30.11.17

Cheezy Fish Fillets yang rangup dan sedap dari Pacific West

30.11.17,Thursday, November 30, 2017
Eyza ni memang penggemar Fish Fillets. Dulu kalau pergi IKEA Eyza memang suka order Fish & Chips kat IKEA tapi sekarang ni dah takde jual. Sedih tau! Nape la IKEA tak jual dah.


Tapi.. nasib baik sekarang ni Eyza dah jumpa produk dari Pacific West. Banyak rupanya perisa Fish Fillets dari Pacific West ni. Nape la Eyza baru tau, kalau tau awal takdelah frust bila IKEA dah tak jual Fish & Chips. Hihihi.


Pacific West dah lancarkan Cheezy Fish Fillet yang diperbaharui dengan lebih keju. Eyza ni dah la penggemar keju no 1, memang Cheezy Fish Fillets ni kena dengan selera Eyza dan sentiasa kena ada stok kat dalam peti ais. Dengan tema "The Taste Of The World Loves" memang akan buatkan 1 dunia suka dengan rasa produk dari Pacific West ni. 

Keju yang digunakan dalam Cheezy Fish Fillets ni pun adalah keju yang berkualiti iaitu Mozarella dan Keju Nacho Premium, lepas tu disalut pulak dengan serbuk roti Jepun yang buatkan Fillets ni sedap dan rangup. Masak pulak dalam periuk Tefal, memang sempurna la masak Fillets kita tu.Lepas tu potong terus keju tu terus keju meleleh. Sedap Tau!


Ahad hari tu Eyza sempat ke Karnival Sale Tefal dan Pacific West bekerjasama dengan Tefal anjurkan Cook Show pada Karnival yang berlangsung pada 26 November 2017  di SACC Shah Alam. 


Gigih tau sampai ke Shah Alam semata-mata nak dapatkan produk yang best ni. Tapi serius memang tak rugi kalau datang Karnival macam ni sebab banyak pameran dan diskaun. Lebih-lebih lagi peminat barangan dapur Tefal, memang la tak nak lepaskan peluang. Pasific West pun banyak sangat kombo yang menarik untuk pengunjung.


Eyza suka tengok Cook Show sebab banyak ilmu yang Eyza dapat dari Chef-chef hebat ni. First time Eyza berpeluang tengok demo masakan dari Dr Ezani, juara Masterchef dulu tu. Kecik molek je orang nya.Selain Dr Ezani, ada 2 lagi Chef yang terlibat iaitu Chef Leong dari Pacific West dan Chef Bryan dari Yum Yum Publications.

Setiap Chef tunjukkan 2 menu menggunakan produk Pacific West kecuali Chef Leong yang masak 3 menu. Semua menu ni menarik dan buatkan Eyza lapar je. 


Hidangan dari Chef Leong

Cheezy Fish Wholemeal Bread Pocket

Trio Canape Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower



Hidangan dari Dr Ezani MasterChef

S&P Squids with Tiga Rasa Sauce

Hidangan dari Chef Bryan

Tempura Fish Fillet and Mixed Vege Spring Rolls

Appetizing Crispy Calamari with Pickles

Nampak sedap kan? Ni gambar je, Eyza yang ada waktu demo tu pun rasa lapar tiba-tiba bila bau semua masakan ni.


Produk Pacific West ni memang mudah sebab dah tak perlu tunggu defrost baru masak. Pastikan minyak panas, keluarkan produk Pacific west dari Peti Ais, terus je masukkan dalam minyak panas tu bagi menjamin kesegaran dan kerangupan produk ni.


Bermula 15 November ni sampailah 15 Januari 2018, Pacific West dengan kerjasama Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pulau Pinang) telah menganjurkan Contest "Win Your Dream Holiday". Hadiah yang ditawarkan memang lumayan iaitu Pakej pelancongan 4 hari 3 malam ke Perth/Bali.

Produk Pacific West boleh dibeli di Semua Pasaraya Besar seperti Tesco, Aeon, Cold Sorage dan banyak lagi.

Keterangan lanjut boleh hubungi : 1800 888  389 (Pacific careline)

atau


Kredit Gambar Hidangan : Kak Ayu

No comments:

Post a Comment