18.10.17

Hotel dan Penginapan di Johor Bahru

18.10.17,Wednesday, October 18, 2017
Hai uolls!

Baru-baru ni Eyza ke Johor Bahru & Kluang selama 4 hari 3 malam dan menginap di 3 tempat penginapan yang berbeza. Setiap satu ada keunikannya yang tersendiri. Eyza tau mesti ada yang tercari-cari penginapan best kat Johor kan? Ha.. mai Eyza review satu-satu.

Hotel Amari, Johor Baharu

Hotel Amari ni terletak hanya 25 km dari Legoland. Hotel ni bertaraf 5 Bintang dan deko kat sini kebanyakannya pengaruh dari Thailand.


Eyza suka sangat menginap kat sini sebab masuk je kat lobi kita dah bau wangi. Bau Aromatherapi yang buat kita rasa tenang je. Masuk lif pun dapat bau sedap. Setiap tempat bau-bauan yang digunakan lain-lain tapi serius semua Eyza suka. Rasa tak puas je bau.


Dari KOMTAR,JB ada jalan untuk kita terus je ke Amari dan yang lagi best Amari Hotel ni tak jauh pun dari Bazar Karat. Boleh ke sana jalan kaki je.

Kalau tengok bilik lagi la teruja. Setiap bilik ada keunikannya yang tersendiri. Kat sini setiap jenis bilik dicampur setiap tingkat. Takde pengkelasan macam Junior Suite satu tingkat, Deluxe satu tingkat. Semua campur. Dah namanya Hotel 5 Bintang, dah tentu la setiap privacy pelanggan adalah keutamaan pihak hotel.


  



Masa Eyza ke Krabi dulu Eyza stay semalam dekat bilik yang access pool. Kat Hotel Amari ni pun ada bilik yang Access Pool. Buka je Sliding Door terus boleh terjun Pool. Best kan?




Tu bab bilik. Bab makan pun terbaik. Bayangkan untuk sarapan je ada pelbagai jenis makanan yang buat kami teruja sampai tak tahu nak makan yang mana. Banyak sangat pilihan. Eyza ni kalau menginap kat hotel, suka tengok desert bila sarapan.Kat sini ada pelbagai jenis desert yang buat Eyza rasa tak mau diet. Kalau diet rugi la kan. Hahaha.





















Selain makanan yang sedap-sedap, terdapat juga Gym dan Spa kat sini.Eyza juga suka dengan layanan staff kat Hotel ni. Friendly sangat. Rasa macam kawan-kawan sendiri je semuanya.




Apapun Eyza memang recommed sesiapa yang ke JB untuk menginap kat Hotel Amari ni.


Maklumat Lanjut:
Hotel Amari Johor Bahru
No. 82C
Jalan Trus
80000 Johor Bahru

No tel: +60 (7) 2668888 / +60 (7) 2668899

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Desaru TunaMaya Beach & Spa Resort

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort ni terletak di Desaru, Johor. Hotel ni adalah salah sebuah hotel yang menerima pelancong yang ramai jika ke JB. 


Eyza dapat bilik yang bertentang dengan swimming pool dan laut. Ya Allah, cantik sangat pemandangan dari Balkoni waktu matahari terbit dan terbenam.



Masa kat sini, Eyza menginap dekat bilik yang boleh memuatkan 3 orang sebab ada 1 katil queen dan 1 katil single. Memang selesa la bila menginap kat sini.






Dengan fasiliti seperti Gym dan swimming pool, memang ramai la yang suka menginap kat sini. Suasananya juga privasi untuk setiap pengunjung.

Walaupun sarapan kat sini taklah semeriah sarapan di Amari Hotel, tapi ianya tetap ada menunya yang tersendiri. Eyza paling suka puding roti kat sini. Sedap.

So, kalau ke Desaru bolehlah menginap di hotel ni.

Maklumat Lanjut:

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi,
Johor Bahru.

No. Tel:  +60 (7) 8338888

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

UK Farm Chalet

Bagi pencinta Alam Semulajadi, Eyza memang syorkan korang menginap dekat UK Farm Chalet sebab ianya agak unik kerana terletak di dalam Ladang.


Bukan tu saja, kita juga dapat melawat kambing, ayam, itik, ostrich dan perkampungan orang Asli puak Jakun kat sini. Dan yang lagi best, kita dapat minum susu kambing puas-puas sebab kat sini juga ada jual susu kambing perisa Asli, coklat dan yogurt. 

Kat sini bukan saja ada chalet, tapi juga dorm kalau kita nak pakej bajet. Macam Eyza hari tu kami duduk dekat Chalet. Satu Chalet memuatkan 3 orang. Memang selesa.




Kalau nak rasa macam mana menginap dalam ladang, Eyza memang recommed korang datang ke UK Farm untuk rasa pengalaman yang unik ni.


Maklumat lanjut:

UK Farm
Projek Pertanian Moden Kluang
KM 13 Jalan Batu Pahat-Kluang,
86000 Kluang, Johor

No. Tel : +60 (7) 7597555

So, kalau ke Johor bolehlah try menginap dengan 3 tempat ni. Eyza dah cuba ketiga-tiganya dan tiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jangan lupa tau menginap dekat semua tempat ni jika ke Johor. Memang best!

3 comments:

  1. Bestnya. Kalau pi Johor memang Qiss nak singgah tempat-tempat ni. Cantik sangat pemandangan kat UK Farm Chalet waktu pagi tu.

    ReplyDelete
  2. memang puas hati kan..kalau blhnak stay lagi lama..hehe

    ReplyDelete
  3. makanan dan servis dia bestt sangat kan!! rasa nak pergi lagi T_____T hahah

    ReplyDelete