Jalan-Jalan Makan Angin ke Seoul, Korea ( Hari ketiga) - eyzamiel

20.2.18

Jalan-Jalan Makan Angin ke Seoul, Korea ( Hari ketiga)

Hai korang.. Sekian lama pending entry Korea ni baru mai mood rajin. Lama nau mood tu nak sampai kan? Hihihi.

Untuk hari ketiga kami kat Bumi Korea ni, awal-awal pagi kami dah keluar. Tak sempat sarapan dekat Guest House sebab roti blom sampai, so Dayah belikan kami sarapan dekat Dunkin Donut area stesen Subway tu. Lepas dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan untuk explore apa lagi yang best kat sini.


Eyza suka tengok mesin jual barang-barang ni. Senang je kan kalau nak apa-apa. Just masukkan duit dalam mesin, dah dapat barang.


Destinasi pertama kami ialah Chandeokgung Palace dan sebelum masuk kami mencari kedai yang buat perkhidmatan sewa Hanbok. Kebetulan yang dekat Istana ni tak banyak kedai yang ada. Jauh pulak tu kena berjalan untuk pergi kedai-kedai ni.. Dan yang paling sakit hati bila takde saiz Eyza!!!!! Frust betul.. Takde rezeki Eyza nak bergaya dengan Hanbok. Maybe kena datang Korea lagi nanti bila dah kurus. Eh.. hahahah..



Disebabkan Eyza dengan adik Eyza takde saiz, Ida sorang je la yang pakai. Ok la tu kan..ada jugak wakil yang pakai.

Chandeokgung Palace


Kat sini ianya lebih kurang dengan istana yang Eyza pergi hari kedua.  Kami just berjalan ambik gambar je dalam tu. Tapi yang bestnya kat sini angin kuat dan bunga-bunga cherry blossom pun gugur. Berangan la sekejap macam salji yang turun. 

Dalam ni bunga-bunga pun cantik. Ada macam-macam warna. 





Dah penat kat situ.. perut pun lapar... Eyza tak tahu mana Sally bawak kitaorang makan. Deko kedai ni unik dan semua makanan dihidangkan dalam pot tanah liat macam dekat belakang tu. Eyza paling suka pajeon kat kedai ni. Rasa macam tak cukup je. Rindunya nak makan kat sana lagi.



Dah kenyang, kami berjalan sekitar  situ untuk tengok cenderahati dan cuba street food. Adik Eyza beli Crepe dan Eyza beli Aiskrim dalam kon bentuk ikan. Unik sangat. Aiskrim tu siap ada sarang lebah dan madu lagi. Sedap.




Seterusnya kami ke Flower Festival.. 


First time Eyza tengok bunga tulip hidup depan mata. Selalu asyik bunga plastik je kan. Teruja betul bila dapat pegang.



Kat sini bukan taman tapi sepanjang jalan ada bunga bermacam jenis. Selain tu, ada juga persembahan yang dibuat oleh warga tempatan.


Untuk makan malam kami ke Myeongdong Street. Kedai ni memang ramai. Kena beratur untuk dapatkan meja. Tapi.. bagi Eyza berbaloi la beratur sebab makanan kat sini sedap walaupun macam nasi goreng je pun. Maybe rencah dia tu yang buat sedap.



Apa yang uniknya kat sini ialah bila diaorang goreng depan kita. Bolehlah kita makan panas-panas.



Selesai makan, rugi la kalau balik terus sebab sini ialah syurga membeli belah kosmetik Korea.

Tapi sebelum shopping, Eyza beli Aiskrim ni sebab tertarik dengan bentuk bunga ros. Sedap tau rasa masam-masam manis sebab ni aiskrim yogurt.




Eyza jugak sempat rasa Greyan Ppang iaitu sejenis roti lembut dan atasnya ada telur ..pastu tabur pulak dengan kuaci. Sedap tau makan panas-panas.


Dekat sini Eyza tak shopping sangat pun sebab tak tahu nak beli apa. Ada la beli losyen dengan mask muka. Masa kat Malaysia banyak list, dah sampai sini jadi blur kejap. Hahaha.


Apa pun ni adalah satu pengalaman yang best untuk Eyza. Eyza ni bukan kaki shopping sangat sebab Eyza more tu nak cuba makanan baru je sebab tu x shopping. 

P/S : Tak sabar nak habiskan entry Korea.. Hihihi..

Kira-kira :
Aiskrim Ikan - 4000 won ( RM 16.00)
Losyen tangan - 1000 won ( RM 4.20)
Mask Muka - 9500 won ( RM 38.19)
Air Mineral - 1000 won ( RM 4.20)
Aiskrim Bunga - 3800 won ( RM 15.28)
Greyan Ppang -2000 won ( RM 8.04)

Total : RM 85.91

Entry Korea yang lain:


No comments:

Post a Comment