January 2018 - eyzamiel

30.1.18

Hotel dan Supir di Jogja / Yogyakarta

Tuesday, January 30, 2018 2
Hotel dan Supir di Jogja / Yogyakarta
Ok.. kita rehat sat dari cerita aktiviti kat Jogja ni. Eyza nak cerita pasal hotel best yang kami duduk kat Jogja selama 3 malam.

Hotel semua dah termasuk dalam pakej. Kami ikut ja hotel mana yang diorang provide.


Kat jogja ni kami tidur dekat Lynn Hotel. Deko simple tapi moden. Tak sarat dengn hiasan dan sedap mata memandang.


Lobi pun santai je. Siap ada service hantar bag ke bilik. Bukan setakat masa check in, tapi balik dari shopping pun diaorang siap ambik dekat pintu lobi dan hantar sampai bilik. Memang layanan puas hati.Macam hotel 5 star.



Bilik walaupun kecil tapi cantik. Ada ruang untuk solat dan ada jugak penunjuk arah kiblat.








Semua kelengkapan ada dalam bilik cuma iron kena call Room Service nanti diaorang hantar kat bilik.

gambar : agoda

Ada jugak swimming pool tapi tak sempat mandi pun sebab jadual full.. Tiap-tiap hari balik malam. Pool kat sini dibuka sampai pukul 8 malam ya.

gambar : agoda

Sarapan pun ada macam-macam pilihan. Larat tak larat nak makan je.




Yang paling rare buffet sarapan kat sini sebab ada Jamu. Banyak kali diaorang offer try jamu tapi Eyza tak berani sebab takut sakit perut. Jangan buat hal plak nanti.


Eyza try check kat Agoda dan harga semalam hotel ni murah je. Berbaloi sangat. Dah la wifi laju. Siap malam2 layan cerita Kekasih Paksa Rela kat Youtube. Lnagsung tak sangkut2.


Untuk perkhidmatan Supir pulak Eyza memang recommed korang ambik dengan Mas Heru Heriyanto .


Supir kami sepanjang 4 hari kat sana ialah Mas Rudy. Dia layan je karenah kami yang macam-macam ni. Hihihi.

Pengangkutan kat sana pulak ialah van purple (macam gambar atas) yang dipanggil Jetbus. Yang uniknya van kat sana pintu macam pintu kereta je pun. 

Kalau datang Jogja Eyza memang recommed korang menginap kat Lynn Hotel dan ambik perkhidmatan jalan-jalan dengan Mas Heru. Puas hati sangat!

Entry Jogja yang lain:





27.1.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari ketiga)

Saturday, January 27, 2018 6
Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari ketiga)
Sekejap je dah hari ketiga kami kat Jogja ni. Macam semalam jugak, kami bangun awal bersiap dan sarapan dulu kat hotel. Eyza kalau pagi-pagi memang tak makan banyak takut sakit perut nanti. Dah la nak ke satu tempat tu jauh. So, jangan cari pasal.


Untuk hari ketiga, kami semua akan ke Timang Beach, Makan Lobster, Goa Pindul dan Shopping!!!!

Pantai Timang / Timang Beach


Jauh jugak nak sampai sini dari Bandar Jogja. Untuk ke Pantai Timang, kami akan berhenti di tempat lobster dan tukar naik Jip. Eyza tak tau berapa bayaran untuk naik jip sebab semuanya dibayar oleh Mas Rudy. Kami just naik je. Dari tempat jip ke Pantai Timang, perjalanan lebih lurang dalam 30 minit macam tu. Jalan pulak jenis yang berbatu dan licin, seriau jugak la. Dah la masa tu hujan rintik-rintik. Tapi dah alang-alang pegi kami redah jugak naik gondola tu.


Seorang kena bayar 200 ribu rupiah untuk naik gondola ni. Yang ni kami bayar sendiri sebab tak termasuk dalam pakej.


Dah dapat tiket,tangan pulak kena cop. Dah macam nak masuk kelab pulak. Hahaha.Tapi diaorang kat sana dah tahu dah.Tengok tangan ada cop terus cakap "dah ke Pantai Timang ya?".


Kalau tengok macam tak confident je nak naik sebab gondola tu dibuat dengan kayu je pun.


Tapi kalau korang tak nak naik gondola, boleh jugak pilih naik jambatan gantung ni.Untuk naik ni cuma 100 ribu rupiah je. 


Tapi pendapat Eyza, better naik gondola sebab kat Malaysia tak de yang ni. Dah sampai rugi tu tak try.




Dalam hati sebenarnya takut jugak. Ye la,dah la ombak kuat pastu tak provide life jacket. Tapi bila tengok ramai yang naik terus rasa teruja plak nk naik.


Alhamdulillah sampai seberang sana dengan selamat. Sekejap je pun naik tu. Kita boleh request mintak diaorang berhenti kat tengah untuk kita ambik gambar. Sebelah pulau tu tak ada apa pun. Just port bergambar. Tapi cantik la. Rugi kalau sampai Jogja tak datang sini tau!








Eyza ada buat video masa naik gondol tu. Tengok ombak rasa ngeri tapi bila dah naik gondola best la pulak. 


Habis berjimba dekat Timang Beach, perut pun dah lapar. Kami lunch makan LOBSTER! Best wei..


Ramai jugak artis yang pernah makan kat sini termasuk la ahli Running Man iaitu Lee Kwang Soo aka Zirafah.


Ni semu maksu yang order. Kami just makan je. Rugi sangat kalau tak rasa lobster kat sini.



Ada 2 jenis masakan lobster iaitu Butter dan Pedas  Eyza paling suka yang pedas sebab sambalnya rasa manis-manis pedas. Ditambah dengan isi lobster yang fresh, memang mabeles la.



Sambil menaip ni pun dah terliur balik. Dah la murah. Kami makan banyak ni seorang lebih kurang RM 50 je duit kita. Puas hati sangat sebab portion banyak dan makanan sedap.

Goa Pindul


Goa Pindul ni kita kena bawak baju spare sebab baju yang kita pakai cornfirm basah. Kat sini kami ambik jurugambar je sebab malas nak usung handphone. Bayar je 240 ribu rupiah, nanti dia ambikkan gambar kita. 

Kita akan dapat sorang satu pelampung besar untuk kita duduk atau baring atas tu. Memang selesa. Kalau kita datang berkumpulan, diaorang akan ikat pelampung kita antara satu sama lain supaya tak terpisah.


Kat sini Eyza nasihatkan korang  bawak selipar, sebab senang nak masuk air. Tapi kalau tak bawak pun takpe sebab ada kedai kat sini yang jual semua barang yang kita perlukan. Macam tudung Eyza pakai tu Eyza beli je kat kedai sini. Murah plak tu. Berbaloi sebab kain lembut sangat.


Mula-mula kami dibawa menyusur sungai, kemudian masuk ke Goa Pindul. Dah nama pun Goa kan.. dalam ni memang gelap sangat-sangat. Kalau diaorng tak bukak lampu memang tak nampak apa pun. Dah la Eyza duduk paling hujung. Seriau jugak la. 



Habis menyusur dalam Goa kami dibawa pulak ke Sungai. Untuk ke sana, kami kena naik lori kecik bersama pelampung. Muat-muat je untuk kami. 



Turun dari lori, kena berjalan pulak untuk ke kawasan air sungai tu.







Kat sini ada pengalaman yang agak menakutkan bagi Eyza. Nampak tak air terjun kat gambar bawah ni. Air tu kuat sangat-sangat. Disebabkan Eyza paling hujung, Eyza ditolak masuk dulu dalam air terjun tu. Lama sangat Eyza dalam tu sampai Eyza tak boleh bernafas. Dah tercungap-cungap dah time tu. Nasib baik tangan Eyza dapat capai batu kat belakang Eyza. Terus Eyza tolak dengan sekuat tenaga untuk keluar dari air tu. Alhamdulillah, walau tak jauh Eyza dapat tolak tapi Eyza dapat keluar dari air kuat tu. Ingatkan tu je pengalaman seram Eyza, rupanya ada lagi satu. 



Eyza lemas masa nak turun pelampung ni. Bila dah sampai kat tebing, semua orang turun sebab dah cetek. Eyza pulak yang paling hujung, bila tengok semua dah turun Eyza pun turun la ingat tempat Eyza pun cetek. Rupa-rupanya tempat Eyza dalam. Lemas sekejap, nasib baik tangan Eyza sempat capai tali pelampung dan ada yang tarik Eyza naik atas. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat Eyza. Menggigil jugak la lepas tu. Salah Eyza jugak sebab ikut je orang terjun.


Walau apa pun ni pengalaman untuk Eyza supaya hati-hati lepas ni.

Settle je kat Goa Pindul, Mas Rudy bawak kami ke Kedai Batik Ndalem Sri Rejeki. Ada kain batik, tshirt, baju batik, baju kanak-kanak dan telekung. Harganya memng murah dan boleh tawar menawar lagi. Yang tudung Biru tu owner kedai ni.


Settle shopping batik kami ke Malioboro lagi sampai tak sedar belum makan malam. Seronok sangat shopping sampaikan kedai makan dah banyak tutup. Kitaorang just makan nasi padang untuk dinner sebab kedai tu je yang bukak. Alhamdulillah. Dah kenyang. Settle untuk hari ketiga kat Jogja ni.

Kira-kira Untuk hari ketiga:

Timang Beach
Tiket Gondola - 200 ribu (RM 60.00)

Goa Pindul
Tudung di Goa Pindul - 18 ribu (RM 5.40)
Upah Jurugambar - 40 ribu seorang (RM 12.00)

Kedai Batik Ndalem Sri Rejeki
T-shirt batik - 15 ribu ( RM 4.50)

Malioboro
T-shirt Jogja 3 helai - 45 ribu (RM 13.50)
Bag Mekap 2 - 30 ribu (RM 9.00)
Bag telekung - 20 ribu ( RM 6.00)
Tshirt 4xl - 50 ribu (RM 15.00)

Total Hari Ketiga : RM 125.40

Entry Jogja yang lain :