Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Kedua) - eyzamiel

23.1.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Kedua)

Hari kedua di Jogja. Bangun seawal 6 pagi, siap-siap terus turun breakfast kat hotel. 


Pilihan makanan kat sini pun boleh tahan. Puas hati la makan. Alhamdulillah kenyang.


Selesai sarapan, terus gerak ke Merapi dulu. Perjalanan ke sana agak jauh jugak la. Bila sampai, kena tukar naik jip untuk teruskan perjalanan ke kaki Gunung Merapi.

Gunung Merapi / Merapi Mount


Nak tau tak sebab apa kena naik jip? Ha.. sebab jalan nak naik tu semua dipenuhi dengan batu hasil daripada letusan gunung berapi.

Cuba tengok video ni betapa kuat jip ni bergoyang.. Hahaha..


Destinasi pertama kami ialah Rumah salah seorang penduduk yang musnah dalam letusan gunung berapi pada 5 Nov 2010. Sepanjang tour kat sini, akan ada jurugambar yang akan ikut kita. So, kalau nak gambar cantik posing la comel-comel.

Rumah Asal

Rumah selepas letusan gunung berapi

Kat sini kami dibawa melawat sekitar rumah yang dah musnah.





Batu Alien


Naik lagi ke atas, ada batu menyerupai muka manusia. Penduduk kat situ panggil batu alien.

Dekat sini pemandangan cantik sangat. Rasa tak puas ambik gambar.


Sebenarnya tempat Eyza ambik gambar kat bawah ni tinggi jugak. Kena panjat tangga untuk naik. Ada 2 spot bergambar disediakan. Ada orang yang akan tolong kita ambik gambar. Bagi je handphone atau kamera, kita posing diaorang tangkapkn gambar. Kat sini kena bayar 5 ribu rupiah untuk upah ambik gambar. 



Dah selesai posing, kami naik jip semula untuk turun ke bawah. Sampai kat tempat van tunggu, diaorang akan bagi kita tengok gambar-gambar yang dah ditangkap tadi. Terpulang la pada kita nak beli ke tak. Sekeping 15 ribu rupiah. Eyza cuma beli 2 keping je sebab jimat duit. Hihihi.


Turun tu dah tengahari, semua pun dah lapar. Supir kami iaitu Mas Rudy bawak kami makan dekat Bale Kambang. Cantik tempat makan ni. Konsepnya pondok dan bawah pondok tu ada kolam ikan.Dekat situ ada jugak peniaga yang jual hasil kraftangan.Eyza terbeli bag kat situ. Unik.


Menu yang kami order boleh tahan banyak. Alhamdulillah.. dah kenyang terus sambung perjalanan ke Gereja Ayam.


Gereja Ayam


Bagi peminat cerita Ada Apa dengan Cinta mesti ingat gereja ayam ni kan. Untuk ke sini, supir parking kat bawah dan kami tukar naik jip sebab jalan berbukit dan curam. Untuk naik jip kami kena bayar seorang 7 ribu rupiah. Tiket ni tak termasuk dalam pakej sebab kalau tak nak naik jip boleh je jalan kaki. Macam kami yang dah letih ni, better la bayar naik jip je.Hihihi.


Tiket masuk dh dibayar oleh Mas Rudy, so kami just masuk je. Uniknya kat sini, tiket masuk ni sekali dengan ole2 iaitu ubi kayu goreng. Lepas melawat boleh redeem ubi kayu ni.


Kat sini tak ada apa sangat. Cuma kalau kita naik ke atas, kita dapat ambik gambar cantik macam dalam AADC.


Candi Borobudur


Kami sampai kat sini dalam pukul 3 lebih.. Kat Indonesia ni cepat malam. Candi ni ditutup pukul 5, sampai je memang tak buang masa explore. Tiket Masuk dibayar oleh Mas Rudy dan masa masuk tu kami dibagi air mineral sorang sebotol. Dari pintu masuk ke Candi Borobudur kena berjalan lebih kurang 1 km dan lepas tu kena mendaki tangga batu naik ke atas.


Mengah jugak la sebab tinggi macam tangga batu caves tu. Tapi yang ni lagi mencabar sebab dibuat dari batu dan laluan sempit. Tapi satu kepuasan bila ko berjaya sampai kat atas tu. Cantik tengok Sunset. 




Pukul 5 je, diaorang buat pengumuman untuk tutup. Jom la kita menapak turun.


Sebelum ke pintu keluar, ada tayangan 4D.  Mula-mula Eyza malas nak naik, tapi dh semua nak .. jom la kita naik. tu pun kami pilih yang paling tak seram.. Konon je tak seram tapi menjerit bagai nak rak semua.. Hahaha..



Sepanjang laluan nak keluar, ada banyak peniaga yang jual di tepi2 tu.. Better jangan beli sebab mahal..lagi satu depan lagi ada kedai dan harga jauh lebih murah.. Masa kat situ, Eyza terbeli jugak key chin dengan penjual tepi jalan.. Tu pun sebab Eyza tak sampai hati n akak tu sampai sanggup tunggu Eyza keluar toilet. Gigih betul. Last2 sampai 50 key chain Eyza beli. Gila. Apa nak buat dengan key chain banyak2.

Seterusnya kami ke tempat jual helmet. Comel2 helmet kat sini. Jangan tanya sama ada kami berjaya bawak balik ke Malaysia ke tak. Hahaha..


Malioboro


Sebelum makan malam, sempat la minta Mas Rudy bawak ke Malioboro untuk cuci mata.

Mas Rudy cuma bg sejam untuk shopping.. Apa lagi, shopping dengan cepat la. Dah la kat sini murah-murah. Rambang mata betul. Malam ni kami shopping light2 je sebab esoknya nak shopping lagi. Simpan duit dulu.





Selesai shopping barulah rasa lapar. Kami ke Ayam Penyet Surabaya lagi. Kali ni tak tapau tapi makan situ.



Selesai makan, badan pun dh melekit jom la kita balik hotel..


Hasil shopping sehari je ni.. 

Selesai Hari Kedua.. Nanti kita sambung lagi..

Link Berkaitan : Hari Pertama di Jogja

Kira-kira hari Kedua:

Merapi
Toilet - 2 ribu  (60 sen)
Upah tangkap Gambar - 5 ribu ( RM 1.50)
Selipar - 30 ribu (RM 9.00)
Gambar 2 keping - 30 ribu (RM 9.00)

Bale Kambang
Bag Batik - 50 ribu (RM 15.00)

Gereja Ayam
Jip - 7 ribu (RM 2.10)

Borobudur
Masuk 4D - 30 ribu ( RM 9.00)
Key Chain - 50 ribu (RM 15.00)

Malioboro
T-shirt besar 5 helai - 100 ribu (RM 30.00)
T-shirt budak 4 psg - 100 ribu (RM 30.00)
Air Mineral - 3 ribu ( RM 90 sen)

Jumlah belanja hari kedua : RM  122.10

2 comments: