Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta ( Hari Pertama) - eyzamiel

21.1.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta ( Hari Pertama)

Eyza dah lama teringin nak ke Jogja. Bila member opis cakap nak buat trip ke Jogja dengan kawan-kawan dia, terus je Eyza nak follow. 

Masa tu jugak kami beli tiket flight AirAsia. Tiket kami berdua agak mahal sikit sebab promo dah habis. Nak pergi punya pasal beli je la. Terus bayar pakej dan beli insuran serta kargo untuk bag dekat Maksu.  Pakej tu dah termasuk hotel, supir dn tiket masuk semua tempat. Duit makan pun kami dah collect siap-siap sorang RM 150. Kiranya pergi sana just bawak duit belanja untuk shopping je. Sepatutnya kami pergi lapan orang tapi last minit 2 orang tak jadi pergi. Tinggal la kami berenam. 

Eyza pun sebenarnya masa mengandung tu dah tarik diri. Tak jadi pergi. Bila Eyza keguguran pun Eyza tetap tak nak pergi. Tapi 6 hari sebelum tarikh ke Jogja, membe Eyza iaitu Ina tanya sure ke tak nak pergi. Jom la pergi release stress. Eyza pun kalau boleh nak lupakan cerita sedih Eyza tu. Terus tanya hubby dan hubby bagi asalkan Eyza rasa dah kuat. Masa tu jugak terus buat permohonan ke luar negara dan apply cuti. Hahaha. Sabar je la. Nasib bos ok.

Kami pergi 14 Januari hari tu. Flight sepatutnya pkl 7 lebih tapi delay ke pukul 8.25 pagi. Nasib baik AA dh bagi email awal. AA dah keluarkan kena datang 4 jam awal, kami pun keluar rumah pukul 4 pagi. Sampai airport pukul 4.45 pagi. Rupanya tak ramai pun yang beratur untuk check in bag. Sekejap je dah settle. Pastu kami semua mereput dok kat Airport beberapa jam sebelum naik flight. Huhuhu. Takpe la kan. Orang kata biar awal jangan lambat. Sementara tunggu flight tu kami lepak dekat Dunkin Donut makan light2 dulu sebab dalam flight nnti dh ada makanan.


Tahun lepas ke Korea, tahun ni ke Indonesia. Ni first time Eyza sampai ke Indonesia. Sebelum ni plan nak pergi Bali ngan hubby tapi hubby asyik busy tak pergi2 lagi la.So, pergi je la ngan kengkawan dulu.


Eyza baru kenal Leeya, Zura, Maksu dan Yan masa kat Airport. Ina pulak Eyza dah kenal sebab satu opis. Nasib baik semuanya kepala gila-gila jugak. Cepat je kami semua boleh ngam.


Kami sampai di Adisutjipto International Airport ni 10 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan. Tapi, lambat jugak keluar dari Airport sebab bag Leeya pecah dan kena buat repot dulu untuk ganti.

Masa kami sampai tu supir dah lama pun sampai. Kami tak terus ke hotel tapi terus pergi jalan-jalan. Sebelum tu singgah beli Simcard dulu untuk kegunaan kat sana. Kat hotel pun ada wifi tapi nak jugak ada internet. Eyza pilih simcard SimPATI. Ada 7gb cuma 50 ribu rupiah.

 Destinasi pertama kami kat Jogja ni ialah Jurang Tembelan. Perjalanan ke sana agak mencabar sebab berbukit bukau. Kat Jogja ni perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agk jauh dan berbukit. Masa nak ke jurang tembelan ni, jalan agak basah sebab ada paip bocor kalau x silap. Kebanyakan kenderaan tak dapat naik kalau berat.Boleh kata semua kenderaan berhenti turunkan penumpang, biar kosong baru naik atas. Kami pun tak terkecuali kena jalan kaki daki bukit. Penat tapi satu pengalaman yang best.


