21.10.17

Sanrio Hello Kitty Town dan Legoland di Johor Bahru

21.10.17,Saturday, October 21, 2017
Hi uolls!

Eyza ni dah lama teringin nak pergi Hello Kitty Town dan Legoland tapi tak sampai-sampai. Alhamdulillah minggu lepas akhirnya Eyza berjaya jejakkan kaki kat sini.

Sanrio Hello Kitty Town


Hello Kitty Town ni terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Masuk je dalam ni, Eyza dah teruja sebab semuanya warna pink. Hihihi. Maklumlah Eyza ni memang peminat pink.


Kebetulan pulak masa kami sampai, ahow Hello Kitty dah nak start. Teruja la nak tunggu Hello Kitty dan kawan-kawan keluar.


Kat sini macam pekan Hello Kitty. Ada rumah Hello Kitty, mainan dan kedai.



Show dimulakan dengan persembahan kawan-kawan Hello Kitty dulu, lepas tu baru la Hello Kitty keluar. Kita yang mak-mak ni pun teruja, apatah lagi budak-budak. Masa show memang penuh la depan pentas tu.



 Harga Tiket Masuk:

Sanrio Hello Kitty Town - RM 85.00
Two Park Pass - RM 125.00

Tapi untuk pemegang MyKad ada diskaun 20%. Waktu beli tiket kena tunjuk MyKad baru dapat diskaun. Diskaun ni hanya valid untuk Walk-in je tau!

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 6.00 petang


Maklumat lanjut:

Sanrio Hello Kitty Town
Persiaran Puteri Selatan
79100 Nusajaya,
Johor Bahru.

No. Tel : 1300 88 FAMILY ( 326459) - MALAYSIA
: +603-22039668 - OUTSIDE MALAYSIA


Legoland Malaysia


Akhirnya dapat jugak Eyza jejak Legoland. Asyik tengok gambar je. Jeles tau. Hahaha.


Kami x banyak masa kat sini tapi Eyza sempat la berjalan-jalan dalam tu dan tengok show Star Wars.



Ada banyak replika bangunan yang ada kat Malaysia. Nampak macam real tau. Tak sangka diaorg buat guna lego je.




Eyza jugak sempat 2 mainan dalam ni. Satu roda berputar dalam air dan satu lagi Roller Coaster. Dah lama Eyza tak naik Roller Coaster. Kalau tak silap dah dekat 11 tahun. Tapi, bila dah jumpa kawan-kawan sekepala semua jadi kanak-kanak ribena balik. Dah la adik yang jaga mainan ni bagi kami naik sampai 3 round. Jenuh menjerit.


Apa pun pengalaman dekat Legoland dan Sanrio Hello Kitty Town ni memang best. Kalau datang JB rugi tak singgah sini.

Maklumat lanjut:

Legoland Malaysia
7, Jalan Legoland, Medini,
79250 Nusajaya,
Johor Bahru.

No. Tel: +607-5978888
(9.00 pagi-7.00 malam)


Email : info@LEGOLAND.my

1 comment: