Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza - eyzamiel

7.1.18

Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza

Semalam Hubby cakap teringin nak makan sup tulang. So, apalagi terus ajak dia pergi beli tulang kat Kilang daging kat Ampang. Memang kami suka beli dekat situ sbb tulang kat situ bukan tulang semata. Banyak isi jugak la. Ni pun dah lama kami tak pegi situ. Dulu sekilo baru RM 11. Ni semalam pergi dah RM 14 sekilo. Standard la kan harga camtu. Hubby beli 2 kilo. Kami berdua je pun. 2 kilo boleh makan 2 hari. Alhamdulillah. Jimat dah kat situ. Hihihi.


Menu lunch kami hari ni dah tentu la sup tulang. Sambil-sambil tu tambah sambal kicap dengan sambal tempoyak ikan bilis. Sedap tau. Hahaha. Sesekali puji diri sendiri takpe kan.

Nak tau resepi sup tulang versi Eyza? Jom kita tengok. Memang simple sangat dan yang penting sedap. Next entry Eyza bagi resepi sambal tempoyak.

Resepi Sup Tulang Versi Eyza


Bahan-bahannya:
2 kilo Tulang lembu
Bawang kecik 6 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia setengah inci 
Sebiji bawang besar - Mayang
1 Sup Bunjut Tulang(eyza pakai adabi)
Sebatang daun saderi
2 biji Ubi Kentang
2 biji tomato
Setengah Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
-Rebus tulang dengan bunjut sup tulang sampai empuk.
- Blender bawang kecik, bawang putih dan halia.Ketepikan.
- Masukkan minyak dan tumis Bawang besar yang telah dimayang dan 3 sekawan yang ada diluar bunjut(dalam pek sup tulang ada). Masak sampai naik bau.
- Masukkan kiub pati ayam dan bahan yang telah diblend/kisar sampai naik bau dan agak garing.
- Masukkan tulang dan semua air rebusan termasuk bunjut sup.
- Masukkan juga ubi kentang.
- Bila mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan garam secukup rasa.
- Masak agak-agak semua dah empuk, tutup api.
- Hidangkan dan tabur daun sup dan bawang goreng (Eyza smlm tak tabur 2 ni sbb hubby x suka).

Ha.. Dah siap! Senang je kan? Dah seminggu hubby selsema dan batuk. Makan sup Alhamdulillah selsema dengan batuk dah kurang. 

Kalau ada sup, Eyza memang suka pairkan dengan sambal kicap. Resepi ni lagi la senang.

Resipi Sambal Kicap 

Bahan-bahan:
5-6 tangkai cili api
Kicap Manis
Limau Kasturi

Cara-caranya:
Potong cili api kecil-kecil
Masukkan dalam bekas, perah limau dan masukkan kicap. Kalau suka boleh campur bawang besar yang telah dimayang. 

Senang kan? Sekejap je dah siap.

Cuba tau. Gerenti korang makan berulang. Hihihi.

P/S : Nak copy resepi ni just highlight, tekan control c dan tekan control v utk pastekan dekat word. 

Selamat Mencuba uolls!

1 comment:

  1. Ya tuhannn sedapnyaaaa aaaaa apa ni kakk. tempoyak tu mengundang btul laaa aaaa

    ReplyDelete