23.3.17

LAZADA SURPRISE BOX Sempena Ulangtahun Lazada yang ke 5.

23.3.17,Thursday, March 23, 2017
Lazada dan Sale? Macam kembar kan? Barang kat Lazada dah la murah... Inikan pulak bila ada sale...  lagi murah la. Sape suka SALE? Tipu la kan kalau cakap tak suka... Eyza ni beribu-ribu kali suka.

Kenapa Lazada buat sale kaw-kaw kali ni? Sebab.. Lazada sambut Anniversary yang ke 5... Wow.. Diam tak diam dah 5 tahun Lazada bertapak dalam Industri online ni.


Sempena Anniversary Lazada yang ke 5 ni, Lazada bermurah hati bagi 5th Birthday Surprise Box dekat Eyza. Selalunya Birthday orang kita kena bagi hadiah, tapi Lazada ni terbalik pulak.. Dia yang bagi hadiah... Bestnya.

Dengar kata, sepanjang Sale yang berlangsung dari 22 Mac 2017 hingga 24 Mac 2017 ni, ada 10 juta produk yang dijual di Lazada...  Banyak tu.

Eyza dapat Surprise Box ni petang semalam.. Memang betul-betul Surprise ni sebab Eyza tak tahu isi kandungan dalam kotak ni.


Eyza ada buat video unboxing tapi salah teknik, tak ada suara. Hahaha.. Tak jadi la nak letak kat sini. Takpe.. Eyza tunjuk gambar je la ye.


Ha.. ni la barang yang Eyza dapat. Eyza dapat PURE BEAUTY SKIN CARE SET! Macam tau-tau je Eyza suka tengok kulit orang Korea. Terus Eyza dapat Skincare dari Korea uolls. Dah tak perlu pergi Korea beli set ni. Beli je kat Lazada. Senang! Sampai depan rumah diaorang hantar.

Lazada inform hari tu dapat barang yang berharga RM 400.00 tapi bila tengok Set ni, Eyza tau yang harga set ni lebih dari RM 400.00 tau. Wow. Tq Lazada.


Ramai yang cakap CC Cream best.. Eyza dah try, memang best. Bau wangi dan tak berminyak. Pakai sikit je dah nampak sekata.


Sempena Sale kat Lazada ni, produk ni memang murah. Rugi tau tak grab. Satu set ni besar-besar jugak. Eyza rasa sebotol tahan lebih dari sebulan ni.

Sempena Lazada Sale ni, Eyza dah plan nak beli apa. Hari ni gaji, jom la kita cuci mata dan poket dengan web LAZADA. Gerenti tak menyesal. Ingat tau 22 Mac hingga 24 Mac 2017 sahaja sale ni berlangsung. Selamat bershopping.


HAPPY 5TH BIRTHDAY LAZADA!


21.3.17

Nasi Lemak Pondan yang tengah Viral!

21.3.17,Tuesday, March 21, 2017
Hai...Apa yang viral sekarang ni? Hari tu heboh tentang Nasi Lemak Anak Dara.. kali ni pulak viral pasal Nasi Lemak Pondan.

Amboi.. nama semua nak meletops kebabom aje.. Disebabkan Nasi Lemak Pondan ni dekat je dengan rumah, mai la kita pergi beli. Ramai yang cakap Keria Gula Melaka kat sini sedap


Kebetulan Eyza lalu hari tu tengok ada sorang je customer. Jom la kita singgah. 

Kuih keria kat sini satu RM 1.20.. Boleh tahan jugak harganya. Nangis dengar. Hahaha. Tapi beli 10 biji RM 10.

Eyza beli 5 biji.. cukup la buat rasa. Dalam gambar tinggal 4 biji sebab 1 dah kena ngap dalam keta. 


Sedap ke idok? Sedap la uolls. Lembut je bila gigit. Gula pun x tebal sangat. Manis dia sesuai. Tapi kecik sangat.. Tak puas makan.

Kalau ada yang nak try bolehlah ke Sri Permaisuri Cheras. Gerai ni seberang jalan dengan Villa Laman Tasik. Sape dah pernah try nasi lemak kat sini? Sedap ke idok? 

20.3.17

Nak makan Western di Kajang? Singgah la Restoran Chef Bob!

20.3.17,Monday, March 20, 2017
Hai... Assalammualaikum... Adoi.. Makin nak diet makin jumpa Restoran best-best. Macam mana Eyza nak berjaya capai misi turun 10kg ni? Hahaha.

Takpe la.. demi untuk reader yang nak tahu tempat mana nak makan western sedap, ahkak sanggup pergi cuba tau. 

