Jalan-Jalan Makan Angin Ke Seoul, Korea (Hari keempat & kelima) - eyzamiel

23.2.18

Jalan-Jalan Makan Angin Ke Seoul, Korea (Hari keempat & kelima)

Hai uolls.. akhirnya setelah nak dekat setahun baru Eyza dapat habiskan entry ke Seoul, Korea ni. Ok la tu kan dari tak habis macam entry Krabi. Hahaha.

Untuk hari ke empat ni kami ke Petite France, Nami Island, Seoul Tower dan makan ikan bakar sedap di.. alamak.. x ingat plak nama tempat tu.. Sorry sangat.. almaklum la dah lama pegi sampai dah lupa.. Aku buat kerja giler sebab pakai dress yang kain nipis sampaikan Sally tanya betul ke aku nak pakai dress tu sebab sejuk kut.. Tapi sebab dah bawak aku pakai je la walaupun bila malam jenuh tahan sejuk.. Buat kerja gila betul aku ni.

Awal pagi kami dah bangun sebab nak ke Nami Island. Yeay.. Nak ke sini kami kena naik train untuk ke sana. Dah sampai stesen, untuk ke Nami kami kena naik bas pulak. Tiket bas tu kena simpan tau sebab nanti nak balik guna tiket yang sama jugak. Jimat kan? Bayar sekali je. Korang boleh turun dekat mana2 tempat pelancongan dan yang penting simpan tiket.

Mula-mula kami turun kat Petite France dulu. Kat sini ala-ala perkampungan Perancis. Kecik je tempat ni. Kat sini pun merupakan salah satu lokasi penggambaran Running Man jugak.


Petite France
Dekat sini kami just melawat sekeliling je sambil bergambar. Ok la..kita dapat rasa ala-ala ada kat Perancis walaupun Eyza blom pernah sampai sana. Ambik mood dulu. Mana la tau ada rezeki nak jejak Perancis pulak nanti. Amin.. Doa-doakan la ye.






Kat sini cuaca panas tapi sejuk sebab angin. Dah penat berjalan kami pun berhenti beli Green Tea Latte. Boleh tahan la harganya.Beli satu share je la. Hihihi.


Depan Petite France ni ada Mini Mart.. Eyza teruja masuk situ sebab susu Melon offer beli 2 percuma satu.. Apa lagi.. terus borong sebab dekat area guest house susah nak jumpa perisa Melon ni.Gigih usung susu banyak2 bawak pegi Nami Island dengan Namsan Tower. Nasib baik bawak bag sandang.


Pulau Nami / Nami Island
Ha.. kalau datang Korea, sini macam lokasi wajib la kita datang. Rugi tak jejak. Tapi orang kata waktu paling cantik ialah pada musim Autumn sebab daun semua kaler cantik-cantik.







Dekat dalam Nami Island ni ada je Restoran Makanan Halal. Kami dapat rasa makan nasi goncang. Eyza ada buat video, tapi sebab memori full maybe Eyza dah terbuang plak. Rugi betul. Tapi serius best sebab satu pengalaman baru untuk kita. Sebelum makan kita kena goncang dulu bagi semua ramuan dalam tu sebati dengan nasi. Gambar pun takde. So sad.


Dah kenyang, kami pusing-pusing dalam Nami Island ni. Besar jugak kawasan ni. Tak larat nak jalan semua tempat. Lagipun kami agak kejar masa sikit nak ke tempat lain pulak.



Balik tu kami dok cari Mesin air sebab nak beli Green Tea. Kat mesin air ni murah je green tea dia. Sedap pun sedap.


Namsan Tower
Balik dari Nami Island, kami terus ke Namsan Tower. Nak ke sini kena naik bas. Ramai jugak yang naik bas. Jenuh bersesak macam sardin dah masa tu.




Bila dah sampai, kita kena mendaki pulak untuk ke Namsan Tower. Boleh tahan penat jugak la. Tapi bila dah sampai rasa puas sangat.

Kat Namsan Tower ni la ada kunci banyak-banyak tu. Kunci yang dekat Bukit Bendera pun tak sampai lagi, Korea Eyza sampai dulu.

Eyza xde pun bwk lock.. just tgk lock orang je la..takpe..kita lock kat Bukit Bendera je la. Hihihi. Orang boleh tahan ramai kat sini. Nak bergambar pun jenuh tunggu. Bila dah nak gelap baru la kami turun ke bawah balik.


Perhentian terakhir kami untuk hari keempat ni ialah makan ikan bakar. Eyza tak tahu nama apa tempat ni tapi serius ikan bakar kat sini sedap. Walaupun perjalanan kami nak pergi kedai tu agak mencabar sebab tak ingat jalan tapi berbaloi la. Puas hati.


Sebelum balik, kami jalan-jalan dulu sekitar bandar baru balik guest house. Eyza siap pergi cari 7e nak beli promo susu pisang yang buy 2 free 1. Tapi xde.. susu pisang kan hot seller.. memang tak la diaorang nak buat promo. Badan pun dah letih. Balik mandi, packing untuk balik KL esoknya.




Hari kelima (terakhir)
Hari terakhir takde aktiviti pun, just siap-siap nak pegi airport je. Flight kami awal jugak, tu yang tak sempat nak merayau lagi hari last.


Alhamdulillah.. selesai sudah Trip 5 hari 4 malam kami ke Seoul, Korea. Kalau ada rezeki memang Eyza akan repeat Korea lagi. Banyak tempat lagi nak jelajah.


Kira-kira hari ke 4 & 5:
Susu Melon - 5200 won (RM 20.90)
Green Tea Latte - 4900 won (RM 19.70)
Green Tea Cawan - 600 won (RM 2.41)
Susu Pisang - 10,400 won (RM 41.81)

Total: RM 84.82

Kadar tukaran : 1000 won = RM 4.02


Entry Korea :
























6 comments:

  1. Sakan dia haaa berjalan ye..jom la repeat? :P

    ReplyDelete
  2. susu pisang tu mmg xsah kalau xbeli xminum kalau gi Korea kan..

    singgah dari umifuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...awal2 sampai susu pisang dulu yang Eyza cari.. Hihihi

      Delete
  3. wah!bestnyaaaaa....
    bila la nak jejakkan kaki ke sana ni...asyik tgk gambar je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...ada rezeki nanti.. Eyza pun tak sangka boleh sampai Korea.. Hihihi

      Delete