulut udang dan kopi kaw. Best betul. Sambil.makan sambil borak rasa macam tak mau balik.



Dalam rumah ni jugak ada permainan tradisional macam congkak dan batu seremban.


Sebelum balik kami dibagi buah tangan bunga telur dan key chain yang dibuat guna kulit siput. Wah.. best sangat. Lama tak dapat bunga telur.


Memang happy sangat kat sini. Perut pun dah kenyang, jomlah kita gi jalan-jalan.

Lokasi seterusnya kami ke Tempat Ternakan Belangkas yang terletak tak jauh dari Kampung Tualang 3.

Pusat Penternakan Belangkas


Kat sini bukan setakat belangkas tapi jugak ada Lobster, ikan jerung, siput dan ikan pari.




Eyza sempat pegang seekor lobster, boleh tahan berat jugak. Tak tahu la seekor berapa. 


Dah puas tengok hasil laut kat sini, kami terus ke The Els Club.

The ELS Club Desaru Coast


Dekat sini ada padang Golf yang luas terbentang. 


Bukan setakat padang Golf, ada juga kedai menjual barangan bermain golf, cafe, bilik VIP dan yang bestnya setiap loker untuk kita simpan barang dilabel dengan nama kita.








Dah puas berjalan dalam Club, kami semua diberi peluang untuk naik Buggy pulak. Wah.. Buggy kat sini canggih tau. Kalau lapar order je dekat skrin nnt diaorg hantar.


Mula-mula Shiqin bawak.. pastu Eyza bawak n sebelum balik Shiqin bawak semula. Buggy kat sini ada yang boleh naik 6 orang, 4 orang dan  2 orang. Eyza ngan Shiqin naik berdua je.


Pemandangan kat sekitar padang Golf ni memang Ohsem. Tak dapat nak diceritakan. Cantik sangat 


Eyza juga sempat belajar main golf dekat Akademi. Wow. So, untuk beginner jangan risau tau, uolls boleh belajar main golf kat sini.




Maklumat Lanjut:

The Els Club Desaru Coast
No. 4, Jalan Danau,
Desaru Coast, 
81930 Desaru,
Johor Darul Takzim.

No. Tel: +607-8780000
No. Fax: +607-8780011
Email:reservations@elsclubmalaysia.com

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort


Lega rasanya bila dapat check in kat hotel. Bilik pun cantik. Satu bilik ada 1 katil Queen dan 1 katil single. 

Dekat hotel Tunamaya ni Eyza sebilik dengan Alja dan Shiqin.

Nak tahu detail tentang hotel ni? Klik Hotel Desaru Tunamaya


Badan pun dah melekit, kami decide nak mandi pool. Best sangat rasa badan bila dah kena air.


Malamnya, kami Dinner dekat Restoran Nelayan yang ada dalam Desaru Tunamaya ni.

Boleh baca dekat entry Restoran Nelayan


Selesai dah hari kedua. Jenuh nak habiskan.Hahaha.. Nanti Eyza cerita aktiviti hari ketiga pulak ye. 


No comments:

Post a Comment