Eyza hari tu sesat kat Kajang. Pusing-pusing nampak Restoran Chef Bob. Tengok macam best je kedai ni tapi masa tu Eyza tak singgah sebab kejar masa and tak plan pun nak ke sana.

Eyza pun fikir, takpe la nanti bebila ke Kajang baru nak try. Semalam kebetulan nak ke Kajang, terus teringat Restoran ni. So, apa lagi jom la kita try.


Dari luar restoran dah nampak tersergam Signboard Chef Bob. Masa tu hujan rintik2. Orang pun tak ramai lagi. Masuk dalam kedai, tengok susun aturnya simple tapi bersih dan selesa.


Belek-belek menu. Wah.. Banyak betul pilihan makanan western. Maybe Chef ni specialty dia western agaknya tapi kalau jenis yang nak makan nasi jangan risau tau sebab kat sini makanan berasaskan nasi pun ada. Eyza tengok ada Sup Tulang, paprik, tomyam dan goreng-goreng. Tu pun macam menarik.

Eyza tak order Nasi pun semalam. Tekak teringin nak makan Western, meh la kita mengorder ye.

Eyza order Bandung Leleh dengan Mix Grilled. Patut la nama bandung leleh, memang buihnya meleleh-leleh. Tu pun Eyza lambat ambik gambar sebab asyik dok bersembang.Masa ni buih dia dah kurang sikit, kalau tak lagi kembang.


Rasanya sama macam sirap Bandung biasa cuma bila kita minum dekat buih yang leleh tu rasa sedap. Pastu, airnya pun tak manis sangat. Just nice orang kata. Eyza pun tak gemar kalau manis sangat. Ni memang selera Eyza la.


Mix Grilled ni pulak dah nama pun Mix kan.. ada macam-macam dalam tu. Dalam satu pinggan ada kambing, ayam , sosej , calamari , fries dan sayur2 yang dipotong halus dan dituang dengan sos thousand island.


Eyza memang recommed sangat Set ni sebab ianya lengkap, portion banyak, sedap dan paling penting daging kambingnya lembut dan tak berbau. Sosnya pun sedap.. tak kuat sangat bau black pepper.. Dalam hidangan ni jugak kita akan diberi sos tambahan. Puas hati la kalau yang jenis suka sos banjir.


Selain dari Mix Grilled, Eyza jugak order Thigh Chicken Grill.. yang ni hubby punya... sedap dan portion besar... selalu hubby ni susah nak suka makan western sebab katanya tak kenyang n sos blackpepper tak sedap. Tapi Chicken Grill dekat Chef Bob ni menepati selera hubby. Memang dia cakap kenyang sangat. Alhamdulillah.

Eyza makan 2 jenis tu pun dah kenyang.. Next time ingat nak bawak family datang makan kat sini. Boleh la try menu lain pulak. 

Kalau datang ramai-ramai bileh cuba Mega Mix Grilled. Berbaloi-baloi.


Rezeki Eyza jugak, masa tengah makan tu Chef Bob keluar. Sempat la Eyza berborak dengan Chef. Rupa-rupanya Chef ni pernah bekerja dekat Los Angeles selama 2 tahun dan pernah masak untuk Pelakon Eddie Murphy. Wow. Patut la Western kat sini sedap.


Makin larut malam makin ramai yang datang makan kat sini. Lagipun Restoran ni dibuka sampai pukul 12 tengah malam.

So.. Untuk sesiapa yang tercari-cari kedai makan Western di Kajang bolehlah singgah dan try makan kat sini. Bagi Eyza harga dan portion makan kat sini memang berbaloi.

Chef Bob
No. 12A,
Jalan TTDI Grove 1/1, 
Taman TTDI Grove,
43000 Kajang,
Selangor.

Waze : Chef Bob

19.3.17

Tak sabar nak shopping sempena 5th Birthday Anniversary Lazada!

19.3.17,Sunday, March 19, 2017
Lazada dah nak sambut Birthday yang ke 5? Wow.. Diam tak diam dah 5 tahun Lazada bertapak dalam industri shopping online ni.

Minggu lepas, ramai yang update dapat Surprise Box dari Lazada yang bernilai RM 400 setiap seorang. Bestnya. 

Surprise Box Eyza je belum dapat. Ntah-ntah dapat lagi besar kut sebab tu la belum sampai. Hihihi.

Takpe, walau Eyza belum dapat Eyza nak cerita ni yang Lazada akan buat Sale besar-besaran sempena  5th Birthday Lazada . Best ni. Sape yang tak suka sale kan? Semua orang suka. Katanya terdapat lebih kurang 10 juta produk termasuk peralatan rumah, barang elektrik, barang kecantikan , baju dan macam-macam la. 


