20.10.17

Restoran dan Tempat Makan Best di Kluang dan Johor Bahru

20.10.17,Friday, October 20, 2017
Hi Uolls!

Kalau pergi bercuti atau jalan-jalan tak sah kan kalau tak cari tempat makan best. Eyza ni jenis yang suka cuba apa je masakan yang famous kat satu-satu tempat tu asalkan Halal.

Masa Eyza kat Johor hari tu, banyak jugak la tempat makan yang sempat Eyza dan kawan-kawan terjah. Memang kekenyangan betul. Yang paling penting semua tempat makan yang kami pergi menyajikan makanan yang memang sedap.

Kat bawah ni Eyza listkan antara tempat makan yang kami terjah.

Asam Pedas Kampung Sungai Melayu

Kat sini ada satu kedai makan yang masakannya memang sedap. Yang paling famous kat sini ialah Asam Pedas Ikan. Wah.. memang sedap sangat kuahnya. Masa tahu nak pergi Johor, Eyza memang dah plan nak makan Asam Pedas puas-puas. 


Selain dari Asam Pedas, Eyza juga makan Kupang masak Stim. Memang segar dan manis isi kupang ni sebab ianya dipelihara oleh penduduk kat sini.


Eyza makan Asam Pedas Ikan Sembilang dan bestnya siap ada telor ikan lagi. Memang puas hati la makan kat sini. Dengar kata pemain Bola pasukan JDT pun suka makan Asam Pedas kat sini. Kalau datang Johor, jangan lupa singgah makan kat sini. Serius sedap!



Kalau waktu lunch tempat ni memang penuh sebab kebanyakan yang bekerja berdekatan akan lunch kat sini.


Kalau korang ada di Johor dan teringin makan Asam Pedas, wajib datang kat sini tau.

Maklumat lanjut :
Asam Pedas Kampung Sg. Melayu
Nusajaya (Iskandar Puteri)
80200 Johor Bahru

No. Tel : +60177320707


♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Restoran Dapur Warisan

Dekat Dapur Warisan ni, kita boleh pilih sama ada nak makan dekat meja makan atau nak bersila dekat bawah. Klasik kan? Bukan setakat tempat makan, tapi pinggan mangkuk pun yang klasik jugak. Zaman sekarang ni dah susah nak jumpa pinggan bunga macam tu. Zaman tok kita dulu ada la. Kalau masih ada pun sekarang mungkin dah tak banyak.




Dekat sini, kami sekali lagi dihidangkan Asam Pedas tapi kali ni menggunakan Ikan Merah. Johor dan Asam Pedas memang tak dapat dipisahkan. Setiap Asam Pedas yang kami makan ada keistimewaan yang tersendiri. Asam pedas kat sini lebih pekat dan rasanya sama sedap. Kalau cicah roti pun best jugak. Hihihi.


Selain Asam Pedas, ada juga ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin,buah-buahan potong, tauhu sumbat,Udang Masak Sambal, Sayur Kailan Ikan Masin dan yang paling Eyza teringat-ingat ialah Masak Lemak Daging Salai. Sedap sangat. Daging pun lembut je. Eyza ratah camtu  pun dah rasa sedap.





Restoran ni terletak di Laman Seni Warisan Johor (berhadapan Stadium JDT)

Maklumat lanjut:

Restoran Dapur Warisan
Lot 888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru.

No Tel :+60167726146

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Desaru Fruit Farm

Kalau datang sini, korang akan rasa macam wow sebab makanan yang dihidangkan kat sini dimasak menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan yang ada kat Farm ni.

Eyza rasa best giler sebab kami dapat makan buah fresh dan makanan yang sedap-sedap kat sini.



Semua buah-buahan dan lauk pauk kat sini sedap. Dari ingat nak makan sikit je terus termakan banyak. Hahaha.


Menu yang sempat Eyza rasa ialah kerabu betik, Sotong Goreng Tepung bersama sos buah dragon fruit, Asam Pedas Ikan Pari,Tomyam Putih dan macam-macam lagi sampai kami semua kekenyangan la.

Maklumat Lanjut:

Desaru Fruit Farm
Sungai Cemaran, Desaru
81900 Kota Tinggi,
Johor

No. Tel: +6078308017 / +6078223886 / +6078225886
Handphone: +60127721817 (Steve)

Waze : Desaru Fruit Farm

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Restoran Nelayan - Seafood By The Coast

Kalau korang penggemar Seafood, Eyza memang recommed korang makan kat sini. Semua Seafood Fresh.


Dengan suasana santai dan terletak di tepi pantai, kita akan rasa best je makan waktu malam. 


Pengunjung boleh pilih sama ada nak makan dalam restoran atau di luar. Macam Eyza hari tu kami makan kat dalam.


Malam2 bila sejuk, kita mesti la nak makan panas-panas. Macam kami hari tu, makan seperiuk Seafood yang dimasak live depan mata. Ala-ala Steamboat gitu. Kuahnya nak kata sup bukan sup. Tapi sedap sangat. Tengah menaip pun terliur. Makan pulak denga Nasi Putih dan Cili Kicap, lagi ka terangkat.


Kat sini kita jugak boleh pilih lobster, ketam atau ikan kerapu di dalam Akuarium untuk pihak restoran masak. Fresh gitu.


Restoran ni dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga ke 10.00 malam.

Maklumat Lanjut:

Restoran Nelayan - Seafood By The Coast
(TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT)
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi,
Johor

Untuk tempahan boleh hubungi:
+607-8338888

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Ni la antara Restoran dan tempat makan yang Eyza dah try waktu Eyza dekat Johor hari tu. Apa yang Eyza nak cakap, semua makanan sedap dan ada keunikan yang tersendiri. Rugi tau kalau tak cuba.

So uolls, kalau ke Johor try la makan kat tempat-tempat ni. Gerenti puas hati jugak macam Eyza.

2 comments:

  1. Ni mesti kaki seafood kan.. byk btol lauk yg mnyelerakan..

    ReplyDelete
  2. isk....buruk benau orang tudung hitam tu mengunyah

    ReplyDelete