Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis - eyzamiel

8.1.18

Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis

Sape suka Tempoyak? Eyza dulu tak pandai makan tempoyak tau. Family Eyza memang tak pernah masak Tempoyak, budu dan cencaluk. Tiga-tiga ni Eyza tak pandai makan sampailah bia Eyza menyewa bujang, roommate Eyza orang Pahang dan dia selalu bawak Ikan Patin Masak Tempoyak kalau dia balik kampung. Dari situ Eyza try makan dan sampai sekarang Eyza suka tambah-tambah bila Encik Suami penggemar tegar tempoyak.

Kalau tempoyak yang masih manis Eyza suka la campurkan mentah camtu ngan cili api je. Tapi kalau tempoyak tu dah masam, Eyza tak berapa gemar sangat makan camtu. Tempoyak masam ni sedap kalau masak Ikan Patin tempoyak. Tapi selain dari tu Eyza suka masak Sambal Tempoyak dengan Ikan Bilis. Resepi ni pun hubby yang ajar sebab mak mertua Eyza suka masak macam ni. Sedap tau! Dah la bahan-bahan simple je.

Sambal Tempoyak Goreng dengan Ikan Bilis


Bahan-bahannya:

5 atau 6 sudu tempoyak
6 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

- tumbuk cili api
- panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili api serta ikan bilis.
- Masak jangan sampai ikan bilis garing tau. Biar separuh masak macam tu.
- Masukkan tempoyak, garam dan gula. 
- Dah agak-agak garing, tutup api.
-Makan dengan nasi panas-panas memang best.

P/s: selain ikan bilis boleh juga tukar kepada udang. Lagi sedap sebab udang manis.

Selamat Mencuba uolls!

No comments:

Post a Comment