Jangan lupa, save the date! 22 hingga 24 Mac 2017 ni buka laman web Lazada .  Ada banyak diskaun menarik yang kita boleh beli kat sana.  Dengar kata diskaun sampai 90%. Menarik ni.

Penggemar shopping online macam Eyza, jangan lepaskan peluang ni. Login, ikut step by step. Pilih barang, bayar dan tunggu je sampai kat rumah. Senang kan?


Nanti Suprise Box datang, Eyza update apa barang2 best yang kita boleh beli kat Website Lazada. Tak sabar nak tunggu Surprise Box sampai! Selamat bershopping uolls.

17.3.17

Pelakon Saharul Ridzwan dilantik sebagai Duta Hotel Erya By Suria

17.3.17,Friday, March 17, 2017
Bertempat di Erya By Suria Hot Spring Bentong, Majlis penjenamaan dan memperkenalkan Duta Erya By Suria telah berlangsung dengan meriah. Eyza berasa teruja menjadi sebahagian jemputan untuk Majlis ini.


Eyza ni bukanlah kipas susah mati Saharul Ridzwan tapi Eyza suka sangat tengok lakonan Saharul dengan Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.Masa tu Eyza teringin nak jumpa Saharul Ridzwan. Alhamdulillah, Eyza dah 3 kali jumpa dia di Event yang berbeza. Dan, Eyza memang suka tengok karekter dia yang tak sombong dan sporting ni. 


Disebabkan karekter beliau yang Sporting dan Family Man ni, pihak Erya By Suria telah melantik Saharul Ridzwan sebagai Duta Hotel diaorang. Wow! Eyza memang tak terkejut dengan pemilihan ni sebab Saharul memang layak. 


Opss.. Lupa pulak Eyza nak inform yang Erya By Suria ni dulunya lebih dikenali sebagai Suria Resorts telah bertapak selama 17 tahun dah dalam industri ni. Selepas sekian lama, pihak pengurusan hotel telah membuat. penjenamaan semula dan telah menukar nama kepada Erya By Suria. Sedap kan nama tu. Lebih komersial dan bertepatan dengan Duta yang dipilih untuk mewakili Hotel mereka.Erya By Suria juga memperkenalkan konsep "Green Hotel" dan "Eco Muslim Hotel".


Ketua Pegawai Operasi Erya By Suria, iaitu Puan Dalina Khalil juga menerangkan yang pihak Erya By Suria memilih Saharul Ridzwan sebab beliau artis terkenal, mempunyai ramai pengikut di instagram dan aktif di media sosial.Selain dari itu, Saharul juga mempunyai rupa paras yang kacak dan sudah berkeluarga.


Erya By Suria sekarang ni dah ada di 6 lokasi iaitu:


Ha.. Bukan calang-calang tau. Kat London pun ada. Penjenamaan semula ni  termasuklah juga hotel mereka terbahagi kepada 6 segmen iaitu ERYA Luxy, ERYA Exec, ERYA Famy, ERYA Envi, ERYA Sylo dan ERYA Camp. Pening ke? Ok.. Macam ni, biar Eyza terangkan. Contohnya Erya By Suria Johor Bahru, lokasinya terletak di tengah-tengah Bandar JB, dekat pulak dengan Kota Iskandar dan Singapura yang rata-rata adalah Business Traveler. Maka, Erya By Suria JB akan fokus kepada servis lengkap untuk Eksekutif dan dikenali sebagai ERYA Exec.

Eyza pun tak sabar nak try menginap di Erya By Suria Cawangan lain lepas ni. Moga dengan penjenamaan semula dan pelantikan Duta ini, Erya By Suria akan lebih maju dan berdaya saing dalam Industri Perhotelan Tanah Air.


Untuk Maklumat Lanjut, Boleh layari:



14.3.17

Jatuh Cinta dengan Produk Sweet Aiman dari Aiman Tino

14.3.17,Tuesday, March 14, 2017
Waktu Pelancaran Produk Sweet Aiman, Eyza diberi peluang oleh Pihak Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd untuk mencuba ketiga-tiga produk Aiman Tino ni.



Jujur Eyza cakap, antara ketiga-tiga produk ni Eyza teruja sangat nak try Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion. Eyza dah lama nak try DD Mineral Cushion ni, tapi asyik la terbantut sebab harga Mineral Cushion ni selalunya Seratus ke atas. Tu yang terus tak jadi beli tu. Mahal sangat. Hihihi.

