Cari Makanan Sedap di Cheras? Singgahlah Restoran Emak Engku - eyzamiel

17.2.18

Cari Makanan Sedap di Cheras? Singgahlah Restoran Emak Engku

Hai korang... Buat apa cuti 3 hari ni? Eyza mula-mula plan nak pergi bercuti, tapi last minit tak jadi sebab ada hal yang jadi. So, kita mereput la kat umah sajo ye.

Nasib baik la cuti ni Hubby pun cuti.. Dapat la merayau sambil makan-makan ngan hubby. Eyza just masak utk sarapan dengan lunch aje,Dinner Hubby ajak makan kat luar. Yeay!

Disebabkan malam Tahun Baru Cina tu keluar pergi Tesco beli barang dapur, kami pun decide nak makan dekat Cheras je lepas shopping. Malas nak pegi jauh-jauh sebab ada ayam, ikan semua dalam bonet. Lama-lama kang busuk plak.

Ok.. makan kat Cheras.. tapi kat mana? takpe.. kita google dulu.. Jumpa la Restoran Mak Engku ni. Gigih pakai waze padahal dekat giler ngan umah. Hahaha..


First time datang sini. Hubby memang cakap nak makan Siakap Stim Limau. Naca review diaorang ckp Siakap Stim Limau lat sini terbaik! So, apa tunggu lagi. Lets order!


Bukak menu nampak Set ni. Wow.. murah ni. Selalunya klu ambik siakap mau 50+.. Sebab kami berdua je,Eyza ambik set ni.

Dalam set yng berharga RM 39.90 ni korang akan dapat Ikan Siakap Stim Limau atau 3 rasa (Eyza pilih Stim Limau), Tomyam Campur, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin, Nasi Putih 2 dan air sirap selasih2. Murah kan?






Masa kami sampai tu orang agak ramai la. Masa menungggu lebih kurang 20 minit. Tak de la lama mana cuma kailan dengan daging masak merah je sampai lambat sikit. Takde gambar makanan penuh sebab kami dah lapar ngap je. Bila semua lauk dah berusik br la daging sampai, sebab tu gambar nampak ikan dh tggl separuh.Hahaha.


Overall Eyza puas hati makan kat sini. Harga murah dengan macam-macam boleh dapat dalam set ni. Dan yang paling penting sedap. Siakap Stim Limau kat sini memang Eyza recommed sangat. Ni dah jadi salah satu Restoran Favourite Eyza lepas ni.

Nak pergi? Boleh tengok alamat kat bawah ni.


4 comments:

  1. Sedap nmpknye smua makanan tu.. Yummmm

    ReplyDelete
  2. wah
    siap masuk JJCM
    sedap lah nih

    ReplyDelete
  3. Fuhhh...layan jugak tengok menu dia..sebab portion dia mmg sesuai!

    ReplyDelete
  4. ikan steam tu memang nampak sedap :D

    ReplyDelete