24.11.17

Makan Shell Out dekat Berumbu Kitchen Sri Permaisuri Cheras

24.11.17,Friday, November 24, 2017
Hari tu Adik Eyza cakap dia nak belanja Eyza makan Shell Out. Try la google yang dekat2 je sebab dah malam malas nak pergi jauh-jauh lagipun esoknya kerja.

Pastu nampak Shell Out Berumbu Kitchen dekat Medan Selera Sri Permaisuri. Macam best je. Terus kami gerak pergi sana.


Sampai je tengok ramai orang dok menjamu selera kat situ. Nampak macam sedap. Tengok menu satu persatu. Last-last kami pilih set promo macam kat bawah ni.Makan 3 org je pun. Cukup la set ni. Harga tu hanya utk shell out je. Nasi dengan air harga lain tau.


Selain dari set yang kami pilih, ada juga pilihan set yang lain.


Eyza pilih masak pedas berapi dengan buttermilk.  



Pendapat Eyza:
SEDAP! Portion pun banyak. Harga pun murah. Ikan siakap pun fresh. Pendek kata semua eyza puas hati la. Lepas ni gerenti Eyza repeat lagi. Cornfirm tak menyesal datang makan kat sini.

Cuma... kat sini kalau malam agak happening sebab banyak gerai makan yang best dan susah sangat nak dapat parking kat sini. Ianya memerlukan kesabaran. Kalau tak parking je kat luar dan jalan sikit untuk masuk ke dalam food court ni.

Landmark:
Sebelah dengan Pangsapuri Penara Bandar Sri Permaisuri.


No comments:

Post a Comment