Bila tahu yang harga 3D Cream DD Mineral Cushion ni cuma berharga RM 89.90, Eyza pun nak sangat cuba. Bukan apa, harga dah la murah dari jenama lain. Terfikir jugak sama ada kualiti sama dengan jenama mahal atau ala kadar je.


Bila Eyza sendiri dah guna, Eyza akui Eyza dah jatuh cinta dengan Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion ni sebab Eyza rasa muka Eyza berseri-seri pulak bila pakai DD Mineral Cushion ni. Sorry la terpuji diri sendiri. Hahaha.


DD Mineral Cushion ni didatangkan dalam 2 rona warna iaitu warna Natural Glow dan  Light Glow.

Untuk yang berkulit cerah disarankan guna Light Glow dan Natural Glow untuk yang berkulit Sawo Matang.


Eyza pilih Light Glow sebab Eyza perasan cerah. Hahaha. Sebenarnya dua2 rona sesuai dengan kulit Eyza. Cuma Eyza bertudung sebab tu Eyza ambil warna yng cerah sikit supaya tak tenggelam dengan warna tudung.

Antara kelebihan DD Mineral Cushion ni ialah:
1.Dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV, habuk dan bakteria.
2.Membantu menyerikan tona kulit
3.Menjadikan kulit lebih lembap, lembut serta nampak natural.
4.Mengandungi Vitamin B5, Vitamin E dan Mineral Semulajadi.
5.Effect 3D cerah merona, bersinar dan bercahaya.
6.Anti kilatan, Anti Rekahan dan berminyak.
7.Anti penuaan, tidak menutup pori-pori dan anti cela.
8.Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita.

Selain dari 3D Cream DD Mineral Cushion, Sweet Aiman juga ada mengeluarkan Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD.


Kedua-duanya mempunyai fungsi yang lebih kurang sama iaitu:
1.Memutihkan kulit wajah
2.Melambatkan penuaan kulit wajah.
3.Mengurangkan kedutan dan garis-garia halus
4.Meremajakan kulit wajah
5.Meningkatkan keanjalan kulit wajah
6.Membantu melindungi kulit dari sinaran UV, habuk dan bakteria.
7.Memperbaharui dan memperbaiki kulit wajah
8.Membantu memperbaiki keadaan kulit agar nampak lebih cerah dan sekata.
9.Membantu mempertingkatkan ketegangan kulit agar tampak lebih cerah dan bersinar 
10.Melindungi kulit dari serangan radikal bebas
11.Menggantikan sel2 yg rosak pada wajah

Cuma apa yang membezakan antara Candy Cherry Brite dengan Cherry Brite HD ialah cara ianya dipekkan.

Cherry Brite HD dipek dalam bentuk serbuk. Cara nak makan pun senang je.
Ambil 1 peket waktu pagi dan petang.Dicadangkan ambil 30 minit sebelum atau selepas makan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan yg maksima.


Untuk Candy Cherry Brite pulak, ianya dibuat dalam bentuk pil dan kita cuma perlu hisap atau kemam untuk dapatkan hasil yang superb.


Produk-produk Sweet Aiman ni boleh didapati di kaunter-kaunter Wonder Glow seperti berikut:

1. Lot 2-2-21 Busana Menara
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

2. Lot KF5, Level 1,
AEON Mall Shah Alam
No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam

3. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2
Kluang Parade ,Jalan Sentul
86000 Kluang, Johor

4. Lot F38, Level 1,
AEON Kota Bharu
Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu,
Kelantan

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Tel : +60167094042

Email : sweetaiman360@gmail.com


Facebook : AimanTinoClub

Instagram : SweetAiman



11.3.17

Menyambut Hari Wanita Sedunia bersama-sama Stellavingze International

11.3.17,Saturday, March 11, 2017
Rasanya belum terlambat untuk Eyza ucap Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita hebat tak kira kat mana pun. Semua Wanita adalah hebat dan Istimewa. Bak kata pepatah " Jangan ingat tangan yang menghayun buaian tak boleh menggegar Dunia".

Tahun ni Eyza sambut Hari Wanita bersama-sama Stellavingze International iaitu satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan wanita.

Teruja Eyza tau sebab pertama kali Eyza dapat berkumpul dengan Wanita dari pelbagai latar belakang dan kerjaya. Stellavingze ni diasaskan oleh Datuk Stella Chin bersama-sama suaminya Datuk Dr. Alan Wong sehingga berjaya menjadi sebuah Syarikat yang berjaya.



Sambutan Hari Wanita kali ni disertai dengan Forum yang penuh dengan pelbagai ilmu. Eyza rasa bertuah dapat mendengar sendiri rahsia kejayaan orang-orang yang hebat.


