6.11.17

Kelas Mekap dan Mekap Artis Murah di Bangi

6.11.17,Monday, November 06, 2017
Hi uolls!

Eyza ni memang suka sangat mekap tapi banyak lagi teknik yang Eyza tak tahu. Yang paling Eyza failed bila mekap ialah part kening dan eyeshadow.

Sabtu minggu lepas, Eyza dan beberapa member blogger lain join kelas Mekap dekat Bangi Anjuran MUA Onie Yusof dan Nadia Zainol. 

Dah lama Eyza teringin nak belajar dengan MUA sebab banyak teknik yang Eyza kena improve. Belajar dekat Youtube dengan belajar ada cikgu ni lain tau. Lagi cepat belajar dan kalau ada yang kita tak faham kita boleh terus tanya.

Kredit gambar : http://www.ienaeliena.com

Suka betul Eyza tengok koleksi berus MUA Onie dan Nadia. Bestnya sebab Eyza dapat belajar Berus besar untuk apa, bulat untuk apa.. Pendek kata bab ilmu berus pun kena belajar tau.Kalau salah berus, hasilnya tak secantik macam yang kita harapkan.


Mua Onie dan Nadia banyak juga gunakan produk tempatan yang dihasilkan sama ada dari MUA atau founder tempatan. Sape kata barang Malaysia tak berkualiti. Cantik je hasilnya.



Kelas ni terbagi kepada 3 sessi. Sessi Pertama kami belajar Mekap Natural Look dari MUA Nadia Zainol.

Natarul Look by MUA Nadia Zainol

Mula-mula, sebelum mulakan mekap kena sembur dulu muka dengan face Mist. Tak kisah la jenama apa pun supaya muka kita bersedia untuk mekap. MUA Nadia guna jenama Evian. Face Mist jenama ni memang best tapi harga boleh tahan la jugak. Hihihi. So, Eyza beli jenama Watson je. Sebenarnya tak kisah jenama apa pun, janji fungsinya sama.


Lepas sembur, biar kering sikit kita pakai Pelembap dan Serum.



Biarkan semuanya sekata dan kering. Baru mulakan mekap dengan lukis kening dulu. Konsep mekap ni ialah tak kisah nak mula mana dulu. Ada orang suka pakai foundation dulu.. ada yang suka buat mata dulu.. Macam MUA Nadia, dia lukis kening dan fokus mata dulu baru pakai foundation.


Best rupanya Primer jenama Essence ni. Murah pulak tu.


Untuk Natural Look, MUA Nadia gunakan warna-warna Earth macam coklat dan krim.


Selesai bahagian mata, barulah pakai corrector pulak dekat tempat yang ada eyebag atau lebam bawah mata.


Kalau eyebag agak teruk, kena pakai warna merah. Kalau yang light-light je cuma pakai yang warna oren.



Lepas tu barulah pakai foundation. MUA Nadia guna jenama AlhaAlfa. Eyza memang suka hasil sentuhan MUA AA ni. Cantik sangat.


Kagum Eyza tengok hasil solekan MUA Nadia ni. Nampak natural dan light je. Sesuai kalau kita nak pergi ofis atau keluar dating gitu.


Seterusnya kita belajar teknik "Half Moon Crease" pulak dengan MUA Onie Yusof

"Half Moon Cut Crease" by MUA Onie Yusof

Sessi kedua kita belajar buat teknik mekap "Half Moon Cut Crease". Teknik ni agak susah tau. Mula-mula MUA Onie nak ajar kami buat yang full, tapi sebab yang full akan makan masa yang banyak jugak, terus MUA Onie tukar ke Half Moon. Tu pun jenuh nak paham macam mana nak buat. Hahaha.


MUA Onie gunakan foundation dari SHCATZS ni. Nampak sekata dan cantik je.


Tips untuk kulit kering: Kalau tengah mekap dan kulit kering, boleh guna spray MAC ni bagi kulit nampak berseri dan lembap balik.



Teknik ni banyak tekankan kat bahagian mata.



Dah siap! Lain kan? Mekap ni sesuai untuk orang yang berani  sebab ianya banyak main warna dan warnanya pulak adalah warna-warna yang terang.


Selesai dua sessi, start pulak sessi ketiga. Untuk sessi ketiga ni kami kena mekap diri sendiri. Kiranya praktikal untuk diri kami la. Rugi la kalau belajar tapi tak praktikkan kat muka sendiri kan.

Eyza pilih mekap Natural Look. Ok ke tidok Eyza mekap? Hahaha..


Best sangat belajar dengan MUA onie dan Nadia ni sebab ianya santai je. Rasa macam belajar dengan kawan-kawan je. Lepas kelas semua transform jadi cantik.


Kami bukan saja dapat belajar mekap tapi jugak dapat barang-barang yang best sangat.

Kat bawah ni semua barang yang Eyza dapat masa join kelas ni. Next entry Eyza review ye apa yang Eyza dapat.




Eyza dan MUA Nadia Zainol

Eyza dan MUA Onie Yusof


Thanks sangat pada MUA Nadia dan Onie sebab anjurkan kelas yang Fun sangat. Banyak ilmu yang kami dapat.

So, kalau uolls nak belajar mekap atau tempah mekap area Bangi atau sekitar KL, bolehlah roger diaorang. Kelas diaorang buat murah jer bermula RM 100 bergantung pada apa yang kita nak belajar. Berbaloi tau dengan ilmu yang kita dapat.

MUA ONIE YUSOF
Page :
Instagram :
Facebook :

MUA NADIA ZAINOL

2 comments: