Diet sihat dengan KayLiz Granola yang super duper sedap! - eyzamiel

18.1.18

Diet sihat dengan KayLiz Granola yang super duper sedap!

Eyza ni jenis yang pagi nasi, tengahari nasi dan malam pun nasi. Berapa banyak nasi la dalam badan kan? Sebab tu la badan pun mengembang dengan jayanya.

Masa pergi Jogja hari tu tengok gambar semua rasa nak nangis sebab bulatnya.. Selama ni dok ingat ok la sebab baju semua muat lagi. Bila tengok gambar sendiri rasa nak pitam.

Sebab tu la Eyza cakap kat hubby nak diet la.. Tak sanggup nak tengok diri sendiri kat cermin. Bukan apa, kalau gemuk ni sihat ok. Takut jugak datang penyakit lain. Tambah-tambah bila umur pun makin meningkat ni.

Untuk permulaan diet ni Eyza dah tak sarapan nasi tapi Eyza gantikan dengan KayLiz Granola. 


Eyza suka KayLiz Granola ni sebab rasanya sedap dan boleh makan macam tu je buat snek. Kalau ada yang nak makan dengan susu atau madu pun boleh. Eyza kalau makan ni sambil tengok tv memang tak sedar boleh habis sepeket. Tapi untuk diet ni, sarapan pagi Eyza just ambik semangkuk je. Tu pun dah mengenyangkan sampai waktu lunch nanti.


Packaging granola ni pun betul-betul jaga kualiti dan ada zip lock sekali. Lepas kita dah masukkan dalam mangkuk, kita tekan je belah atas tu ikut garisan untuk zip lock granola ni supaya tak masuk angin. Simpan untuk makan esoknya pulak.


KayLiz Granola ni warna purple/ungu sebab ianya menggunakan ubi manis yang warna purple tu.

Ni antara bahan utama yang digunakan untuk buat granola yang super duper sedap ni.

OAT
- Oat memang bijiran sihat yang memang kita semua dah tahu.Dalam oat ada vitamins, minerals, serat dan antioxidants.

SWEET POTATO
- ni memang kegemaran Eyza. Eyza suka sebab ianya manis dan banyak khasiat. Sweet Potato ni ada vitamin A, Vitamin C, Manganese, Copper, Pantothenic acid dan vitamin B6.

CHIA SEED
- Chia Seed ni memang Eyza dah amalkan. Sebelum ni letak dalam air je. Dah ada dalam granola ni lagi senang. Ngap terus je. Chia Seed mengandungi Omega 3 fatty acids, karbohidrat, protein, fiber, antioxcidants dan kalsium.

MADU
- Madu memang baik untuk antioxidant dalam badan. Ianya dapat boosts imun system dalam badan.


Kalau nak kurus, makan KayLiz Granola 30 minit ke 1 jam sebelum senaman untuk dapat lebih berkesan.


Granola ni senang dan sesuai untuk bekalkan tenaga untuk kita lakukan aktiviti seharian. Ianya sesuai untuk orang-orang yang sibuk macam Eyza ni sebab ianya provide kalori, lemak baik,protein yang berkualiti, high fiber, minerals dan vitamin.

Bukan susah pun nak sihat. Pokok pangkal diri kita sendiri. Doakan Eyza berjaya kurus untuk tahun 2018 ni ye.Hihihi.

Maklumat lanjut boleh layari:
Fb : KayLizHQ

Whatsapp : 011-10906902 @ 0196255010


No comments:

Post a Comment