Antara panel yang terlibat ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail (Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) , Datin Azizan Binti Hj. Shariff (Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Lembah Pantai) , Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref (Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang) dan Ms. Wee Siew Ling (Pengarah Urusan Stellavingze International)

Kredit : Sally
Tujuan forum ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita menjadi lebih positif dan berdaya saing. Wanita perlu ada ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kehidupan dan keluarga.

Stellavingze International ada menganjurkan kursus untuk para wanita diluar sana. 

Terdapat 2 kursus yang boleh dipilih:

  Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti 

Objektif:
1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya 
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 

Stellavingze Guiding Star menyediakan:
~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. 
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran. 
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Kursus dan Latihan: 
➔ Kelas Imej Perniagaan 
➔ Latihan Skill Perniagaan 
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA 
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan 
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan 

Kelayakan Penyertaan: 
Pendidikan : Ijazah 
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih 
Umur: 25 - 60 tahun

 Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan 

Objektif: 
Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 
➔ Kelas Imej 
➔ Kesihatan dan Kecantikan 
➔ Pembentukan Minda dan Rohani 
➔ Pengurusan Rumah Tangga 
➔ Interaksi Bersama Anak 
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 
· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia 

Kelayakan: 
· Pendidikan:Diploma / Ijazah 
· Pengalaman:2 tahun ke atas 
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang 

Syarat-syarat kemasukan: 
· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita 
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International 


Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi Ahli Stellavingze International ni. Kita dapat meningkatkan keyakinan diri sekaligus dapat meningkatkan pendapatan.

Kredit : Sally
Untuk keterangan lanjut boleh layari :

10.3.17

Pelancaran Sweet Aiman Produk Terbaru dari Aiman Tino

10.3.17,Friday, March 10, 2017
Eyza suka betul dengar lagu Permata Cinta yang Aiman Tino nyanyi tu. Sedap jugak lagu tu. Teringin jugak nak jumpa dengan Aiman ni sebab tengok dalam TV kecik je orangnya.

Eyza ada dengar yang Aiman Tino ni nak keluarkan produk sendiri. Mula-mula Eyza ingatkan dia nak keluarkan Minyak Wangi sebab ramai sangat artis ada Minyak Wangi Jenama Sendiri. Tapi... bila Eyza pergi sendiri ke Majlis Pelancaran Produk Aiman Tino ni baru Eyza tahu yang Aiman ni keluarkan produk yang artis lain jarang buat.


Majlis berlangsung pada 8 Mac 2017 di Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail. Walaupun Restoran ni dekat dengan opis, ni first time Eyza sampai sini. Cantik jugak dekorasi Restoran ni. Lain kali boleh ajak membe-membe makan kat sini.


Sweet kan kaler yang dipilih untuk produk Aiman Tino ni. Kaler kegemaran Eyza iaitu Pink Purple.

Majlis Pelancaran dimulakan dengan barisan model membawa produk terbaru dari Aiman Tino. Tengok model pun meletops uolls.



Lepas tu barulah Aiman Tino muncul. Betul la.. Kecik molek je orangnya.


Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri ni rupa-rupanya baru 18 tahun muda belia lagi. Bagus la, muda-muda dah ada impian melibatkan diri dalam perniagaan.


Disebabkan Aiman sekarang ni menjadi kegilaan gadis Remaja, pihak Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn. Bhd ("Wonder Glow") bekerjasama dengan Aiman Tino menghasilkan  3 produk yang memang disukai oleh remaja masa kini. Tapi jangan salah faham pulak, produk ni bukan khusus untuk remaja je tau. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur tak kira lelaki atau wanita.

Tiga produk itu ialah:

Candy Cherry Brite

Cherry Brite

3D Cream DD Mineral Cushion

Pihak Wonder Glow yakin produk ini akan mendapat tempat dihati peminat-peminat Aiman.

Berikut adalah lokasi jelajah Sweet Aiman dalam masa terdekat ni di mana peminat dapat beramah mesra dengan Aiman. Untuk setiap lokasi ini peminat dapat membeli produk Aiman dan setiap pembelian layak untuk bergambar dan mendapat Autograf daripada Aiman.

Lokasi promosi adalah seperti berikut:

1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan
(23 Mac 2017 - 5 Petang)

2. Mydin City One , Sarawak 
(7 April 2017 - 3.30 Petang)

3. Mydin Samariang, Sarawak
(29 April 2017 - 3.30 Petang)


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Tel : +60167094042

Email : sweetaiman360@gmail.com


Facebook : AimanTinoClub

Instagram : SweetAiman