Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat) - eyzamiel

2.2.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat)

Wah.. hari ni dah hari keempat dan bermakna hari terakhir kami kat bumi Jogja ni. Walaupun hari terakhir tapi kami tetap ada tempat yang kami nak terjah. Selesai sarapan dan check out, kami semua bertolak ke Kalibiru.


Dekat sini suasana tenang je. Tapi kan... dari parking ke dalam Kalibiru ni korang kena mendaki sikit. Takde la jauh sangat tapi mengah jugak la sebab ianya menaik je. 


Kalibiru

Dari satu spot ke satu spot pun boleh tahan la nak naik turun tangga. Last-last kami pilih spot 2 je. 

Satu pentas tu cuma boleh naik minima 2 orang je. Sebelum naik kami dipakaikan tali keselamatan. Ye la, boleh tahan tinggi jugak tu. Kalau jatuh naya.


Nak mendaki pun satu hal jugak. Takut tapi nak naik. Orang gayat Eyza tak syorkan korang naik sebab tinggi jugak ni.

Tapi serius, kalau dh naik korang tak nak turun sebab pemandangannya cantik. Dekat sini diorang dah sediakan jurugambar. Korang just bayar je. Nnti diaorang bagi soft copy terus masuk dalam handphone.

Eyza tak tahu berapa bayaran naik sekali gambar sebab Pak Rudy dh bayarkan. Tapi gambar cuma 4 je yang dah bayar. Kalau nak tambah kena bayar sendiri. Eyza tak beli pun. Amik 4 keping yg free tu je. 




Mula-mula Eyza naik dulu, posing dan lepas tu Leeya pulak naik. Ambik gambar berdua, settle Eyza turun baru Leeya amik gambar sorang. 



Settle kat Kalibiru, kami ke Pusat Oleh-oleh pulak sebab nak cari Bakpia iaitu sejenis kuih tradisional Jogja. 

Pusat Oleh-Oleh Bakpia Pathok 25




Eyza beli perisa kacang hijau dan keju. Tapi serius yang kacang hijau sedap sangat. Makan kat sana masa panas-panas lagi best. Yang keju tu Eyza tak berapa gemar sebab ianya berderai dan tak rasa keju sangat.


Ayam Goreng NY.SUHARTI


Untuk lunch Mas Rudy bawak kami ke sini. Dia kata ayam goreng kat sini sedap sebab ada kriuk kriuk.



Serius sedap! Wajib try bila sampai Jogja. Ayam ni dijual sebelah ekor dan seekor je. Nasib baik kami 6 orang, so amik la seekor setengah. 


Eyza suka sebab Ayam Lembut dan kriuk kriuk tu sedap.

Pusat pembuatan Silver


Sepatutnya lepas makan kami ke Tamansari tapi semua dah penat dan kekenyangan, dah tak mau dah pegi sana. So, Mas Rudy bawak kami tengok cara buatan silver dan kat sini pun ada pusat pameran n kita boleh beli silver jugak kat sini.




Memandangkan duit rupiah kami nyawa-nyawa ikan je, semua x beli just tengok je. Tapi, serius lawa silver kat sini. Halus je buatannya. Kalau nak bayar pakai RM pun boleh tapi kami sayang duit pulak nak beli.Hahaha.


Akhirnya kami ke Airport untuk balik KL. Flight pukul 5.25 petang tapi pukul 2.30 kami dah mintak Mas Rudy hantar ke Airport sebab semua dah letih and dah malas nak jln.Lepak je la kat Airport.

Memandangkan duit collection makan ada balance lagi, kami pun wrap la semua bag termasuk la bag sandang merah tu dengan harapan bag semua selamat sampai ke KL tanpa cacat cela macam bag Leeya yang pecah tu.

Tapi... malang tak berbau.. Bag Eyza pecah jugak.. Sedih tau.. Baru pakai 2 kali dh pecah. Nasib baik la AirAsia dah ganti baru. Nanti Eyza cerita dalam entry lain ye.


Saki baki rupiah ada sikit lagi. Beli susu pisang kat Airport. Harga susu ni 10 ribu, Leeya belanja 6 ribu dan Eyza keluarkan 4 ribu.


Setelah puas melepek kat Airport, kami pun naik flight nak balik KL. 


Yeay.. tamatlah percutian ohsem kami selama 4 hari 3 malam ke Jogja.

Tq Ina ajak join trip ni. Best dapat kenal Maksu, Zura, Leeya n Yan.. Dah la semua sekepala. Lepas ni kami plan nak ke negara lain pulak. Agak-agak ke mana ye? Hihihi. Kami sendiri pun tak pasti lagi. Kena tengok harga tiket mana yang murah. Tamat sudah cerita percutian di Jogja. Next entry eyza bagitau bajet untuk semua ye.

Kira-kira untuk hari keempat:

Bakpia Keju - 40 ribu (RM 12.00)
Bakpia Kacang Hijau - 35 ribu (RM 10.50)
Susu Pisang - 4 ribu (RM 1.20)

Total Hari terakhir : RM 23.70

Entry lain berkaitan Jogja:







8 comments:

  1. Replies
    1. Sesekali release stress jap dengan kawan2.. hihihi

      Delete
  2. Seronoknya tengok permandangan atas pokok tu... saujana mata memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik pemandangan atas tu sampaikan rasa tak nak turun.. hihihi

      Delete
  3. wahhhh seronoknya dapat pergi jogja...teringin juga nak pergi tapi tak tahu la bila dapat perginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Lynn.. nnt mesti dapat pergi.. Eyza pun kalau x sebab kawan2 ajak x sampai jugak.. hihihi

      Delete
  4. bestnya pi sana.. teringin nak pi tp tp takut naik flight hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Jue.. Eyza ni sampai sekarang tiap kali nak travel kecut perut tau fikir nak naik kapal terbang.. tapi nak buat macam mana, nak balik umah mertua pun kena naik flight. Takde pilihan. Hihihi.

      Delete