17.2.17

Resepi Ayam Honey Lemon menggunakan Jus Natsbee Honey Lemon Pokka

17.2.17,Friday, February 17, 2017
Ha.. Kan hari tu Eyza ada cerita pasal variasi minuman dari POKKA kan? Eyza bukan setakat minum je, Eyza buat masak jugak. Sedap tau *Sendiri masak sendiri puji* Hahaha

Eyza guna Natsbee Honey Lemon untuk masak kali ni.

Seperti ramai yang tahu, Lemon dan Madu memang banyak khasiat. Antaranya:

1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
2. Memperbaiki sistem pencernaan
3. Menghilangkan bau mulut
4. Memberikan kulit sihat
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
8. Memberikan lebih tenaga
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik



Eyza ni suka sangat makan Ayam Honey Lemon, so Eyza nak masak Ayam Honey Lemon dengan menggunakan Jus Natsbee Honey Lemon dari Pokka ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya.

Resepi Ayam Honey Lemon

Eyza ni kan jenis suka masak yang simple dan tak banyak bahan. Untuk kali ni pun sama je. Tak perlu banyak-banyak.

Bahan-bahannya:
3 keping dada ayam (ambil isi dan dipotong kecil)
Sekotak Tepung Goreng Berempah Pedas Sri Aji
4 sudu besar JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA
3 Sudu air sejuk
Minyak untuk menggoreng
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu tepung custard
Garam dan Gula secukup rasa


Untuk Goreng ayam just perlukan 2 bahan ni je. Ops, 4 bahan termasuk air sejuk dan minyak masak.


First, kita potong ayam kecil-kecil, cuci dan toskan.


Ambil 3 sudu air sejuk dan campurkan dengan 1 sudu tepung Goreng Berempah Pedas.


Gaulkan bersama ayam


Tuangkan lebihan tepung goreng berempah ke dalam pinggan lain. Gaulkan bersama ayam tadi.


Biarkan 5 minit supaya rempah-rempah tu menyerap masuk dalam ayam.


Gorengkan ayam hingga kuning keemasan.


Ketepikan ayam dulu sebab kita nak buat sos pulak.


Masukkan air (1/4 gelas) ke dalam periuk, tambahkan 4 sudu JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA ke dalam air tadi. Masukkan jugak tepung custard, tepung jagung, garam dan gula. Kacau dengan api perlahan atas dapur sampai pekat.


Bila dah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.


Hidangkan bersama Nasi atau boleh ratah macam tu je. Lebihan Jus Natsbee Honey Lemon tu kita boleh masukkan ais kiub dan minum macam tu je. Sedap tau.


Yeay.. siap dah menu Eyza untuk hari ni. Ayam Honey Lemon menggunakan JUS NATSBEE HONEY LEMON POKKA


Selamat Mencuba

9.2.17

GT-888 Telefon Pintar terbaru dari GT Mobile

9.2.17,Thursday, February 09, 2017
 Eyza dah lama nak tukar handphone baru tapi... ha... rasa-rasanya apa yang buat hasrat tu terbantut? Duit la kan? Hahaha.. Duit yang ada nak dahulukan benda lain so Handphone kita KIV la dulu. 

Tapi... tapi... dengan tak disangka-sangka tuah ayam  Eyza datang jugak. Eyza dapat peluang untuk guna Smartphone GT-888 GT Mobile dari Singapura ni. Best kan?


GT-888 100% disiapkan di Singapura dan kini mencuba nasib nak masuk dalam pasaran Malaysia pulak.Sekarang ni GT Mobile dah ada 3 model telefon pintar iaitu GT-888, GT-886 & GT-883.


Apa yang best tentang Smartphone terbaru keluaran GT Mobile ni?

→ Menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1.
→ Dikuasakan oleh 64bit Quad core 1.0GHz
→ 2GB RAM + 16GB ROM, sokongan MicroSD sehingga 64GB
→ Paparan skrin 5.5 inchi.
→ Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.
→ Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.


Eyza dapat warna Metal Grey. Smart warna ni. Lagipun kaler gelap-gelap ni tak mudah nampak kotor.



