1.11.17

UK Farm menjanjikan pengalaman Desa untuk yang inginkan kelainan

1.11.17,Wednesday, November 01, 2017
Hai Uolls!

Masih lagi cerita kat Johor tapi kali ni lain sikit sebab kita pegi Ladang Kambing tau!

UK Farm ni terletak di Kluang, Johor. Ha.. dekat Kluang ni bukan saja terkenal dengan kopi Kluang yang sedap, tapi juga susu kambing tau!


Kami makan tengahari dekat sini. Menunya simple je tapi sedap. Makanan kat sini dimasak "Chinese Style".





Dah kenyang makan, kami diberi penerangan oleh Bos Besar UK Farm iaitu Mr Un Keng. Ha.. sekarang uolls tau kan kenapa nama Ladang ni UK Farm. Sebab nama owner dia Un Keng, langsung tak ada kena mengena dengan United Kingdom atau Ulu Kelang tau.

Lepas tu, kami di bawa jalan-jalan dalam Ladang dengan menaiki Bas Sekolah yang telah diubahsuai. Dah rasa macam geng bas sekolah pulak. Hihihi.



Tempat pertama yang kami singgah ialah Ladang Kambing.


Ada banyak sangat kambing kat sini. Mula-mula memang rasa macam tak boleh tahan bau kambing kat sini, tapi bila dah lama-lama bau tu macam dah sebati. Dah tak kisah dah.



Eyza juga berpeluang suapkan rumput dan susukan anak kambing guna botol susu.




Dah puas beramah mesra dengan kambing-kambing kat situ, kami terus ke tempat memproses susu kambing pulak.


Tak jauh pun dari ladang kambing tu. Kami just jalan kaki nak ke sana. Pandai kambing-kambing ni beratur untuk diperah susu. Dekat sini, susu diperah secara moden menggunakan mesin. Memang terjamin kebersihannya.


Dah habis tu, kami semua berpeluang untu rasa susu kambing kat sini. Di UK Farm ni, susu kambing ada 3 perisa iaitu Asli, Coklat dan Yogurt.


Eyza suka semua sebab tak ada bau hamis pun. Boleh minum la. Selalunya susu kambing akan bau hamis kan. Tapi yang dekat sini sedap. Tambah-tambah yang Yogurt tu.




Selain susu kambing dibuat minum, susu kambing kat sini juga dibuat losyen, syampu dan body wash. Pelbagai sangat kan.


Dah kenyang minum susu kambing, kami teruskan melawat dalam ladang.


Kami ke tempat penternakan ayam, itik dan rusa.


Tak jauh dari situ, ada perkampungan orang Asli puak Jakun. Kami dapat tengok rumah dan perangkap yang dihasilkan oleh mereka dekat sini.



Ada juga tarian oleh salah seorang penduduk di perkampungan ni.





Dah penat explore dalam tu kami naik bas semula. Kami sempat berehat sekejap makan Aiskrim dan minum air kelapa kat sini.

Kat sini ada 4 jenis pakej kalau kita nak sekali dengan penginapan. Ada pakej Chalet dan Dorm.


Kami ambik pakej 2 hari 1 malam Pakej Chalet.


Lepas tu kami semua dibawa ke  Chalet. Tempat penginapan kami untuk 1 malam sebelum bertolak balik ke KL. Yeay. Badan dah melekit. Masuk je bilik terus tak sabar nak mandi.


Yang bestnya dekat sini, di bahagian belakang Chalet terbentang padang ragut yang hijau je. Sejuk mata memandang.


Satu lagi yang best kat Chalet ni ialah dalam bilik air, diaorang sediakan Syampu dan body Wash yang dibuat dari susu kambing. Best sangat tau mandi pakai 2 produk ni. Dah la wangi, pastu kulit dan rambut pun jadi wangi je.


Malamnya kami Dinner secara BBQ. Wah.. sate kat sini sedap sangat.Mula-mula Eyza ingatkan daging lembu tapi rupa-rupanya daging kambing. Dah la daging lembut cukup rasa pulak tu. Sedap sangat.


Dah kenyang, kami ada aktiviti tau malam ni iaitu naikkan Lantern. Wah.. First time Eyza main lantern besar ni. Dulu masa kecik2 main lantern biasa yang kecil tu je.


Mula-mula kami tulis nama dulu kat lantern tu.


Dah sedia nak pasangkan api dan terbangkan lantern ke udara.Tak sangka lantern kitaorang naik tinggi sangat sampai lama-lama dah x nampak langsung dah. Tak tau la gi mana.


Dah puas bergembira, kami ada sesi Q&A bersama owner UK Farm ni.


Selesai semua kami balik Chalet dan tido. Nyenyak betul tido malam tu.

Esok pagi-pagi Eyza dh bangun nak tengok sunset.



Dekat sini memang tenang sangat. Tak ada bunyi bising. Sesuai kalau kita nak lari dari kesibukan kota.

Puas posing, barulah nak pergi sarapan. Sedap betul sambal nasi lemak kat sini. 2 kali jugak la Eyza tambah. Hahaha.


UK Farm ni juga ada agen yang boleh COD susu kambing. Setakat hari ni, ada agen dari Johor sampailah ke Kuala Lumpur. Cuma call je no macam dekat lori tu, nanti diaorang yang akan hantar agen berdekatan dengan tempat korang. Apa yang lagi best, harga yang agen jual adalah sama seperti harga kat ladang ni. Wah.. best tu..

Kalau nak beli kat pasaraya pun boleh. Kalau tak silap Eyza, UK goat Milk ada dijual di Village Grocer dan Pasaraya Hero.


Sebelum balik tu, kami sempat la borong susu kambing. Semua dah macam duta susu kambing dah.


Banyak pengalaman best sepanjang kami kat sini. Seumur hidup Eyza, nilah pertama kali Eyza menginap di Chalet yang terletak dalam ladang. Memang satu pengalaman yang takkan Eyza lupa.


Pakej Farm Tour (2-3 jam):

Mini Bus Farm Tour 
Dewasa - RM 47.70
Kanak-kanak -RM 37.10(3-12 tahun)
-Tiket Masuk
-Animal Feeding Set
-Goat Milk Tasting
-In House Guide

Horse Carting Farm Tour
Low Season - RM 190.80
High Season - RM 254.40
-Tiket Masuk
-Animal Feeding Set
-Goat Milk Tasting

Aktiviti lain:
Horse Riding - RM 15.90 per person
Horse Carting - 84.80 (4 person per carte)
Sheep Challenge - RM 5.30 per person
Night Tour - RM 5.00 per person

*semua harga termasuk gst

Maklumat lanjut :

UK AGRO RESORTPlot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 
86000 Kluang, Johor, Malaysia. 
Tel : +607-759 7555
Fax : +607-759 7991
H/P : 013-778 7235 / 013 - 722 2299
Website: www.ukfarm.com.my
Email: info@ukfarm.com.my

1 comment:

  1. Oo UK farm rupanya Ada Di Johor je. So mampulah kalau nak pegi nanti hihi

    ReplyDelete