Jurang Tembelan


Kat sini ada banyak port untuk bergambar tapi tak sesuai untuk orang yang gayat sebab semua port cantik-cantik duduk kat tebing. Berani tak berani je nak naik. Dah la angin kuat sangat masa ni. 


Macam kapal ni just buat dengan buluh dan terapung tau sebab kat bawah tu ada tiang. Seriau jugak nak pergi hujung ambik gambar. Dah la angin kuat.Bergoyang-goyang atas tu. Tapi bila dah naik rasa ok je pun. Mula-mula je takut sikit.



Kat Jurang Tembelan ni ada je gerai-gerai jual makanan. Ada jugak dijual buah rambutan dan salak. Buah rambutan seikat 7500 rupiah dan buah salak cuma 7000 rupiah. Eyza memang suka buah salak. Jom la beli sepeket. Sedap betul salak kat sini. Rangup dan manis, dah la murah. Berbaloi-baloi tau beli. 


Habis di Jurang Tembelan, perut rasa lapar. Supir bawak kami ke Rumah Hobbit. Sebelum ke rumah Hobbit, kami singgah makan dulu dekat kedai makan area situ jugak.


Semua sepakat order Nasi Goreng Ayam telur mata. Ok la rasanya. Maybe sebab lapar dan penat habis licin Eyza makan. Hahahah..



Rumah Hobbit


Masa kami pergi ni hari Ahad dan hari cuti. Memang ramai la orang. Nak bergambar pun agak payah sebab kena tunggu turn by turn. Last-last bergambar macam ni je la. Janji ada kenangan kat sini.




Hutan Pinus


Masa kat KL bukan main dok ingat nak explore Hutan Pinus ni. Tapi bila dah sampai letih amat rasanya. So, kami bergambar bahagian bawah-bawah je la. Malas nak panjat naik atas dah. Memang la rasa rugi tapi badan memang dh penat sangat.



Pintoe Langit


Kat sini ada banyak port bergambar yang cantik. Tapi kami dah penat sangat-sangat. Semua just bergambar kat atas tak turun bawah. Padahal kat bawah lagi banyak port bergambar yang cantik. Nak pergi balik memang jauh la. So, redha jugak banyak terlepas port gambar cantik. 



Kat sini cantik untuk kita tengok Sunset. Kagum dengan kebesaran Allah. Cantik ciptaanNya.



Habis di Pintoe Langit, kami pun gerak ke Hotel. Nanti Eyza cerita ye kami menginap dekat hotel mana.

Sebelum balik hotel, kami singgah tapau Nasi Ayam Penyet Surabaya. Nak balik hotel cepat-cepat je sebab nak mandi. Badan dah melekit.



Eyza ambik set Ayam Bakar. Ya Allah, sedapnya. Hari-hari makan menu ni pun ok. 2 malam berturut-turut kami makan Ayam Penyet cuma malam ke 3 tak dapat makan sebab shopping sampai kedai Ayam Penyet ni pun dah tutup.

Settle dh malam pertama. Nanti rajin Eyza sambung lagi ye.


Kira-kira hari pertama:
Teh Panas (Dunkin Donut KLIA2): RM 6.90
Simcard SimPATI : 50 ribu rupiah (RM 15)
Buah Salak : 7 ribu rupiah (RM 2.10)

Jumlah belanja hari pertama: RM 24.00

*tukaran duit : 1 juta (RM 300)

4 comments:

  1. Serius memang best pergi jogja.. saya dah tiga kali pergi.. tahun ni mungkin pergi lagi. feveret place adalah malioboro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. 4 hari 3 malam memang tak cukup... kena panjangkan hari br tak penat sangat sebab banyak tempat best.. Eyza pun suka Malioboro sebab shopping murah sangat. Rambang mata.. Bawak 1 juta pun tak habis.. Hahaha..

      Delete
  2. Cantik tempatnya... LeYa pun teringin nak ke Jogja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Leya.. InsyaAllah satu hari nanti pegi Leya.. seronok jugak sesekali tengok tempat dan budaya orang..

      Delete