17.11.17

A&W Malaysia mengadakan Promosi Chicken Fiesta

17.11.17,Friday, November 17, 2017
Hi uolls!

Eyza dulu kalau pergi Petaling Jaya je mesti nak singgah makan A&W kat sana. Masa student dulu, Eyza pernah la lepak-lepak minum Float kat A&W ni sambil buat assignment.

Sekarang ni dah kerja dekat KL, kalau teringin nak makan tak payah dah nak pergi jauh-jauh. Pergi je A&W Batu Road, ala yang dekat Jalan Tar tu. Selama ni Eyza tak tahu pun yang A&W tu cawangan Batu Road, selama ni dok panggil A&W Jalan Tar je.Hihihi.

Ala.. tak kisah la Jalan Tar ke Batu Road ke yang penting tempat yang sama dan A&W kan.


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah restoran makanan segera atau "Quick Service Restaurant" yang pertama di buka di Malaysia dan lokasinya adalah di Batu Road, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dibuka pada 31 Oktober 1963. Lama kan A&W dah bertapak kat Malaysia ni. Tak hairan la kalau ianya ada peminatnya yang tersendiri.


Setelah sekian lama A&W bertapak di negara ini, A&W terus kekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sampai sekarang macam RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle,Beef Coney (dulu dikenali dengan Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang rasanya sedap dan tak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.

Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Beef Coney

Chicken Poppers

Salah satu produk yang Eyza suka kat A&W ni dah tentulah Aroma Chicken.Aroma Chicken ni ada 2 jenis iaitu Spicy Aroma Chicken (pedas) dan Golden Aroma Chicken (biasa) dan ianya ada keistimewaan yang tersendiri berbeza dari ayam goreng yang lain. Penggemar ayam mesti sependapat dengan Eyza sebab Ayam Goreng dekat A&W ni diperap dengan herba istimewa dan dimasak secara sempurna sebelum dihidang kepada pelanggan.Eyza suka ayam goreng yang pedas sebab pedasnya lain dari ayam goreng jenama lain. A&W akan hidangkan Ayam yang dimasak sempurna dengan waktu menunggu tidak lebih dari 30 minit. Makan panas-panas best tau!


7 November hari tu, A&W mengadakan promosi Chicken Fiesta sebab nak memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.Sempena Chicken Fiesta ni, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam bermula dengan harga RM 15.45 sahaja.





Selain dari makanan yang best, Eyza gerenti ramai yang berminat dengan RB Mug bila datang A&W. Sekarang ni, korang tak payah rasa berat hati nak tinggalkan mug cantik tu lepas makan dekat Restoran A&W sebab korang boleh bawak balik rumah. Apa???? Betul ke? Yes!! Betul la.


Buat pertama kalinya, A&W Malaysia tawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W.

Tawaran ni berlangsung dari 11 Oktober 2017 dan akan berakhir hujung tahun ni. Kalau uolls berminat dengan Mug yang berharga RM 49.90 satu ni korang boleh dapatkan di semua Cawangan A&W yang berdekatan dengan segera, sementara stok masih ada.A&W Limited Edition Mug 2017 ni bersaiz besar (20oz) dan didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh dunia. 


Terliur tak tengok gambar makanan dekat A&W ni? Ha...kalau terliur tunggu apa lagi. Jomlah kita ke mana-mana cawangan A&W di seluruh Malaysia untuk kita rasai rasa Ayam Goreng dan RB Float yang sedap.

Maklumat lanjut boleh layari:

No comments:

Post a Comment