Nak ke Manchester,UK? Jom join Let's Go Contest Manchester dengan Dashing - eyzamiel

20.1.18

Nak ke Manchester,UK? Jom join Let's Go Contest Manchester dengan Dashing

Korang suka tak bau wangian lelaki? Eyza suka sangat. Tambah-tambah kalau Hubby yang pakai. Lelaki pun kena pentingkan kebersihan dan wangian tau. Eyza tak berapa gemar lelaki yang asal boleh je. Maksud Eyza lepas mandi terus sarung baju dah siap. Sekurang-kurangnya pakai la deodorant atau pewangi sebelum keluar. Barulah nampak ada karisma.

Husband Eyza ni dia terpaling suka dengan wangian dari Dashing. Memang kena dengan selera dia. Bukan setakat dia yang suka, Eyza yang bau ni pun suka. Dari bau yang keras sampai lembut semua Eyza suka.


Sekarang ni Hubby suka pakai Dashing Ultimate Kick dengan Dashing Hatrick. Ni dah masuk botol ke3 dah. Tengok, betapa setianya Hubby ngan perfume ni.


Dashing adalah jenama dandanan lelaki yang terkemuka yang memahami perasaan semangat lelaki untuk Dunia Bola Sepak.Oleh itu, Dashing sedang menjalankan peraduan tahun ke 3 iaitu Let's Go Contest Manchester! Pemenang akn memenangi Penginapan Percuma selama 4 hari 3 malam, tiket pergi balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah dan yang lagi best diaorang juga akan dapat tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! 


Bukan itu sahaja, Pemenang juga dapat melawat ke Muzium dan Stdium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford,Etihad dan Anfield. Selain itu,mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dan mendapat autograf daripada beberapa lagenda MCFC serta dapat Tour Mystery Magical dimana mereka akan dibawa ke lokasi band muzik terkenal The Beatles.


Cara penyertaan mudah je. Uolls hanya perlu:
-beli mana-mana produk Dashing atau Elite dalam satu resit.
-Tangkap gambar resit dengan jelas sebagi bukti pembelian dan Whatsapp nama penuh, no ic/no passport & nama outlet.
-Hantar ke nombor +6016-9972373

Senang ke kan! Cepat tau sebab tarikh tutup peraduan ni ialah pada 31 Januari 2018.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:

atau

hubungi talian : 03-80238311

No comments:

Post a Comment