Setiap set akan dapat 1 SmartPhone GT-888, bateri, Charger, earphone, casing dan screen protector. Lengkap semua sekali.


Smartphone ni boleh letak 2 sim card sebab ianya adalah konsep dual sim dan 1 memory card. Harga bermula dari SG$368 untuk 1GB RAM dan SG$398 untuk 2GB RAM.

First yang Eyza try ialah kamera. Blogger dan gambar berpisah tiada. 

Ni la hasil gambar dari kamera GT Mobile. Nampak mengiurkan tak Cheese Nan tu. 


Selain tu kamera ni jugak boleh dikatakan mesra selfie @ swafoto. Skrin besar senang kita nak adjust bagi muat.


Kesimpulannya Eyza memang puas hati dengan kualiti kamera dan bateri pun tahan lama. Bukak Youtube pun best sebab bila skrin besar seronok la anak-anak buah Eyza nak tengok kartun.

Untuk maklumat lanjut boleh layari GT Mobile

7.2.17

Pelbagai Jenis Minuman POKKA yang jadi kegemaran ramai

7.2.17,Tuesday, February 07, 2017
Pernah dengar tak Variasi Minuman dari jenama POKKA? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak. Macam Eyza pun sebelum ni memang dah pernah dengar dan minum. Tapi Eyza baru pernah try POKKA Melon Milk dengan POKKA Mango Milk. Dua-dua Eyza suka.

POKKA ni rupa-rupanya ada macam-macam jenis minuman.Ada lebih kurang 60 jenis pilihan antaranya Lemon Madu, Green Tea. Cookies & Cream, Premium Cappuccino dan juga Premium Coffee. 


Hubby paling suka dengan Cappuccino dan Coffee dari POKKA ni. Sedap dia kata. Sekejap je dah habis sebotol.




POKKA ditubuhkan di Jepun pada tahun 1977 tapi di Malaysia POKKA dah ada sejak April 1995. Wow.. Lama kan?

Minuman POKKA bebas bahan pengawet, tiada pewarna, citarasa kopi sebenar dan yang paling penting HALAL.



Semua minuman ni bukan saja kita boleh minum macam tu je, tapi boleh guna untuk buat masak jugak. Nak tau apa yang Eyza masak? Ha.. yang tu kena tunggu entry berikutnya.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:


2.2.17

Dashing Elite Men Shampoo Produk Penjagaan Rambut Khusus Untuk Lelaki

2.2.17,Thursday, February 02, 2017
Eyza selalu perasan yang Rambut Hubby ni jenis berminyak. Kalau dia pakai minyak rambut atau Gel lagi la rambut dia cam tak best. Sebelum ni Hubby bedal je pakai sabun dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tu yang kekadang tak betul-betul hilangkan gel rambut.Dok kejung lagi.Nak pegang rambut pun tak best.

Nasib baik la Eyza bagi Hubby try Dashing Elite Men Shampoo ni. Dah la bau wangi. Rambut pun dah tak bermiyak, gel rambut pun hilang setiap kali Hubby cuci dengan Syampu ni.


Kalau nakkan rambut yang bersih dan kulit kepala yang segar, eyza memang recommed para lelaki di luar sana untuk try Dashing Elite Men Shampoo ni.

Shampoo ni ada 2 pilihan iaitu Anti Kelumumur dan dan Anti Rambut Gugur. 


Anti Rambut Gugur
Shampoo ni mengandungi Advance Micro-Protein yang dapat menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan dan memberikan rambut yang lebih kuat dan sihat.Ia juga mengandungi Mentol dan membuatkan kulit kepala sejuk je lepas guna.

Anti Kelemumur
Macam hubby memang ada kelemumur dan Dashing Elite Hair Shampoo biru ni memang sesuai.Ia mengandungi Agen Anti Kelemumur dan merawat kulit kepala supaya kepala bebas dari Kelemumur.

Produk ni boleh didapati di semua Pasaraya dengan harga serendah RM11.90 untuk 250gm.

Untuk keterangan lanjut boleh layari : Facebook